Tuesday, May 14, 2013

Buat Mu Yang Bergelar UMI

ni entry pasal mother's day je...sebelum tu i nak bagitau sket, i ada baca satu status facebook ni org confuse antara mother's day dgn mother's church day (lebih kurang gitu la)...arghhh nak explain pon tak reti, so korang google sendiri la cari info yer...hihi
our beloved umi & abah

UMI...seorang insan yg sangat2 kitorang sanjung tinggi...mempunyai 8 org anak perempuan dan seorang anak lelaki, pasti memeningkan kepala dgn pelbagai kerenah anak2 kan? umur dah mencecah 55 tahun tapi tubuh badan alhamdulillah masih sihat & kuat...

UMI...seorang insan yg sangat kami bangga...umi merupakan seorang wanita bekerjaya tapi sikit pon dia tak abaikan kami adik beradik...mungkin dia set-up company sendiri jadi dia bebas utk ke sana-sini dan berhak utk pilih nak duduk di office atau rumah...

i bersyukur ada umi yg pilihannya utk bekerja, membantu abah dalam membesarkan anak2...bukan abah tak mampu, tapi umi dgn rela hati pilih bekerja utk memberi kemudahan pada anak2...semuanya demi masa depan kitorang adik beradik supaya hidup selesa...mempunyai 9 org anak utk dibesarkan dan di-asuh bukanlah satu perkara yg mudah...

kitorang adik-beradik masa skolah umi abah yg hantar dan amik...bukan kerana manjakan anak2, tapi mereka ckp itulah tanggungjawab...bukan taknak bagi anak2 berdikari, tapi anak2 akan tahu berdikari sendiri bila tiba masanya...pesannya, berkhidmat & gunakanlah sebaik-baiknya masa yg Allah bagi utk anak2, kita takkan rugi kerana masa tu tak lama, anak2 cepat besar & waktu tu mereka dah ada kehidupan sendiri (pesanan ni sentiasa terpahat dalam hati i)

boleh katakan hampir semua anak2 umi duduk hostel...tiap2 minggu la umi abah gilir2 melawat kitorang...sumpah i sangat kagum sbb dari kemaman tu tiap2 minggu la dia ke kuala berang utk jenguk i & dalam masa yg sama ke kuala terengganu & kuantan utk jenguk adik2 i yg belajar kat sana pulak...tiap2 minggu la duk bawak bekal yg dia masak & bawak anak2 outing...sedih bila ingat balik kisah ni sebab rasa macam susahkan diorang yg dah tua pulak :(

kitorang yg duk hostel ni tak dibenarkan naik bas, kalau balik memang diorang akan amik...siap kawan2 tumpang lagi tau...hehe...cuma pernah gak la i naik bas dlm 2 kali kot, tu pon sebab teringin sangat nak merasa naik bas dgn kawan2 camne :p

bila anak2 dah masuk U, umi abah masih sama peranannya...merekalah yg hantar & amik kitorang...masa ni kebanyakan anak2 umi belajar kat KL & cuma sorang je kat UTP, perak...walaupon anak2 diberikan kereta, tapi tiap kali nak balik mesti diorang akan dtg & konvoi dgn kitorang...kelakar kan? masing2 dah ada kereta sendiri tapi still nak amik tu, over protective mungkin sebab anak2 ramai perempuan...hihi...sampai la satu tahap tu i balik rumah drive sorang2 tanpa inform kat diorang...bila sampai rumah memang la kena membebel tapi lepas je peristiwa tu umi terus bagi kepercayaan utk drive sendiri...kita bukan apa, takmo la susahkan org tua sampai jauh2 nak pegi amik anak...sedih tau!

kitorang takde bibik, cuma ada mak sedara yg tolong jengukkan kitorang masa umi abah bekerja...tapi biasanya umi settlekan kerja rumah sebelum masuk office lagi...segala makanan dah siap masak awal2! jadual kerja umi sangat teratur & bila i sendiri dah ada anak, i boleh follow segala schedule dia...tak mungkin Allah bagi 24jam sehari kita cakap tak cukup masa...cukupppp cuma kena pandai utamakan mana yg penting dulu...sebagai seorang umi/mak/ibu/bonda/mommy, kita kena bijak uruskan rumahtangga...

kadang2 dalam hati ni terdetik jugak, camne la umi boleh beranak sampai 9 org...camne la umi jaga kitorang masa kecik2 dulu sampai sikit pon kitorang tak rasa tersisih...i masih ingat lagi masa tu i darjah 3, umi abah bawak kitorang pegi sunway lagoon & itulah pertama kali kami naik flight walaupon jaraknya hanya dari airport kuantan ke airport subang...anak ada 5 org masa tu + tengah sarat mengandung, semuanya umi bawak skali...taktau la camne umi abah handle kitorang 5 beradik yg masih kecik waktu tu...apa yg mereka buat, tak lain tak bukan hanya nak menggembirakan hati anak2...

so far kami adik beradik tak pernah hidup susah...jangan salah paham pulak, i bukan nak cakap i anak org kaya ke apa sebab kami memang tak kaya, masih hidup serba-serbi dalam sederhana...cuma i nak cakap kat sini segala keperluan kitorang terutamanya dari segi kemudahan utk belajar, memang umi abah sedaya-upaya tunaikan...cakap je nak apa2 pon yg berkaitan dgn belajar, semua diorang akan kasi...kami adik beradik memang cukup mudah dapat apa2 yg diminta asalkan benda tu tak mengarut...

walaupon umi abah bekerja, kami tak pernah diabaikan dan kualiti masa yg kami ada digunakan sebaik mungkin dgn penuh kasih sayang...kitorang adik beradik sangat gembira & bangga ada parents yg cukup hebat di mata kami! segala keperluan kami cukup lengkap, tak pernah pon rasa kurang dan kami cukup bersyukur dgn segala yg ada...mungkin kurang pada pandangan mata org lain yg melihat, tapi tidak bagi kami...

