Monday, April 11, 2016

ISTANBUL: Pierre Loti (Eyup), Beylerbeyi Palace & Sultan Ahmet Mosque

sambung entry di istanbul lagi..nak story hari ke 4 & terakhir kat sana...5 hari 4 malam di istanbul cukup sebenarnya dgn syarat masa sampai tu awal2 pagi & balik pulak amik flight malam...tp kalau nk "sedap" sket, pegi la seminggu, boleh shopping kat area Taksim (kawasan yg lebih moden & happening)..

pagi2 lagi kitorang dah naik feri utk melawat istanbul sebelah asia..kitorang naik feri di Eminonu, kawasan spice bazaar tu..plan utk hari ke 4 ni nak cover Beylerbeyi Palace, Eyup & Pierre Loti...utk pegi tiga2 tempat ni dlm satu hari bagus sebenarnya sbb semua ni boleh dikatakan dekat je di bahagian asia istanbul...cuma kena keluar awal pagi & balik agak malam la..
naik feri dari Eminonu ke Uskudar dlm 20min jugak rasanya (rasanya la, sbb betul2 dah lupa haha)...sampai je uskudar, terasa sejuk sangat! angin kuat...dari uskudar, kitorang naik bas utk ke beylerbeyi palace...i lupa pulak bas apa sbb hubby yg uruskan semuanya tp tak susah pon sbb bas byk dpn jeti tu...hehe..masa ni kemain ramai org, heran jugak siap diorang ni duk pass bunga kat kitorang..ingatkan peminta sedekah ke apa, rupanya dia memang bagi (ada satu peristiwa sebenarnya haritu nanti i cerita kat bawah)
fine!!! sampai sini rupanya tutup..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...rupanya haritu hari sambutan kemerdakaan, padan la ramai beno org duk pass bunga..kat Galata Bridge belakang i tu mmg bising la dgn bunyi perarakan...so tak dpt la masuk dalam, boleh bergambar sekitar luar istana je la...sobsob 
dah tak boleh masuk maka tak perlu lama2 la kat sini ye..kalau nk tahu, istana ni dibina masa zaman perintahan Uthmaniyah yg hanya digunakan pada musim panas (best kan jadi raja ni..lain musim lain istana dia)..nak masuk sini kena bayar 20 TL (lebih kurang RM30)

utk ke beylerbeyi palace selain naik feri mcm kitorang ni, korang boleh naik bas dr eminonu (blh guna istanbulkart)...kalau nk cepat, silalah pilih teksi dr eminonu yg sah2 la harganya paling mahal nk compare naik feri atau bas..

*************************************
kitorang naik feri sambung perjalanan ke Eyup..sampai je jeti, kitorang terus jalan kaki kat kawasan sekitar...sekali lagi dpt tengok suasana penduduk tempatan di sini..i dapat bandingkan penduduk sebelah asia ni fesyen dia agak berbeza dgn istanbul eropah yg lebih moden...kat sini agak meriah dgn penduduk tempatan yg berpakaian biasa-biasa...
inilah dia Masjid Eyup (Abu Ayyub Al Ansari) dari pandangan sisi..masa ni terlalu ramai org kat masjid sbb dh masuk waktu asar..kitorang decide nak solat kat Pierre Loti nanti..dekorasi dalam masjid ni lebih kurang je dgn masjid sultanahmet & new mosque, ada chandelier besar yg digantung rendah kat tengah2...maybe semua masjid kat istanbul mmg gitu kot seni dalaman dia? hihi
air pancut ni kat luar masjid eyup...kalau korang ke depan sket, korang akan dpt snap masjid ni pada sudut yg cantik..memandangkan kitorang nk cepat sampai kat cable car, maka malas la nk snap2..kat sini sempat tapau roti utk kudap2..
dari masjid eyup, kitorang akan ke kawasan cable car utk naik ke Pierre Loti...masa ni kena mendaki bukit sket melalui kawasan luar masjid & korang akan nampak banyakkkk kubur di sepanjang jalan/bukit..ada kubur para pembesar pada zaman pemerintahan dulu...
masa mendaki, korang akan jumpa kedai2 ni sepanjang jalan...sini murah!! kat sini la byk i beli shawl turki & fridge magnet..blh tawar2 & mmg sgt murah i dpt compare dgn kawasan sultanahmet..
ok jom naik cable car! masa ni punya ramai org beratur nak naik..kitorang beratur hampir 20min jugak & takde keistimewaan ye kalau ada anak kecil sekalipon...tourist mmg ramai bawak budak2..takpe la lama sket tunggu pon janji dapat naik...masa menunggu, sempat berkenalan dgn satu keluarga dari iran..yg kelakarnya, bini dia pakai purdah pastu bukak sket purdah sambil cak cak faiq...skali kuat giler faiq mengamok sbb takut...haha

