Monday, April 29, 2013

Pengalaman Anak Kena Sawan Kali Ke-2

ingat lagi tak entry i masa mula2 farish kena sawann? [LINK]...sawan atau dalam bahasa inggeris dipanggil "fit bild", mudah kena kalau baby demam panas...i difahamkan sawan ada dua jenis; 
(1) sawan sbb suhu badan panas- tak bahaya sangat tapi tetap kena jaga rapi...
(2) sawan tiba2- sangat bahaya! sebab boleh attack otak dgn serta merta...
paed cakap dgn i, kalau sawan antara 5-10min, masih dalam zon selamat...kalau lebih 10min, biasanya memang akan ada kerosakan pada otak...huhu takut dengar! masa kena sawan, otak akan kekurangan oksigen, sebab tu boleh effect otak...

jarak masa farish kena sawan 1st (2nd april) & 2nd (22nd april) hanya lebih kurang 2 minggu! huhu sangat cepat benda ni berlaku...badan farish mula dedar dlm pukul 3 petang camtu...bila 5pm makin panas, hubby cepat2 masukkn ubat bontot kat farish...walaupon badan panas, tapi farish ni punye la aktif tak nampak langsung mcm org sakit...malam lepas je solat maghrib hubby nak mandikan farish skali lagi sebelum bagi ubat sebab badan dia sangat panas...tapi si kecik ni bila tengok mamanya lalu, meronta2 nak susu pulak...i baru je selak baju, tak sempat pon nak bfeed farish, dia terus kena sawan...

keadaan sama mcm masa mula2 dia kena sawan; mata terbeliak, badan keras, mulut terkatup rapat, seolah2 macam org nazak...i taktau nk gambarkan macam mana tapi sebagai seorang mama yg melahirkan dia, cukuplah buat i rasa sangat sedih & takut tengok keadaan anak macam tu...sumpah sedih sampai berjurai air mata :( dalam hati memang ada terdetik benda2 negatif tapi cepat2 istighfar & mohon doa pada Allah supaya semuanya selamat dan kembali OK...

bila hubby & my mom basahkan seluruh badan farish, tak lama lepas tu dia menangis, tu tandanya dia dah OK la, badan pon dah tak kejang...tapi nampak sangat dia lemah & mengantuk...sementara tu, i siapkan pakaian & kelengkapan utk bawa ke hospital...

kali ni, kitorang pilih utk terus ke KPJ Kuantan (KSH) walaupon perjalanan lebih kurang 45min...masa mula2 farish sawan dulu, kitorang terus ke Hospital Kemaman sebab itulah satu-satunya hospital yg ada kat kemaman ni...bukan i tak suka hospital kerajaan, tapi i perlukan sedikit privacy, that's why i pilih utk terus ke private hospital kali ni...

doktor & nurse kat gov hospital semua baik2 & servis pon OK...cuma bila part nak tido tu i kurang gemar kot sebab open...tirai ada tapi separuh je, tak boleh nk tutup semua...sebelah katil farish pulak bapa budak tu yg teman, jadi 24jam la i kena pakai tudung & nak tido pon cover2...katil pulak kecik & pendek, memang mcm sardin la kalau i duk skali atas katil tu...part nak breastfeed pon i kurang gemar sbb org blh nampak...lagipon sorang je yg boleh teman & ada waktu tertentu utk melawat, boring ok! alasan tu je la kot sebab i bergegas jugak pegi private hospital, nakkan keselesaan & privacy...lagipon rasa rugi kalau dah ada medical card tapi tak gunakan kelebihan yg ada...

kali ni 2 hari kena bermalam kat KPJ...doktor amik darah & air kencing farish dan result dia darah farish ada jangkitan kuman...lepas tu paed ckp hati dia lemah (ada la bacaan dia tu, i pon tak reti nak explain) means antibodi dia memang lemah...tapi paed cakap semua tu masih dalam keadaan terkawal, jadi jangan risau sangat...nak nangis bila tengok tangan comel farish kena cucuk dgn jarum, lepas tu kena pam utk keluarkan darah...i yg kena cucuk pon sakit, apatah lagi si kecil tu kan?

lepas ni kalau farish demam je cepat2 kena bagi dia makan ubat, rendamkan badan dia & pantau suhu badan setiap 15min...sekali dah kena sawan, chances nak kena lagi sangat tinggi sampai la umur 6 tahun...ikut pengalaman i, farish dari lahir lagi memang mudah demam, selalu sangat on off demam dia...hari ke-2 lahir pon dah selsema...huhu

dlm entry i yg lepas, ada anon tinggalkn comment suruh i jgn minum ais & jaga makan sbb i masih lagi breastfeed farish...honestly i cakap, i sangat2 tak suka minum air sejuk & air manis...kat rumah memang takde simpan air sejuk/air batu...i minum sejuk kalau keluar pegi shopping complex, lepak2 kat kedai or ada apa2 function je...kalau tak, memang air suam je la jadi pilihan i sebab dari dulu i set dalam kepala otak ni minum air suam boleh buat kulit cantik, walaupon kulit ku takde la cantik pon! kahkahkah...cuma masa pantang dulu la i duk mengidam nk minum air sejuk, lepas tu tak dah...hihi...makan lak boleh katakan hari2 i makan kat rumah je, masak sendiri...standard la kot makan nasi lauk ayam ikan tu kan? ke ada specific benda yg i kena control makan? plz share!

