Monday, June 10, 2013

Tiada Lafaz Yang Lebih Agung

amboiii title tu :p
Alhamdulillah, hari ni 10 Jun 2013 genap 2 tahun usia perkahwinan kami...satu ikatan yg cukup indah, yg kadang2 kami rasakan ianya satu mimpi, macam tak percaya atas perkongsian hidup yg Allah aturkan ini...2 tahun yg masih mentah, masih dalam proses mengenali, masih dlm proses memahami dan masih dlm proses pembelajaran...

i rasa syukur sangat2 dapat kenal & kahwin dgn hubby (ye la, semua isteri akan cakap camtu kan? hehe)...dia seorang suami & papa yg baik, yg sangat bertanggungjawab & yg SANGAT boleh harap...yer, SANGAT!! kalau bab anak, dia lagi laju dari i kot...kalau sebulan dia cuti, sebulan tu la dia duk masak utk ayish, mandikan ayish, cuci berak ayish, layan ayish, bawak ayish pegi taman sorang2 sbb i kerja & suka shopping baju ayish sorang2 kalau dia bosan (time ni la i dpt duk office dgn aman & fokus kat kerja, kalau hubby takde i banyak duk melangut kat rumah je layan ayish)...dah la loya buruk, suka buat lawak yg kadang2 i rasa nk cepuk kepala dia haha bini kejam...paling I respect, dia langsung tak kedekut dgn family…betol la org cakap, anak lelaki ni kalau buat baik kat parents, insyaAllah dgn anak bini pon dia akan jadi lagi baik…ok la malas nk cerita panjang2 pasal kebaikan suami, cukup la i simpan sorang2 selebihnya, kang ada pulak yg meluat baca kalau duk puji melambung sangat...kan kan? :)
cuma ada perkara yg i sentiasa pahatkan dalam hati, mungkin renungan utk diri sendiri jugak...dalam perkahwinan ni ada asam garamnya, ada atas bawahnya, jgn ingat langit tu sentiasa cerah sepanjang masa...sekarang kita terlalu bahagia seolah2 dunia ni milik kita, tapi apa pulak nasib percaturan hidup kita suatu hari nanti? sekarang ni kita hidup senang lenang seolah2 kita berada di zon selesa, tapi macam mana pulak kalau kita diuji dgn suami tiba2 sakit, tiba2 hilang kerja atau tiba2 meninggal? sekarang ni kita sama2 sgt setia, sama2 sgt sabar, sama2 sgt memahami, tapi adakah jaminan yg menyatakan bahawa perangai manusia takkan berubah?? hari ni kita duk mengata pasangan org lain, esok2 *toink* terkena batang hidung sediri pulak..yerrr kita masih tidak tahu ramalan masa depan!

tak, tak, i bukan fikir negatif...tapi dalam perkahwinan ni i selalu pesan kat diri, akan ada onak duri ranjau melintang yg kita kena tempuh...kalau berjaya atasi semua ujian, maka bahagialah kita...kalau gagal, maka terkandaslah kita...kalau musykil, maka terumbang-ambinglah kita...tipu la kan kalau kata tak pernah gaduh langsung?? sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri (eceyyyy mcm lagu p.ramlee la pulak)
sentiasa bersyukur dengan pasangan supaya kita mudah terima segala cacat celanya sbb kita ni pon bkn sempurna sgt…kadang2 perbezaan tu la yg buat hidup kita saling melengkapi, kang kalau semua benda nak samaaa je bosan jugak...kalau dah 20 tahun kawin pon belum tentu kita akan kenal pasangan sepenuhnya...sebab tu hari2 kena belajar benda baru; apa yg dia suka, apa yg dia tak suka, apa yg dia nak dan apa yg dia taknak...sentiasa saling menghormati, tolong-menolong antara satu sama lain, dan cuba ringankan beban pasangan :)