nak naik cable car/gondola ni murah je..2 TL sehala tp kitorang guna istanbulkart, dapat la dlm 1.70TL kot sehala..nak jalan kaki pon boleh tapi mak tak sanggup!! tinggi kot..
Subhanallah! MasyaAllah! itu je i mampu cakap bila sampai ke puncak...pemandangan yg sgt2 cantik mengadap Golden Horn...i betul2 kagum dapat tengok semua ni dr atas...waktu ni dh nak senja, cepat2 kitorang cari masjid utk solat asar...
selesai solat, kitorang lepak2 kat satu cafe yg paling tinggi..ada lagi cafe2 lain bawah tu...perut pon dh lapar, hubby suggest makan je kat sini..kang nk turun bawah lambat pulak...farish masa ni tak duk diam, dia lari2 duk ralit main tefelon bentuk elsa..bingit telinga bila dia tekan2 telefon tu..huhu...bila senja mcm ni, guna camera fon lg lawa berbanding gopro..boleh compare pic hubby & pic i tu...
i order set ni..lupa pulak nama dia, sedap sgt2! hubby order pasta & macam biasa la chay (teh) wajib ada...minum chay panas2 kat atas bukit yg sejuk ni mmg rasa ngam sgt! masa taip ni tiba2 rasa rindu suasana pierre loti..ada jugak i baca sikit2 pasal pierre loti ni, tak silap i warga Perancis yg menetap di istanbul mula2 jumpa tempat ni & dirikan sebuah cafe sehinggalah berkembang & jadi tarikan pelancong mcm sekarang..kalau dah sampai istanbul, Pierre Loti adalah tempat wajib korang pegi!! kalau x cukup masa, limitkan lawat hanya satu istana & tolong luangkan sikit masa utk ke sini... 
hew hew...hari ke 4 di istanbul memang agak letih! malam baru kitorang balik ke hotel..masa jalan kaki ke hotel, jumpa satu family pelarian Syria duk tepi tong sampah besar..si ayah tengah kuis2 sampah cari makanan, si mak tengah jaga 2 org anak sambil susukan yg baby..ya Allah ya Tahun nangis i tengok situasi ni! sedih xtau nk ckp cmne dgn sejuk camtu merempat tepi sampah, anak2 masih kecil..Allah...dlm perjalanan tu i nangis2 sambil pesan kat hubby hafal jalan utk ke situ semula...sampai je hotel, i packing semua milo, nestum, nasi brahim's, roti & segala biskut yg i ada pastu suruh hubby hantar kat pelarian tadi...tak sampai hati tengok diorang makan sisa sampah :'( sumpah insaf bila tengok...mungkin diorang ni asalnya hidup senang kat negara sendiri, tapi Allah nak uji sekelip mata je kan? katanya baru beberapa hari sampai istanbul, pakaian boleh dikatakan masih elok...