tapi apa2 pon kalau korang ada petua atau cadangan atau experience, boleh share dengan i...i sangat2 mengalukan pandangan korang...mana yg i rasa baik & relevant, i boleh consider...ku sanggup buat apa saja utk anak...

ni saranan paed; kalau kena sawan, apa perlu buat?
1. tanggalkan baju, seluar, semua
2. mengiringkan badan anak
3. jirus dgn air (mulakan dari kaki ke kepala)...selama ni i dengar kena jirus dgn air sejuk tapi paed ni cakap cara tu salah...air sejuk memang akan sejukkan badan tapi takkan menyebabkan haba dalam badan keluar...cara terbaik adalah pakai air suam supaya semua haba dalam badan dpt dikeluarkan...

farish masa kat hospital...kesian sangat anak mama ni :'(

Wednesday, April 24, 2013

Korea Review: Namsangol Hanok Village, Namsan Tower, Han River (Part 2)

NAMSANGOL HANOK VILLAGE
kami ke sini masa hari ke-2 di korea...utk ke sini, last stop mestilah di Chungmuro Station (Exit 3 or Exit 4)...kalau dari tempat yg kitorang stay (sangwangsimni station), dalam 15min je sampai chungmuro station...lepas tu macam biasa la, jalan kaki je nk ke namsangol hanok village melalui jalan Hanongmaeul-Gil St. selama lebih kurang 5min...owh masuk sini free je k, tak perlu keluarkan duit...
farish with papa...kat sini sakura/cherry blossom tak brp nak kembang lagi, masih byk pokok yg gondol...

sampai je kat sini dan2 farish mengamok meronta2...huwaaaaaaaaaaaaa rasa tension sgt masa ni...tempat ni best coz blh tengok budaya korea...sayangnya, kami takde gambar pon kat dlm village ni coz duk serabut pujuk farish...kali ni lebih sejam dia nangis sampai nk tercabut anak tekak...bayangkan, dah la lebih sejam nangis, lepas tu stengah jam pulak i duk dlm washroom duk breastfeed dia (terpaksa duk atas sinki sambil bfeed coz tak jumpa baby room)...sgt byk masa terbuang camtu je kat sini dgn perut kitorang yg berkeroncong waktu tu...dekat sini sepatutnya korang boleh berposing pakai "hanbok" iaitu pakaian tradisional org korea...i teringin sgt2 nak pakai tapi apakan daya anakku buat hal, semua terbatas...sobsob :(
bila dah nak balik baru mood farish ok sket...pic ni je yg ada, ni pon dah dekat2 dgn pintu keluar...takpe la, cukup kot gambar ni sebagai bukti yg kitorang jejak juga kaki kat sini...
alolooo monyok je muka anak mama ni...tak suka sejuk ek? tak boley duk london la gini...kekekeke


NAMSAN TOWER
ni la dia namsan tower tapi tak nampak puncaknya...ampunkan daku yg tak pro utk amik gambar...hukhuk...i difahamkan inilah menara tertinggi di korea selatan...

kitorang pegi sini lepas melawat namsangol hanok village...jarak antara dua tempat ni sgt2 dekat...kitorang pilih utk naik teksi dari namsangol ke namsan tower dgn bayaran sebanyak 2500won (RM7.50)...mahal wooo padahal jarak tak sampai 1km kot? naik bas dari sini pon boleh tapi korang takkan dpt naik cable car la sebab bas akan terus ke tower...

tapi kalau korang taknak pegi namsangol hanok village, korang boleh direct ke namsan tower dengan naik bas daripada chungmuro station tadi...cuma, i rasa rugi kalau korang tak singgah skejap kat namsangol coz tempat dia sgt2 dekat dgn seoul N Tower :)

kesian anakku berhingus, sejuk okey...huhu...ni dalam cable car...

sampai je kat sana, kitorang pilih utk naik cable car, bayaran naik cable car 8000won/return/person (RM24)...kalau taknak naik cable car, korang boleh la mendaki yer...kitorang tak kuasa nk mendaki dgn bawak farish, dgn strollernya, dgn tripod lagi, huhhhh semput ouls!

tengok bumi seoul dgn penuh kagum...subhanallah atas segala ciptaanNya, sangat indah...tapi sayangnya masa kitorang dtg ni, kat N Tower bunga sakura belum keluar lagi, sekuntum pon tak nampak...kalau tak, mesti lagi cantik!

