Tuesday, September 17, 2013

Home Progress: Extend Bahagian Belakang (Yard)

rumah yg bakal kitorang duduk ada yard yg berkeluasan lebih kurang 20' x 6' (sebahagian ada yg 8')...mula2 beli rumah, i adalah org yg paling beria nak sambung sampai belakang sebab nak buat laundry area...lepas tu bila dah lama2, i cakap dgn hubby hold la dulu extend tu sbb i nak buat benda lain dgn duit tu...dan2 tu jugak hubby cakap:

"NO! kita extend rumah dulu, rumah lagi penting dari (benda yg i nak tu), esok2 ada rezeki lain bukannya tak boleh, rumah ni kita nak duduk lama kalau boleh biarlah sempurna & nanti takde la nak kecah2 bila dah duduk"

sebagai isteri yg tak keluarkan duit, i tak boleh nak kata apa dah..kena dengar cakap suami walaupon dalam hati ni meronta2 *i tak fikir dah pasal rumah* hihi apa boleh buat, kalau duit bertingkat2 benda ni mesti bukan isu kan? boleh buat sekaligus, cakap je nak apa...utk kitorang yg biasa2 ni, terpaksa buat pilihan antara satu...tapi utk apa yg hubby dah susah2 sediakan sekarang, i sangat2 BERSYUKUR! ada betolnya cakap hubby, rumah ni tempat berteduh, kalau ada duit lebih utk extend ada baiknya buat terus sebab tak rugi pon...
ni ruang asal sebelum extend...kalau ikutkan hubby, dia nak tutup habis sebab kos utk semua tu hanya perlu tambah 1k sahaja drp kos sekarang ni (tak mahal sgt sebab dinding kan dah sedia ada, cuma perlu tambah sikit je utk naikkan)...tapi kali ni i berkeras, i cakap TAKNAK tutup habis sebab i perlukan sedikit ruang utk sidai baju & bercucuk tanam (i berangan nk buat taman herba mcm tanam daun sup, daun bawang, cili, serai, daun pandan, etc)...i tak suka sidai baju kat porch depan, sakit mata tengok...akhirnya hubby ikut je kata i, fuhhh lega!
ini bahagian dry kitcehn, sebalik pintu tu wet kitchen, dan belakang wet kitchen tu la laundry area yg kitorang tambah...pintu tu nanti kitorang akan cabut supaya nampak lagi luas...i tak besarkan dapur, cukup la kot dah ada dry & wet kitchen walaupon saiznya hanya sekangkang kera...yg wet kitchen tu muat satu bontot je lalu, hahahaha takpe la sebab nak guna utk cuci pinggan je...
haaa perasan tak ruang kecik tu? ruang tu la yg akan jadi tempat sidai kain & utk i tanam pokok walaupon hanya dalam pasu je boleh :p
i akan jadikan ruang ni sebagai laundry area, ironing station & mini stor kot...one day maybe akan jadikan pantry jugak bila anak2 dah ramai, hihi...kat ruang ni pon boleh buat rewang kalau ada apa2 majlis sbb takde cabinet atau perabot besar...i akan buat segala aktiviti membasuh & menggosok kat sini...
pandangan dari wet kitchen yg super kecik!
pandangan dari sudut lain...kat ruang hujung tu la kot nak buat mini stor sbb stor bawah tangga kecik sangat la...tengok macam mana nanti...

sejak harga minyak naik, harga barang pon naik tau...buat kecik macam ni pon dah berpuluh ribu ok! kalau siapa2 yg extend besar tu, memang i boleh agak la brp diorang akan habis...kalau nak ikutkan, apa yg kitorang buat ni kategori low-cost sbb pakai batu biasa je...kitorang extend lebih kurang 6' x 12' je dan paling mahal kitorang pernah dpt quotation ialah RM 20k (kitorang rasa harga tu tak masuk akal utk ruang sekecil ni)...nasib baik jumpa kawan gym hubby & dia boleh buat within our budget...

