Wednesday, November 20, 2013

Resepi Donut Gebu

resepi ni mommycha la yg mula2 share kat wassup...kitorang pon apa lagi, haruslah cuba kan...sebenarnya sebelum ni i pernah jugak buat donut cuma resepinya lain, kali ni nak try la jugak resepi org lain rasa cmne...
ini adalah resepi drp LINK yg micha share:

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
3 cawan tepung gandum  *(sebab lembik sangat, i tambah lagi 1/2 cawan tepung berprotein tinggi...utk buat donut/scones/jenis2 roti, i lagi suka pakai tepung berprotein tinggi sbb rasa dia lagi sedap & bagi texture yg lagi cantik)
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur 
*i tambah 1 sudu besar shortening/lemak sayur (yg ni utk 2nd time buat sbb 1st time buat tu tak puas hati, dah tambah shortening baru rasa better sikit)

Cara-cara 
Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Masukkan shortening.Biarkan selama 10 minit. 
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. 
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 

i buat 3 perasa; satu yg classic (letak gula je), satu lagi sugar glaze & satu lagi choc peanut butter...
ini topping dgn choc peanut butter lady's choice...rupa macam erkkkk kan tapi rasa sedap...hahahaha...rupa jadi cmni sbb i malas, i letak dlm plastik lepas tu i potong bucu plastik tu, picit atas donut & jadi la cmni...
topping ni pulak dipanggil sugar glaze...cara buat dia senang je...panaskan sedikit butter dlm pan, masukkan gula perang sampai likat, masukkan donut & gaul rata...

resepi ni sgt2 mudah...cuma bagi i, texture dia tak menarik, doh agak melekit, cpt nampak hitam bila goreng & tak brp nak gebu (byk complain pulak)...cuma rasa dia not bad la, utk first timer kira boleh try la resepi mudah macam ni...
*******************************
ini pulak resepi yg selama ni i follow...i pon amik drp org lain, boleh refer sini [LINK]...tp resepi ni superb, donut jadi sgt cantik, ringan & gebu...kalau rajin boleh cuba resepi ni, siyes sgt sedap oiii...



Bahan A:
350 gram tepung protein tinggi
200 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
75 gram gula kastor
1 sudu teh garam
3 sudu teh (10 gram)  yis segera 

Bahan B:
1 biji telur gred A
170 gram air sejuk
80 gram krim putar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa mentega

Bahan C:
40 gram mentega
30 gram butterol
1 sudu makan liquid bread improver

Info tambahan:
Bahan A - Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung.

Bahan B - Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna (Chef Khoo terangkan sebab-sebab pertemuan di antara yis dengan air sejuk atau air suam, tapi Amie terlupa... tak buat catatan). Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja.

Bahan C - Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain.

Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.

Cara:
1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul. 
2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit.
3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin.
4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit.
5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan.
6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika.
7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit. 
8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki.
9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda. 
11. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana panas.

Peringatan: Sekiranya mesin pemukul anda bersaiz kecil, buat separuh adunan sahaja kerana doh tidak akan menjadi dengan sempurna sekiranya adunan terlalu banyak.
*******************************
cerita pasal donut ni kan, kalau korang campur resepi pertama tu dgn kentang pon sgt sedap ok! baru la lembut & gebusss gitu...

ok selamat mencuba :)

14 comments:

dhiera said...

copy!
ada masa nak buat~

Cik Puan Rara said...

renyah jugak buat donut ni kan.lahaiiiiii~ terliur pulak.haih~

MimahAjil said...

sedapnye.......

shura shushi said...

memang ada plan nak buat donut, boleh try ni :)

Ecah Ecot said...

tempting..pasni buat sendiri xyah beli dah..boleh makan banyak..hehe

Mimy Hamid said...

nana tq deko donut yg menarik hati ku...i like..nk buat hari ni

Liyana said...

kena tggu semua adik beradik balik baru boleh buat... nanti xde sape nk mkn hehe

Ayu Rashid said...

Musim banjir sedap makan panas2 ni.. mak mertua kak ayu rajin buat donat. Nasib baik dia dpt menantu kuat makan hahahahaha.

aznor ibrahim said...

dah tayah susah2 nak beli big apple.ni pon dah cukup teruja tgk..haha.harus try ni

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa .. lapar pulak perut ni nak mencari donut huhu ..appun sungguh meyelerakan donut tu dear ..nyammmmmmmmm

Umi Qi said...

Umi Qi nih hari2 amik resepi nana...tp bila kemalasan melanda apa pun x boleh...grrrrrrrr...nana suka tgk donut tuh pandai nana buat...cayalah...

mrs kayrul said...

Kita selalu guna resepi donut kentang...lembut jer

Fifi Nadhrah said...

teringin nak buat.. da ramai da buat ni!~

Mar Mansor said...

sedapnye..akan cuba resepi ni..