*************************************************
hari terakhir di istanbul byk habiskan masa di kawasan sultanahmet je...flight ke KL lewat petang, sempat la kitorang shopping lagi utk habiskan segala duit lebih yg ada...hari terakhir ni sempat hubby tunaikan solat jumaat kat masjid sultanahmet...masa org solat, i ralit duk membeli turkish safron org kirim last minute & tambah lagi makanan2 utk bawak balik (food lover mcm i ni mmg suka la shopping makanan)...masa ni ayish ikut hubby, i jaga faiq...
baju tu i beli kat istanbul sbb tengok ramai org sana pakai...tp mcm tak sesuai sgt dgn i sbb nmpk gelebeh & gemok (walaupon hakikatnya mmg gemok) haha...
suasana dalam masjid sultanahmet sebelum diorang tutup utk solat jumaat..masa ni org bukan islam dah tak dibenarkan masuk, kena tunggu lepas solat jumaat baru blh masuk...yg islam dilepaskan masuk...i suka sgt dgn interior masjid kat istanbul ni, lagi2 lighting dia...
asyik2 posing kat sini...haha..nak buat cmne, hotel kitorang mmg dekat2 sini je so memang hari2 lalu kawasan Hagia Sophia & Sultanahmet Mosque..huhu
lunch puas2 sebelum balik, kalau tak rindu nanti! kebabe/pottery kebab ni antara makanan di istanbul yg korang wajib cuba!! harga mahal la jugak tp dah sampai negara org, mesti nak rasa makanan sana kn? menariknya pasal pottery kebab ni, diorang akan panaskan depan kita pastu ketuk2 labu sayung tu sampai pecah...nah video kat bawah ni:
video
korang boleh buka x video ni? huhu

kitorang laki bini sepakat kata pottery kebab ni la paling sedap antara makanan2 lain yg dh cuba...kena betul dgn tekak kitorang ada rasa masam2 manis sikit...bahan dia ayam, cili & tomato kot...farish pon laju je makan...

dari hari pertama lagi cari aiskrim turki ni..org sana kan terkenal dgn lawak & trick diorang masa bg aiskrim..ayish pon terkena! lawak je bila org tu acah2 kejap bagi, kejap tak...video ni i ada share dlm instagram...

ok itu je setakat yg i ingat..alhamdulillah syukur sgt dapat jejak kaki kat istanbul yg byk sgt sejarah islamnya..kalau panjang umo & murah rezeki, nak repeat dtg tapi nk cover satu turkey, pegi cappadocia, pamukkale, bursa...yg tu kena tunggu anak2 besar sket la kot..hehe

Monday, March 21, 2016

Super Kitchen Kuantan: Celebrate Birthday ke 29

8 mac baru2 ni genap la usia i 29 tahun...syukur alhamdulillah masih lagi diberikan peluang utk bernafas atas dunia ni..yela, semakin umur meningkat tu kan salah satu tanda bahawa kita semakin dekattt dgn kematian...entah apa je amalan baik yg i buat sepanjnag 29 tahun ni kan? sobsob *sentiasa muhasabah diri*

kebetulan sehari sebelum birthday i tu hubby turun darat..ewahhh sengaja amik cuti ke bang utk buat surprise? haha sebenarnya mmg kebetulan sgt dia KENA cuti, so rezeki i la...dia kata tak sempat nk prepare apa2 so bawak belanja makan je la..
kitorang pegi Super Kitchen, lokasinya di Indera Mahkota Kuantan, bertentangan dengan kuantan medical centre (KMC) yg baru..sebabnya dtg sini nak makan steamboat & cuba tempat baru...super kitchen ni baru jugak la buka, dengar kata owner dia kerabat pahang..entah betul ke idok, taktau la..
kat super kitchen ni konsep dia kalau nk makan steamboat & grill boleh 'shopping' sendiri..maksudnya boleh pilih nak makanan apa, lepas tu letak je kat satu meja khas dan diorang akan hantar ke meja kita...tapi kalau taknak 'shopping' pon takpe, boleh pilih set dalam senarai menu...sini a'la carte pon ada, nak barbecue pon ada...pilih je nak yg mana..

masa mula2 sampai tu kebetulan diorang pasang lagu happy birthday sbb ada group yg celebrate birthday jugak kat situ..i tumpang perasan je la bila dengar lagu tu...hehe
ok birthday girl nk pilih sendiri makanan apa...i amik semua seafood & dimsum...hubby lak dia pilih set yg ada kat menu je, dia nak banyak daging & ayam...almaklumlah, laki iols tu allergic seafood...
haaa kalau pilih utk 'shopping', sini harga ditentukan oleh warna pinggan tau...alaaa mcm kat sushi king tu...selera i banyak kena pinggan kuning & pink..
mango cheesecake kat sini rasa dia biasa2 je, mcm lagi sedap buat sendiri je hahaha..kalau kat kuantan ni, rasanya tak boleh lawan kot mango cheesecake kula cakes..
haaa tapi puding raja dia ni sedap!! tak cukup satu bekas ni, rasa nak lagiii..air pulak lupa nama apa tp ok la tak manis sgt..
nak makan pulak boleh ambil je segala "perkakas" bawah laci meja ni...comel je kan?
so far i suka tempat ni sbb sesuai je dgn budak2...ayish kemain lena tido kat kerusi tu..kalau makan kat mana2, i memang suka cari restoran yg ada kerusi sofa gitu..dari segi makanan, i rasa so-so je, nak kata sedap giler tu taklah, nak kata tak sedap pon taklah..boleh la~ harga pulak i rasa standard je, tak mahal mana & taklah murah mana..

