Monday, November 12, 2012

Nursing In Public (NIP)

ehemmm ni bukan rentetan daripada blog si montok eh ke bontot (?) tu tau...cuma lepas baca entry dia tu, tiba2 *tinggg* ada idea nak tulis apa hari ni...entry ni sekadar berkongsi cerita & pengalaman, bukan entry sentap-menyentap tau *nay nay nay*...jgn kaitkan dgn entry HOT si montot tu okey...bacalah entry ni dgn hati yg terbuka dan berlapang dada...

yup, i pernah NIP...NIP bukanlah satu perkara mudah bagi i dan itu adalah LAST RESORT buat i...takde nye saje suka2 seronok atau rasa hebat nak selak dpn org lepas tu bagi baby minum...TAK MALU kalau org tengok? sumpah i malu sbb tu kita cover & pilih tempat tersorok...tapi yg kelakarnya org kita ni benda yg bertutup nak malu sangat, yg terdedah rilek pulak *confused skejap*...malu tak bertempat pulak jadinya..

yg peliknya ada jugak ibu2 yg fully breastfeed ni pandang serong pada ibu yg NIP...dikatanya kita takde perasaan malu la, dikatanya kita ni tak hormat persekitaran la, dikatanya byk lagi pilihan/alternatif lain la, bla bla bla...tapi orang takkan pernah faham situasi kita selagi dia tak pernah rasa kan?? atau mungkin mereka hanya pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu cuba memahami orang lain??

menjadi monthly housewife, yg sebulan sekali dpt jumpa hubby merupakan satu cabaran buat i apatah lagi bila sudah dikurniakan cahayamata yg hensem *eh?* nak pegi mana2 ofcoz la akan ku kendong si anak itu unless kalau ada org nak tolong jagakan, baru tinggal kat rumah dgn parents...tengah2 shopping beli barang tu tiba2 anak mengamuk nk susu, apa yg perlu i buat? 
(1) nak suruh i balik rumah? hoii aku ni dah la terhegeh-hegeh terpaksa bawak anak tanpa suami, lepas dah sampai nk suruh balik rumah pulak semata-mata nk susukan anak? kau ada laki hari-hari kat rumah lain cerita la...
(2) nak suruh i pegi parking lot sorang2 then susukan dlm kereta sedangkan kita tahu area parking lot tu sgt bahaya kalau takde org lelaki teman? memang takkan letak diri dlm risiko la...
(3) nak suruh i pegi cari nursing room kat shopping complex kat kemaman ni?? memang tak la kan sbb surau pon susah nak jmpe inikan nursing room? org maybe akan nampak situasi kat KL je tapi mesti tak pernah terfikir pon kan situasi & kemudahan kat kampung2 ni camne? nak mintak kat kerajaan/kat pihak pengurusan tu sediakan boleh tapi sementara nk tunggu semua tu dpt, NIP je la caranya kan?
(4) nak masuk fitting room? boleh je tapi fitting room tu muat2 satu badan je dgn aircond tak rasa, sangatlah tidak selesa...hello jgn expect kat kampung ni macam bandar2 besar yer...

pernah i ikut hubby ke KL sbb bila dia dah ada kat darat, dia kena masuk office skejap utk submit claim & jumpa bos kat sana...nasib baik office dia betol2 sebelah shopping mall so dia akan tinggalkan i kat situ dari 11am sampai la 5pm...knp i gatal ikot?? sebabnya lepas tu kitorang terus nak balik kampung *perghh details explain*...utk yg memang stay kat KL, berada di shopping mall selama 2-4jam pon dikira sangat lama kn?? utk org kampung mcm i ni yg jarang sgt blh ke KL, 6jam tu dikira perkara biasa kot...ni lagi satu cerita bila terpaksa berdua dgn baby yg menyusu badan sepenuhnya...kalau ada sedara-mara yg tinggal dekat situ, mmg i akan pilih utk duk rumah sedara drp tunggu dlm mall tu...huhu

okey seperti biasa mmg i akan google/search dulu nursing room yg ada kat situ..normally mmg i hadkan langkah utk tidak jauh drp nursing room (lagipon i tak mahir sgt selok-belok dlm mall tu, memang boleh sesat la)...i pernah NIP dlm seoul garden, masa tu baruuuu je nak ngap makanan tiba2 anakku meraung...eh padahal baru 15min i susukn dia...nak suruh lari ke nursing room dgn baby yg meraung camtu & tinggalkn makanan? memang tak la kot...i anggap time tu darurat & NIP je la kat situ dgn dicover oleh pashmina...org tak perasan sgt pon...