i dah ada idea utk deko ruang ni...barang2 basic pon dah complete beli, tinggal lagi nak susun je...hehe...kat bawah ni antara contoh yg i sangat suka & dah lama simpan dalam folder...tak dapat buat sebijik macam tu, buat seakan-akan pon takpe kan? :)

cantik kan warna soft blue macam ni?
i punya idea lebih kepada yg ni kot...ada iron gantung kat dinding & ada tempat sangkut baju kat atas washing machine...
suka jugak yg ni tapi tak terfikir nak buat built-in cabinet sbb nakkan ruang tu nampak lebih luas...kalau pasang cabinet, sah2 la makan ruang...lagi satu bajet pon takde lagi buat masa ni...
simple & kemas...
kat satu sudut tersembunyi, ingat nak sorok segala jenis penyapu & mop macam ni...nak susun/gantung elok2...

berhajat nak warnakan ruang tu dgn warna kuning+biru+putih je kot...sebab sangat banyak cat biru & kuning lebih masa cat bilik ayish...takpelah sama warna dgn bilik ayish pon asalkan tak membazir...
plan nak cat macam ni...yg warna coklat tu i nak buat biru, yg warna biru tu i gantikan dgn warna kuning, jalur putih tu maintain...harap2 la menjadi :)

i dah beli sebijik macam dlm pic ni kat ikea, RM94/set kalau tak silap...nak cari top dia tapi dah takde stok...bila ada top, boleh la letak bakul/hiasan bunga atas tu...purposely nak letak baju & akan di-label-kan dgn "WHITE", "COLORS" & "DELICATE" kot...akan diletakkan sebelah washing machine nanti...
ini convertible ironing station yg i ada cerita dalam entry lama...teaser je la dulu sbb malas nk buka habis...hehe...suka sgt wall mounted ironing station ni sebab jimat ruang, nampak lebih kemas & tersusun...
macam ni la rupanya, i curi kat website dia...boleh lipat, simpan & sembunyikan lepas dah habis pakai...

owh utk ruang yg kitorang extend ni, tak pakai tiles...kitorang decide nak pakai fully carpet, ala2 macam kat surau office tu...saja nak buat kelainan sikit kat ruang ni, lagipon tiles sejuk la :) 

33 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

x sbr nak tgk rumah nana siap
bestnye ade rumah sndr

erin said...

tak sabar nk tengok nana oi..meleleh dah air liur ni..sobsss, rin pun igt bilik tetamu nk pakai lebihan cat bilik aish jugak..hahaha jimat, tp kena tukar2 design la, bagi x nampak sama, gasaklah.

Hana Soffelia said...

Nana, papan gosok tu Nana beli kat mana? Bestnya tgk progress rumah Nana...

nurul harnani said...

bestnya lahai. smoga nana dan suami diberi rejeki utk masa depan kalian.

btw, cantek sgt planning nana :)

Allene said...

berbaik...mmg extend dlu. nnt bila da duduk nk exted habuk bnyk lg penat nk kemas... ikut je kata bos besar nana... ;)

Umi Qi said...

Umi Qi baca entry nana nih sgt2 best2...rasa nak repat baca berulang2 taw nana...umi Qi rasa apa yg nana rasa sekrang...happyyyyyyyyyy....ya Allah sonok yer ada umah sendiri...rajin cari barang kt ikea...mmg super best...x sbr tgk umah nana siap...nak amik ilmu nih nana

Fizah said...

berbaloi-baloi extend mcm ni...mcm2 fungsi ruang dpt dicipta...iron station and laundry area paling best...:)

puansazusarin said...

Nana berapa yer kos extend blkg tu? Berangan nak extend jugak dapur tapi klu lbh 20k mmg xbt lah nampak gayanya..

yUmiE AzuRa said...

Seronok!!
haha 1 word je..

♥ ROS ♥ said...

Wah nana cntiknya umah kalau mcm tu dsignya. Taksabar tau nk tgk umah nana :-)

Nona Azhar said...

yayyy! Best la nana! nnt buat la fully review tau.. leh guide kan kami kami yang nak buat umah masa akan dtg! hahaha.

Wawa Yusoff said...