hari sebelum birthday, adik2 belanja kfc & kek secret recipe..kek chocolate brulee ke apa tah nama dia, sedap! tq adik2 ku syg *muah ciked*
hadiah birthday sunglass dior so real, boleh la ganti sunglass RayBan yg lama...yg ni order dari instagram: kerengga_kurus (sila la usha ig dia ye, syiokk)..hubby ckp gaji akir bulan ni nak bagi something lagi, amende pulak la agaknya kan? bila tanya, dia kata quran digital..haha apa2 je la, tak kesah janji dh dpt sunglass *eh*
tadaaa..testing2 sat..i loike~ pink2 gituu pilihan hati..abg, nanti bawak ayg pegi jalan2 tau, boleh bergaya dgn "benda" baru ni kahkah..
haiii kasi cann la mokcik nak berangan skit...model gemok pendek ni...bila nak kurus tah! dapat below 60kg pn dh bersyukur ..sobsob (sambil makan congo bars)..

ok la, sekadar catatan birthday utk dikenang nanti, takde niat apa2 pon...harapannya dengan umur meningkat ni, makin byk la amal kebaikan yg dibuat..azam & wishlist tu takyah cakap la sbb memang terlalu panjang sampai tak boleh nk tunaikan semua rasanya...haha

Tuesday, March 15, 2016

ISTANBUL: Bosphorus Tour, Galata Bridge, Topkapi Palace, Dolmabahce Palace, Spice Market

sambung entry istanbul yg terbengkalai..insyaAllah lepas ni tinggal satu entry je lagi kot, lepas tu tamatlah cerita europe trip tahun lepas...hehe

hari seterusnya di Istanbul kitorang plan utk join Bosphorus Tour; naik cruise mengelilingi selat bosphorus...bagi i, ni salah satu aktiviti yg wajib korang buat bila sampai sana...kalau nk jimat, tak perlu ikut tour pon takpe, korang boleh guna feri biasa je...

utk tour ni kitorang beli dekat area sultanahmet, berdekatan dgn hagia sophia..kalau tak silap, i dapat harga 10euro/seorang utk 2 jam..farish & faiq mcm biasa la free lagi...dia ada jugak pakej malam sekali dgn dinner & pertunjukan atas kapal tapi mahal sket la bayarannya..kitorang pilih naik kapal pukul 12pm sbb banyak lagi tempat nk kunjungi lepas tu...sebenarnya korg boleh pilih nak naik di jeti mana, nak beli tiket dekat mana & nak pilih tour agency mana..pandai2 korang la ye..cuma melalui bacaan i, ramai cakap kalau beli dekat taksim mahal! nak murah beli dekat area sultanahmet..
sebelum naik cruise, sempat lagi i beli balik ekmek (roti ikan)-antara makanan yg korang wajib try jugak kalau kat istanbul..harga rasanya 5TL kot, eh ke 10TL tah..lupa pulak..hihi...kat mana nk dapatkan balik ekmek yg sedap?? i rasa kat eminonu paling sedap kot, area Galata Bridge..emmm tapikan, cik abg i nak muntah makan balik ekmek ni, katanya knp hanyir? haha.. i pulak rasa ok je, sedap...haaa lagi satu makanan kat sini kebanyakannya kering, i awal2 lagi dh bawak sos cili kfc tu tau! org kita mana reti makan kering gitu tanpa sos/mayonis..
syukur sgt masa ni anak2 tak meragam...si faiq kemain happy walaupon angin yg lalu menerpa muka kemain sejuk!! cuaca pon cantik masa ni, panas terik..