tapi manusia ni kadang2 memang tak lari drp suka compare pasangan sendiri dgn org lain kan? fikir macam ni dah la, "hubby dia bg kereta besar, tapi kita dpt pegi melancong" ehhh bunyi tak best la pulak statement tu, macam materialistik sgt kn?? haha...ok2 ganti pada yg lebih 'zuhud' pulak, "untung dia ada suami yg baik, saya pulak syukur ada suami yg pandai ambil hati"...paling busuk pon fikir je la suami kita tu handsome, hahahaha boley gitu?? :p
okey itu selingan je sebenarnya...nak cakap kat sini BERSYKURlah! tak kira siapa pon pasangan kita dan org macam mana yg kita pilih, semoga kita sama2 melayarkan bahtera perkahwinan hingga ke syurga...sama2 saling menegur kalau ada buat salah...sama2 perbaiki diri utk jadi lebih baik...sama2 cari keredhaan Allah supaya hubungan sentiasa aman tenteram...
to my beloved husband,
happy 2nd anniversary! many more years to come, insyaAllah.
thanks for being such a great husband & father.
thanks for sharing same happiness and same tears.
thanks for your treat, always make me feel like a princess :p
may Allah shield our marriage with “iman wa taqwa”.
may Allah bless our marriage & grant us with "mawaddah wa rahmah".

aminnnn ^_^

30 comments:

Cik Puan Mimi said...

Happy anniversary nana! :)

Cheyan said...

Happy anny Nana.... cantik gambar kawen...

Wawa Yusoff said...

alhamdulillah.. happy anniversary untuk nana dan fahmi. moga kekal bahagia :)

Mr n Mrs Zaidi said...

selamat ulangtahun perkahwinan Nana..semoga ikatan nie berkekalan ke syurga Jannah k...

Nurul Husna said...

Happy anniversary Nana :)

Anonymous said...

selamat ulangthn perkahwinan nana darling. Moga ikatan ni lebih berpjgan sehingga akhir hayat ya.
Insyallah..

dr kak ct putrajaya

micah aje said...

HAPPY ANNIVERSARY kak nana..

Cik Puan Rara said...

happy annyversary nana,betul ckp nana tu.kena beringat.rara pon selalu ingat kan diri sendiri.tp xleh bayang kan kalau hidup tanpa suami.hmmmm.

amal said...

happy anniversary nana! suka dengan semua yg nana cakap tu. menjadi motivasi buat dirikuuuu.. semoga bahagia selalu. cpt2 bg ayish adik hehe

"cikkin" said...

Happy anniversary nana & hubby..miga bahagua sampai syurga...;-)

Lyana MK said...

eppi anny!!!!!

Zimie said...

happy anniversary nana n husband. i baru je masuk setahun kelmarin.cepatnya masa berlalu kan.semoga berbahagia hingga ke syurga jannah :')

Siti Nursyamimi said...

happy anniversary nana..
sweet sgt :)
terharu je baca entry ni..
hope segala impian kita tercapai ye..
semoga berbahagia dear !

ettyzukhair said...

happy anniversary dear..have a great & wonderful marriage..more years to come..

MrS dOdOt_ShyG said...

hepy anniversary nana..
10 jun same dgn besday rinie..
hehehe.. :)

mrs kayrul said...

happy anniversary nana

Mimy Hamid said...

happy annivesary loving couple of mama papa ayish...amin stay till jannah...amin...

Dayana Bahar said...

Happy anniversary... Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya...

vanillasnow said...

waah , very sweet post :D
semoga kalian kekal bercinta sampai ke syurgaNya..amin :)

cha said...

happy anniversary nana. semoga rumahtangga nana kekal bahagia sampai bila bila. seronoknya dh 2 tahun ada baby :')

hayati hashim said...

Happy anniversary nana.. btoi la tu kena bersyukur.. tapi yg bernama manusia ni payah sket nak positif sentiasa. Hihi.

Aty_Fared said...

selamat hari ulangtahun perkahwinan tuk korang berdua..semoga yang indah itu akan terus kekal sampai hujung nyawa..aminnn...:)

Mrs Lurve said...

happy anniversary dear...moga terus bahagia

ctmah said...

happy 2nd anniversary nana.bahagia till jannah..amin

erin moshimoshi said...

happy aniversary kak nana

Bazilah (^0^) said...

happy anniversary nana!. semoga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya. ameen :)

With Julia said...

Sgt terharu.....
Ulasan demi ulasan ttg apa itu pujian ikhlas...
Selamat ulang tahun perkahwinan ye nana...sgt cantik!

Rinah said...

happy 2nd anniversary and many more to come.. InsyaAllah..
May Allah SWT bless your family.. Amin

ciK LyndaWawa said...

tahniah nana.. happy anniversary..=]

SweetLikeWhat said...

happy anniversary nana..baru nak wish ni..huhu..moga bahagia hingga jannah ye..