Suke concept u. tinggalkan tanah sikit walaupun sekangkang budak kecik yg kat rumah tu. hehe :)

hana yoriee said...

comel laundry area yg nana pilih. Rmh kat oz ni pun ada laundry area comel2 je. Ada sink, cabinet kecil ngan tempat washing machine. Hana mmg suka lah idea laundry area ni. hihi

SweetLikeWhat said...

tak sabar nye nak tgk dah siap..teringin nak buat laundry area..tapi budget takde lagi nak extend..bagus cakap hubby tu nana..nanti jadi mcm kitorang mesti kecah bile extend kemudian..

aThidEaN said...

wah bestnya nana...
:)

Wawa said...

eh iron board yg sembunyik2 tu comel kot! bile lah nak dapat umah atas Tanah pulak...hihi

mrs kayrul said...

teruja betul tengok rumah nana nie...agak2 dah siap nanti mesti meletops kan...

Chekgu Azrine said...

sis..akak baca entry ni akk yg excited..macam akk plak yg tgh extend rumah..hehehe..nanti blh la tiru iron board tu..stylela..hahaha

Wan Afzan said...

nice sangat planning deco rumah baru! ni yg tak sabar nk tgk finishing ni!

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

Bestnye nana pandai hias!! Umah rina brg basic je skrg..deco xde lagi..tak pandai la nak hias + takde duet pon..rina pon x rajin kemas..sekarang nak kemas pun dah semput2 hehehe...
Iron board tu beli kat mana ye nana? Yang i wanna go home pnye iron board mcm x kukuh jee...
Ruang laundry letak karpet tak basah ke nana?
Nana..macam mana nak cat bercorak2 ni? Ok byk soal :p
Satu lagi, tempat sangkut penyapu tu mana nak cari :p kihkih..jawab tau nana! Hahaha jemputlaaa dtg rumahh, mana tau boleh bagi free consultant camne nak cntik kan lagi rumah :)))

MamaAliya said...

nana, iron board tu beli kat mana.tgk macam best je sbb space saver =p.

Fifi Nadhrah said...

seronoknye bace.. tak sabar nak renovate rumah.. nak settlekan hal beli rumah..

m@m@yAyA said...

nana xsbr nie nak nengok hasil..

msti cntik umh nana lau ikut ckit2 design yg ada tue..kaler lak mmg superbla..

bila umh nana siap?nti nak g jln2 ganu bla umh nana da siapla..br best!!!hihi

ctmah said...

xsabar nak tgk hasilnyaaa

~ NANA ~ said...

haha pankangnya komen.rina! Xtau la rina akan baca ke tak ni..iron board tu dh bertahun beli masa kat expo tp baru2 ni nana jumpa yg sebijik cmni kat kedai yg jual aksesori toilet n dapur..nanti dah pasang nana review details k..pasal carpet kat laundry tu sbnrnya memang kitorg dh fikir basah ke apa thats y kitorang buat mcm kandang sikit utk.letak washing machine..eh nanti la nana akan story mcm2 lagi dlm ni..hihi

diyana.didie said...

nice. tak sabar nak tunggu siap ;) btw, me suggest u beli dryer je. tak perlu jemur jemur ;p

Cik Puan Rara said...

Ya Allah.xsbr nk tgk rumah nana.haih~ sonoknya tgk rumah org cantik2.banyak idea nana kan.eh mahal ke iron board yg cm tu nana?

Shakina Farhan said...

nt nk dtg rumah! hehe..nanti share tau semua pasal rumah..dgn kos sekali...sng nk bajet & tkut kne tipu di mse hdpn..:P mood berangan..hihi

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

Baca ok :p sila buat entry khas psl iron board! Siksa duk iron atas lantai hehe

Anonymous said...

Xmhl pon iron tu free dpt

lovey's wifey said...

Apesal dgn i skali excited u pny home progress ni.. hihi

adianiez AIDA said...

laundry room. in shaa Allah umah aida nanti wajib ada laudry room :-)

Azie said...

Nana buat renovation sume pakai contractor mana.boleh x nk dpt contact.tgh cari cntrctor jgk ni area kemaman..tgk rumah nana mcm best je.