perasan tak jambatan kat belakang i tu? itulah Bosphorus Bridge yg menghubungkan Ortakoy di bahagian eropah istanbul dgn Beylerbeyi di kawasan asia istanbul..panjang jambatan ni lebih kurang 1.5m...

ok utk org yg tak tahu, sebenarnya istanbul ni dibahagi kepada dua pecahan iaitu bahagian eropah & asia..menarik kan?
selat bosphorus ni lah yg memisahkan benua asia & benua eropah..selat bosphorus ni pulak menghubungkan laut hitam dan laut marmara..berdasarkan pemerhatian i, gaya hidup kat istanbul eropah ni jauh lebih moden berbanding istanbul asia..istanbul eropah jugak lebih menjadi tempat tumpuan pelancong..
kitorang pilih utk duduk bahagian atas kapal masa mula2 naik..bila dh sejuk, kitorang pon turun duduk kat dalam...atas kapal ni korang blh sewa pakaian tradisional turki & bergambar tapi idok ler i nak sewa sbb mahal!

sepanjang cruise ni i dpt tengok Maiden's Tower (lagendanya sebuah istana di tengah2 laut yg sultan bina utk puterinya yg dikatakan akan mati dipatuk ular - kalau tak silap ada movie omputih pernah shooting kat sini tp lupa pulak cerita apa), Masjid Ortakoy (yg dibina betul2 di pinggir selat bosphorus, berhadapan dgn jambatan) & Benteng Rumeli Hisari (dibina oleh Sultan Mehmet II yg merampas istanbul drp kuasa byzantine utk mengawal pergerakan kapal dr selat bosphorus ke laut hitam) 
korang perasan tak satu menara tinggi kat belakang tu? haa itulah Galata Tower..memandangkan utk sampai ke galata tower tu kena mendaki, maka kitorang malas! hihi...siapa yg rajin boleh la singgah situ tengok matahari terbenam & menikmati keindahan sebahagian kota istanbul..
dari sini korang akan nampak muka bumi istanbul yg berbukit-bukit..i difahamkan istanbul dibina & dibangunkan atas 7 buah bukit..sepanjang perjalanan, korang akan nampak kubah yg sangat banyak!! kat istanbul memang merata2 ada masjid..
papa & ayish..ayish tu baik je masa atas cruise ni, langsung tak buat benda pelik..mula2 i risau gak sbb dia tu kan tak reti duk diam...tq pada angin yg sejuk, membuatkan pergerakan ayish terbatas sket...haha
belakang i tu Dolmabahce Palace iaitu istana lama yg juga pernah didiami oleh presiden turki pertama, Mustafa Kamal Ataturk..nak masuk situ kena bayar 30TL kalau tak silap..aduduuuu lama sgt, ku pon dah lupa...utk masuk situ tak boleh guna museum pass ye...

i takpe pic kat dalam tu sbb tak boleh ambil gambar...sgt strict okey sampaikan nak masuk pon kena dlm group yg kecil & ada tour guide...mmg susah la nk curi2 amik gambo pon...dalam dia sgt mewah!!! jap nak cari pic google utk gambaran dalam tu...
haaaa gini la rupa kat dalam tu..byk la hiasan2 mewah zaman dulu...istana kat istanbul ni kebanyakannya dibina menggunakan batu marmar/iznik yg sgt cantik & unik..kaya betul org istanbul zaman tu..