UMI i ni tegas tau...kadang2 apa yg dia ckp tu boleh menusuk kalbu & buat kita berfikir...tapi yg i suka pasal umi ni, dia tak pernah langsung paksa i dalam bab2 belajar...mungkin dia paham anak2 tak sukakan tekanan, jadi i memang boleh belajar sendiri tanpa paksaan...bukti dah ada depan mata, anak2 umi insyaAllah semuanya berjaya :)

menjadi seorang UMI bukannya setakat mengandung, melahirkan & membesarkan anak2...tapi peranannya cukup luas, dialah tulang belakang kami yg tak pernah sikit pon mengeluh! dialah role-model kami dalam mendidik anak2...pengorbanannya sangat tinggi, segala penat lelah & susah-payah utk besarkan anak2 sangat kami sanjungi! mana mungkin kami dapat membalas segala jasa umi dgn wang ringgit...apa yg kami dapat buat hanyalah berdoa kepada Allah supaya pahala umi berganda atas setiap titik peluh yg keluar utk kami, supaya umi sentiasa diberikan kesihatan utk terus beribadat, semoga umi dikurniakan anak2 yg dapat menjamin umi di syurga nanti & semoga anak2 umi semuanya berjaya di dunia akhirat...aminnn

sekarang i pulak yg bergelar MAMA...harapnya i dapat jadi mama yg baik la...i nak anak2 rapat dgn parents, i nak anak2 hari2 dapat makan hasil air tangan mamanya, i nak anak2 diberikan didikan agama yg baik, i nak anak2 yg soleh solehah, i nak anak2 yg tinggi akhlak & perilaku, i nak anak2 yg menyenagkan hati org tua, i nak anak2 yg sihat & cergas, i nak anak2 yg berjaya dunia akhirat...semuanya atas bahu i utk menjalankan tanggungjawab tu & semoga Allah mudahkan segalanya buat i & buat semua rakan2 yg dah ada anak :)

********************************
sempena hari ibu baru2 ni, kitorang spent quality time together je...mula2 plan dgn adik2 nak masak special tapi tak jadi sbb ubah plan utk pegi kuala terengganu...kebetulan semalam i ada seminar kat sumai hotel, jadi kitorang decide utk stay kat situ je...so boleh la dinner sambil celebrate kat hotel je...kitorang pegi hari ahad & ni baru je sampai rumah...hehe
ni la sumai hotel...hotel dia biasa je, takde yg menarik pon...tapi sbb seminar kat sini, malas la nk tido hotel lain...dia apartment hotel sebenarnya & dekat je dgn pantai batu buruk...

hadiah pulak kitorang adik beradik share duit utk belikan handbag...knp handbag??? sebab umi dah hint kat kitorang nak handbag baru LOL! tapi tak beli pon lagi coz kat kemaman-kuantan ni takde pon butik yg best2...weeknd ni nak pegi KL baru cari...takpe la tangguh sket pon kn :p

11 comments:

cha said...

happy mothers day to your UMI nana. besarkan pengorbanan diorang dengan anak ramainya huhu.

bestnya cuti walaupun hotel biasa je tp quality time dgn family tu yg best :)

CikNaa said...

nana muke mak! same sangat..

Cik Puan Tqah said...

terharu bc entry ni..nk jadi cm mama jugak.. huhuhu..mampu ke ehh

ctmah said...

bestnya dapat p gathering sama2...
selamat hari ibu to both of u =)

Nurul Husna said...

Selamat Hari Ibu to Nana n ur mom... bestnya dah jadi ibu.. im on the way..hehe

Cheyan said...

Selamat hari Ibu buat Nana and mak Nana.. Suke baca nana punya nukilan..rase tersentuh and terharu baca...

Cik Puan Rara said...

happy belated mothers day nana.heee.even x sambut,tp masa bersama tu sgt penting kan.

veesakura said...

Happy belated mothers day to nana and ur umi! bestnyer can spend time sma2

Haidasafera said...

tersentuh hati i bc entry you ni nana....boleh rasa ikhlas dari hati u menulis about your Umi.

Anonymous said...

Panjang dan terkesan dalam hati =). Kalau kenangkan penat lelah mak ayah kita memang tak terbalas. Sekarang ni kalau tgk rambut diorg dah makin putih tiba2 je airmata ni mengalir. huhu..

aaa..sebak plak ingat family!

-Hana Yoriee-

SweetLikeWhat said...

sedih bila pikir pasal mak dan abah..tgk dorang semakin tua...sedihnyaaaaaa