i taktau la org lain camne kn tapi i sebolehnya cari tempat kat ceruk dinding & palingkan muka kat dinding supaya org tak perasan i tengah susukan anak...takpon sorokkan sket kat bawah meja...utk elakkan menarik perhatian org ramai terutamanya lelaki, ada baiknya pilih kain yg plain/tidak terlalu terang...NIP sambil berdiri atau berjalan i tak pernah buat & bkn kemahiran i...i sebolehnya cari tempat yg agak privacy sbb tak suka jugak org jeling2...

biasanya sebelum turun kereta mmg i akan susukan farish siap2 bagi kenyang & mmg akan bawak satu botol yg dh siap ada susu...tp kadang2 baby ni unexpected kn? kat rumah boleh pulak dia minum 2jam skali tp bila bawak pegi jln2 nak minum stengah jam skali pulak? dah tu elok2 maknya ni bawak susu dlm botol, dia pulak nk direct feed sbb nampak muka maknya...ayoyooooo anak oh anak! pernah juga i bawak breast pump masa pegi shopping mall sebab bajet nak pam la sementara tunggu hubby selama 6jam tu...malangnya, bila anak duk directfeed je, susu yg dipam pon taknak keluar...lagipon kalau nk bawak stock susu byk2, tahan brp jam la sgt kn? perjalanan i ke KL dh 3 stengah jam, campur pulak 6 jam kat mall, lu kira sendiri la...so di sini perlunya NIP bila keadaan terlalu mendesak...

pernah satu ketika i pegi alamanda...alamanda tu kalau nak ikutkn i dah hafal setiap kedudukan kedai coz time study kat uniten dulu kerap sgt la i lunch & layan muvi kat situ...tapi as a student time tu, tak pernah pulak terfikir nk cari tempat strategik utk nursing *kawen pon tidak lagi masa tu*...alkisahnya farish dh mengamok sakan nak susu dari foodcourt lagi...i pon tinggalkan la makanan yg hampir habis makan tu utk pegi nursing room...ramai oiii jeling2 tengok anakku meraung...anak menangis pon org tengok, NIP pon org nak intai...eh? yg i bengang sangat2, bila sampai je nursing room tu nampak bapak-bapak ada dlm tu...bilik pulak ada 2 je dlm tu & full...tak paham bahasa jugak rupanya bapak2 ni kalau nampk org nak menyusukan anak tu keluar la hoi! salah satu bilik pulak i dengar ada suara jantan duk bergurau senda dgn anak...angin jugak badan ni so i ketuk la...bila buka pintu rupanya duk rilek2 dgn anak bini dlm tu...apakah??? serius @#$%&^*!  nak pegi surau dia kat sebelah memang tak la kot sbb alamanda ni kalau weekend je time asar tu punye la ramai org kat surau...takyah kata nk nursing, nk solat pon dah sampai kat tempat wudhu' tu...

kalau jenis NIP tak cover, tu i no comment sbb entry ni bkn nk cerita pasal aurat pon *opss*...i juz harap kalau lepas ni i terpaksa lagi NIP, maka BERSANGKA BAIKlah...terutamanya org lelaki, lebih2 lagi yg sudah pon bergelar bapa, tak perlu la nak fikir lucah kalau nampak org NIP dgn menutup aurat...NIP ni bukanah niat utk tarik perhatian org ramai tp satu alternatif utk memudahkn ibu menyusu setelah segala pilihan yg ada tidak dapat digunakan...it's not a big issue pon actually...Islam itu mudah & indah...jangan la kita meg-complicatedkan benda2 yg tidak sepatutnya...tp jgn pulak kita terlalu open sampai terrlalu "memudahkan" benda yg tidak boleh...kita buat ikhlas kerana Allah, maka serahkan lah pada Dia yg Maha Mengetahui utk menilai kita...apalah sangat penilaian manusia kan??