lepas je bosphorus tour tu, kitorang pon jalan kaki menuju Topkapi Palace, yg jugak istana lama...dulunya kat sini pusat pemerintahan kerajaan ottoman & dibahagikan kepada 4 bahagian (courtyard)...istanbul ni sangatttttttttt banyak peninggalan sejarahnya...kalau museum, istana & masjid tu takyah cakap la, mmg berlambak...kedudukan topkapi palace tu atas sikit je dari hagia sophea, jalan kaki je...sebab tu la masa i kat istanbul ni hari2 lalu sultanahmet mosque & aya sofea, semua walking distance je..
ini adalah taman di courtyard pertama, yg mana org awam bebas keluar masuk..ayish jakun tgk org naik kuda betul2 dpn dia..haha kesian anakku :p masa ni walaupon cuaca panas tp sejuk sangat! sebab topkapi ni kedudukan dia tinggi atas bukit, angin dari selat bosphorus tu memang terasa la..
ini pulak tugu/pintu masuk ke courtyard ke-2..oh lupa nak bagitau, kitorang masuk sini guna museum pass..kalau takde pass, rasanya bayaran masuk 30TL yg dikenakan..nak masuk sini diorang akan scan dulu..sini hari Selasa tutup tau so pandai2 la korang bajet nak datang ye..
subhanallah cantik sangat pemandangan dari atas topkapi palace ni...tinggi jugak rupanya kitorang mendaki...tenang je nampak selat bosphorus yg membiru tu..rasa nak duduk lama2 atas tu!
topkapi palace ni sangat besar tau & banyak bahagian dia...i rasa paling kurang pon kena habiskan masa 3 jam kot kat sini..paling kurang tu! maksudnya dah rushing sgt la tu...sila tengok, belajar & faham tentang peninggalan sejarah kat sini..banyak kesannya lagi2 pasal agama Islam kita...rugi sgt kalau dah sampai sini setakat nak berposing tapi balik tak bawak apa2 ilmu..mana perginya istilah mengembara sambil mencari ilmu dan pengalaman? LOL poyo la pulak rasanya tulis gitu...kahkah
haaa nampak tak tingkap kecik tu? situ salah satu bilik beradu pembesar..i jatuh cinta dengan seni marmar kat kubah tu...dh rupa corak kat pinggan mangkuk portmeirion kan? lawaaaa! org dulu2 memang tak syak lagi sgt berseni, dah la diorang buat ni dengan alatan yg sgt terhad..
kawasan luar istana (courtyard ke 2) bahagian atas..sini ada fountain..ayish masa ni boleh pulak dia mengamuk nak mandi kat situ T_T sabo je laaa...haaa kalau korang nak tahu, dlm courtyard ke-2 ni jugak ada mahkamah tau tapi pic dalam handphone tak transfer lg :p
belakang tu pulak pintu masuk courtyard ke-3, yg mana zaman dulunya hanya sultan & pembesar sahaja yg dibenarkan masuk...fuhh peluh mak bila dah sampai sini! ayish masa ni dgn gembiranya lari ke sana-ke mari...faiq syok krohh krohhh dlm stroller tu...dlm courtyard ke-3 ni, korang boleh tengok barang peninggalan sultan2..dalam tu jugak ada imperial council hall, kiranya macam dewan sulit utk sultan & pembesar bermusyuarat..

lepas masuk courtyard ke-3, kitorang plan nak masuk Harem, iaitu tempat tinggal sultan...malangnya masa kitorang sampai tu tengok kemain ramai org beratur..nak masuk Harem tak boleh guna museum pass, kena beli pass lain yg berharga 15TL kalau tak silap..hurmm takde rezeki nak masuk, jimat duit! hehe..

teruskan pula ke Museum of Holy Relics (masih dalam topkapi palace)...nak masuk sini pon kemain panjang beratur!! tp rugi la kalau dah sampai tak masuk sebab sini banyak simpan barang peninggalan para nabi..dalam ni pon strict, xleh amik gambar...i share pic google je la ye..korang kalau dtg sini wajib masuk!!! 
ini bekas tapak kaki nabi muhammad...antara lain yg korang boleh tengok; janggut nabi, gigi nabi, pedang nabi & pemerintah zaman khulafa' arrasyidin, magkuk & alat minum nabi, baju fatimah, dan banyak lagi laa..org bukan islam pon ramai masuk dalam ni..