tp i tak nafikan ada sesetengah negara Islam yg memang tak galakkan NIP ni...setahu i, di negara arab saudi konsep NIP ni dilarang sbb perempuan kat negara sana nk keluar rumah pn tidak digalakkan (betulkan i kalau i salah)...tapi sebaliknya kat Jordan, kawan i cerita masyarakat sana terima NIP dgn baik...diorang kat sana NIP bawah jilbab & NIP dlm bas adalah perkara biasa...wallahualam~

apa motif i cerita semua pengalaman i ni?? bak kata nabil "lu pikir la sendiri"...hihi...nilai sendiri la mana baik & buruk buat u olsss...kita takleh nk paksa org suka dgn cara kita kn?? again, jgn nak kaitkan entry ni dgn entry blogger lelaki ituuu~ kekekekek


p/s: apa2 pon i tengah contact seorang ustaz ni minta pandangan dia pasal isu ni...insyaAllah bila dah ada jawapan, i akan share...entry i hari ni sekadar pandangan i yg cetek ilmu agama, mungkin ada yg betul mungkin juga ada yg salah...maybe ahli agama lebih layak mengulas atau memberikan pandangan mereka...wallahualam..

27 comments:

Cik Puan Tqah said...

kalau xnmpk aurat rsnye xpe kot.. pandai2 je kann..

Halimaton Hanafee said...

hmm....isu ni dh jd mcm hot ekk...tak pahamkekadang....jaga aurat katanya..org yg tk pakai tudung pun kira tak tutupp aurat jugak kan...hohoho..apalah salah kita kan yg breastfeed anak ni

erin said...

Yerp, setuju, i x nampak pun NIP ni msalah dan kita as a mom, pandai la nak tutup, bukannya selak baju seketul keluar depan org.

Hunny Kitty said...

i sokong NIP..sekian trimas (sambil peluk nana kuat2)

Mrs Lurve said...

betul..setuju jgk, selagi nip nie tidak dedahkan aurat dan masih dijaga dgn elok dan ditmpt yg bersesuaian..rasanya xde masalah. yg jd masalah..bila yg memandang tue terlebih excited..smpai naik juling bijik mata nk jgk tgk..

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

sokong NIP..betul..baby ni susah nak jangka..lg plak adwa jenis tak nyabar..kalo nak susu, dan dan tu jugak die nak..tak ke kelam kabut mamanyer ni.. penah gak susukan die dalam f.o.s (bawah org gantung baju2..sib baik tak ramai org kat situ..
semalam baru susukan adwa kat burger king..sib baik dapat tempat duduk kat tepi dinding, dapat la susukan anak dengan tenang..
boleh NIP tp cover la jugak, bukan main bukak jer bg org tengok kan??

TiranaAduka said...

Salam nana
1st time singgah sini....
erm.....masing masing dah boleh berfikir dengan baik....dan matang kan...?

ctmah said...

thumbs up nana!sokong 200% NIP. pandai2 la kita jaga diri kita kan :)

aThidEaN said...

setuju!

veesakura said...

tak kena, takkan tau kan? NIP yang tak dedahkan pape pon orang nak komplen. abaikan jer la orang camtu. kalo i ade, jangan harap Hussein nak minum susu tru botol. pernah i buang 5 oz tau sebab Hussein reject botol sebab i yg bagi. dah kalo xde orang len kat situ, nak suh sape tlg bagi? cakap senang la kan..

fifi tiez said...

orang pandang nip ni mcm kita buat salah sdgkan kita dah tutup badan,xde apa pun yg nampak.mindset diaorg,nip ni salah.habis,org2 yg bcium2,bpluk2,pakai seksi2 kat mall tu,xde pulak diaorg pandang macam nak tkeluar biji mata.geram!!

Hana Soffelia said...

NIP je selagi tak mendedahkan aurat.

::puan ungu:: said...

orang yang tak berada dalam situasi xkan faham kenapa sometimes mommies perlu NIP.