fuhhh dah penat! jom naik tram pegi eminonu pulak..kat sini la korang boleh dapatkan balik ekmek  (sandwich ikan) yg sedap tu, kat bahagian bawah galata bridge...kitorang singgah lagi kat eminonu utk pegi spice bazaar...sampai dah petang, memamg kena kejar masa la utk shopping kat spice market..
sampai je terus cari makanan dulu..lapar sesangat masa ni..tak ingat dah order apa tapi sedap! kena dgn tekak kitorang...chay (air teh) adalah air yg wajib minum kalau kat sana..utk budak2 kitorang order fresh orange & pomegranate juice..makan sepuasnya sambil tunggu waktu maghrib..
tak jauh dari tempat makan tadi, ada new mosque..kitorang jamak & qasar kat masjid ni...interior new mosque ni lebih kurang dalam sultanahmet mosque je...masjid ni dinamakan new mosque sbb menjadi antara masjid terpenting selepas sultanahmat mosque..i suka tengok lampu/chandelier dalam semua masjid kat istanbul, kelasss sgt tau.. 
masuk je spice market ni buat i rambang lagi!! rembat lagi pinggan magkuk iznik sikit...syok shopping makanan dlm ni sbb penjual kat sini kebanyakannya mesra pelanggan..tiap kedai yg kitorang dtg mesti akan dihidangkan teh...org sana sgt suka budak2 tau, ada je benda diorang nak bagi free..rezeki bawak ayish & faiq...hehe

teh apple kat sini kalau grade bagus tu, sekilo sampai ratus2! mahal tapi sedappppp...yg murah pon ada jual dlm kotak tp rasa dia tak sama tau mcm yg timbang tu..grab la jugak teh epal sekilo rm200 T_T..jalan2 lagi beli pulak teh pomegranate, epal & strawbeey yg dalam kotak..ni murah, dapat la 2 kotak 10TL (lebih kurang RM20)...ni sesuai la nak bawak balik bagi buahtangan kat org..pon sedap tau! org dtg rumah, i duk hidang air tu je...haaa satu lagi turkish safron pon i banyak borong..utk diri sendiri beli 100g je, yg lain2 org kirim...hehe..harga safron tu kalau tak silap i dlm RM80/100gram...nak tahu apa khasiat safron google sendiri la ye :p
haaa ni lagi i suka!! lokum(turkish delight) & baklava memang dah ada dalam list i utk bawak balik malaysia..pon ada grade dia...kat sini ni takyah cakap la habis berapa sbb mmg banyak borong makanan, kempisss poket..nasib baik ni negara terakhir sebelum balik, jadi boleh la habiskan duit tu..dasar pemakan! haha

baklava dalam kotak tu murah (lebih kurang RM20 sekotak kalau x silap), ada jugak i beli 6 kotak kot tp tak sedap sangat...sedap yg kena timbang tu jugak, yg diorang tak buh dlm kotak...
aduhaiii tengah tulis ni tiba2 terbayang & teringin nak makan...i suka benda2 gini, memang kena dgn tekak la! paling suka yg gulung2 mcm mashmellow & petak ada kepolak ros tu..sedapnya ya Allah..
turkish delight tu kalau high grade harganya RM130-150/sekilo...kalau 2nd grade dalam RM100-120 sekilo...sekotak mcm i beli tu dpt la 1kg...conversion i tu berdasarkan currency masa i pegi (masa ringgit malaysia jatuh teruk, now dah ok sikit)...yg petak2 tu high grade, yg bergulung mcm kek gulung tu 2nd grade...dua2 sedap sgt oiii! lokum yg murah pon ada jugak i beli tapi tak sesedap yg mahal ni...kacang2 dalam tu yg buat bendalah ni mahal...
ini je yg tinggal utk i selepas dh bagi2 family & kawan2...yg ni utk i hidang kalau ada org yg dtg rumah..tapiiii rasanya i sorang makan nak habis sekotak tu...haha...beli makanan saje kat istanbul ni buat i kena tambah luggage...berat sesangat!! haaa semua kat atas ni korang wajib beli kalau dh sampai istanbul...

fuhhhh ok la sambung next entry nak cerita pegi istanbul asia sket & last day kat istanbul...taktau la brp lama pulak entry tu akan muncul..haha doakan la i rajin ye sbb ingt nk share itinerary & budget skali...nak cerita pasal birthday i baru2 ni gak tapi tak nyempat lagi, agak2 dh basi takyah la cerita :p



RELATED POST:
3. Paris: Shopping di Galeries Lafayette & Champs Elysees
4. 11 tempat menarik di Paris
5. Pengalaman bercuti di London
6. Holland/Netherlands: Tour Zaanse Schans, Volendam, Marken, Delft, The Hague
7. Holland/Netherlands: Ke Amsterdam Kita