Wawa said...

bagus nana!sangat panjang lebar entry. harap org boleh paham. tp kalau dah name lelaki, ego tak bertempat, mane nak dengar luahan sang2 ibu ni kan. hehehehe

tapi kan tbe terdetik, montot tu buat entry sbb pasal mob klcc tu ka? sbb i baru tau semalam n tgk kat google, baru rase macam, errmmmmm. 'kalau ye pun nak tunjukkan sokongan nip, byk lg cara. bukan sampai buat mob bagai. tu mcam dah menunjuk. hehehehe. pendapat saya je.' mommy2 yang g mob kat klcc tu takmo marah2 ye. ;)

.ieLah. said...

Nana,
dari time nana post kat fb pasal mantot tu lagi kite da macam tumpang emosi.hehe

tapi betul la, orang ingat nak nip ni kite suke2 je la kan. kite pon kalau boleh takde la nak tehegeh2 sangat nip kan.

macam kat kuantan ni, mane tempat sangat la yang provide tempat menyusu pon.kite yang duduk kampung2 ni je ha tau keadaanye. iskk

S.n.Fariza said...

Betul.. sokong nana..
Lantak je si kentut tu. hahaha
(naiklah traffic dia tu)
kena btl2 faham kan..

Anonymous said...

salam,

pada saya mudah je isu NIP ni, selagi kita jaga aurat dan maruah diri dan suami, rasanya takde masalah..janganlah cpt sentap biar pun apa orang nak kata..

tak payah susah2 menegakkan benang yang basah..masing2 boleh berfikir apa yang betul apa yang tak..kita tak boleh paksa orang setuju dengan pendapat kita dan kita tak boleh memandang sinis pada pendapat orang lain

Cheyan said...

bagi I NIP tu tak salah..tapi kene juga berjaga2..sekarang kan nursing cover dah banyak..guna kan la..kalau tidak pakai la baju yang besar..

bagi I kalau kita pandai dan tak nampak aurat kita dah ok dah..

yana lyana said...

pernah nampak ibu2 menyusukan baby di public..org yg fhm akan rase susahnya nak kene cover2 tapi still nak kena susukan baby..

ape2 pun as long as tertutup, ok ajer! :)

Veelara said...

kite suke entry nana ni....point yg nana ckap smuanya btl....n pedulik la org nk kate apa,yg penting kite taw apa yg kite buat. Kan?

Hazz said...

sokong NIP walaupun i masih blum ada keyakinan nak NIP sbb fhm mcm mn sshnya bila anak tetb nangis nak susu. I selalunya akan brlari mncari nursing room tp tu lah, mcm u ckp, kekdg bapak2 plak yg melepak kat dlm tu.

Fai CeritaCinta said...

bila anak dah melalak lalak takkan lah kita nak biarkan mcm tu jer.. xde ibu yg sampai hati nk biarkan anak nangis... kadang2 mmg tak paham lelaki especially kaum bapa yg suke sgt pandang serong kat ibu2 yg NIP. bukan kte sengaja nk tunjuk pun... malah siap bertutup lagi, mmg xde tayang2 pun... terlalu cetek la pemikiran diorg ni.. huhu, geram..!

Shakina Farhan said...

setuju! dulu kl nk mkn cari je meja kosong..skg ni kne pilih meja yg ceruk2 kl bleh..

ciNDerella stRikEr said...

dia igt ibu2 ni sj suka2 nk NIP kot. NIP secara bersebab ok.

mrs kayrul said...

setuju sangat ngan entri nana...

pizet said...

x mudah nak puaskan hati semua org...anak melalak dalam mall kata x pandai jaga anak, bg anak susu nip pun kata tayang aset, manusia memang susah nak dipuaskan hatinya...

bab bilik menyusu tu daku setuju sebab memang ada penah jumpa macam tu...boleh dok gayut telefon dlm tu...gurau senda..apa ni?

Anonymous said...

No prob with ppl NIP as long as tak nampak apa yg sepatutnya tak nampak... saya tak pandai NIP jd mmg menghadkan waktu keluar.. sib baik ddk KL...

nak belajar NIP sbb baby ni mmg unpredictable..nursing room je selesa kt Jusco itulah tempat shopping barang dapur every weekend pon.. kebetulan dkt ngan umah jugak...

kdg2 yg menyakitkan hati bapak2 pon duk sibuk kt situ.. nak teman bini ke nak mengk org org menyusu anak?? haishhh kdg2 anak minum susu formula pon .. kunun nak lepak2 santai di situ... haishhh geram!