gayat jugak naik tangga sambil dukung si busuk kesayangan ni...nak buat camne, dia suka sgt bermanja dgn mama, asyik nk berdukung je kerja!

laparrrrr!! nampak potato twister terus sambar 2 batang, berebut2 dgn hubby (RM6 sebatang)...dah macam org kebuluran gayanya...si farish ni pon sebok cakap "na nak, na nakk"...maka ku cubitkan sket masuk mulut dia...hihi takpe la yer? lalalala~

owh kat sini korang boleh pegi teddy bear museum yg terletak bawah tower...sorry gambar takdok!!! sobsob :( perlu diingatkan, sangat mencabar ok bila bawak farish...byk hajat nak bergambar terpaksa dilupakan gara2 farish yg kdg2 cranky, kdg2 mood sangat baik...hohoho...eh sambung balik cerita! teddy bear museum ni ada 2 tau, jadi sila masuk yg pertama dulu coz kalau korang dh masuk yg ke-2 punya, jgn harap la boleh masuk museum 1...nak masuk kena bayar 14000won/person (RM42/sorang)...secara jujurnya, i rasa takyah masuk pon takpe museum ni sebab tak berbaloi pon...hehe..

kat sini penuh dgn "pohon2" padlock...konon2 nya kalau letak padlock kat sini bukti cinta berkekalan ke camne ntah, boleh wish supaya relationship last forever gitu...ada aku percaya??? jgn harap la nk beli padlock semata2 nk letak kat situ! hahahaha...tapi kelakar wehh kalau baca apa org tulis kat situ, macam2 ayat ada...tapi kalau saje nk letak buat kenangan, takde hal la! cuma kitorang malas nk buat...

yadaa yadaaaa~ sila fokus pada aksi farish yer! huhu

dah petang waktu ni...kat kawasan ni pon byk padlock yg digantungkan...agak2 berapa ratus ribu padlock ek semuanya? ke berjuta? 

dari atas ni korang boleh nampak bumi seoul yg padat! kat puncak namsan tower, korang boleh teropong yer...sebenarnya korang boleh naik sampai puncak lagi, tapi kitorang kejar masa utk balik awal, jadi hajat nak naik sampai ke puncak tower dibatalkan...tak ingat kena bayar berapa kalau nak naik sampai puncak...

ni i ringkaskan macam mana nak ke namsan tower...ada macam2 cara sebenarnya:
1) boleh naik seoul city tower bus (shuttle setiap 30min)...tapi i difahamkan kalau naik bas ni perjalanan boleh makan masa selama sejam!
2) pegi chungmuro station (exit 4) ---> naik namsam shuttle bus NO.003 dpn daehan cinema atau depan hamilton hotel (bas warna kuning kehijauan)...lebih kurang RM3 naik bas
3) myeondong station (exit 3) ---> jalan kaki ke arah pacific hotel lebih kurang 10min ---> jumpa tempat nak naik cable car...RM24/return/person utk naik cable car...one way RM18 rasanya
4) ni cara kitorang buat...stop di chungmuro station (exit 3) ---> jalan kaki ke namsangol hanok village(melawat sini dulu) ---> dari namsangol amik teksi ke tempat cable car (*nak naik bas pon boleh tapi akan terus ke tower la without naik cable car) ---> naik cable car ---> sampai N Tower!


HAN RIVER CRUISE
kami ke sini masa hari ke-3 di seoul...sebenarnya kitorang pegi han river lepas pergi lotte world...tapi i nak cerita pasal lotte world tu dalam entry lain...dari lotte world, kitorang naik teksi utk ke sini...tujuannya haruslah nak naik cruise! tapi malangnya masa kitorang sampai 1.15pm, cruise delay pukul 3.30pm...ahhh tak koser nak tunggu sebab byk lagi tempat lain nak pegi, maka amik gambar je la sekitar han river ni...

kalau nak naik cruise, kena bayar lebih kurang RM35 seorang utk satu jam...dia ada pakej yg sejam stengah @ dua jam (i tak ingat mana satu) tapi mahal sket la drp tiket utk sejam tu...kalau korang dari lotte world, kena naik teksi ke sini, bayaran RM15 walaupon jarak dlm 2km je...i tak pasti nak naik bas camne kalau dari lotte world tu...

kat jambatan belakang tu la ada air pancut warna-warni...

sebenarnya, waktu terbaik utk naik cruise di han river adalah pada waktu malam...utk kitorang yg bawak anak ni, hubby i sgt strict tak bagi keluar dari guesthouse pada waktu malam, takut anak kena embun katanya...kalau pegi malam, tempat ni sgt cantik sbb korang boleh nampak air pancut warna-warni daripada jambatan...masa naik cruise korang akan nampak bumi seoul yg warna warni dgn lampu...

ok setakat ni dulu...part 3 nanti sambung dengan cerita di gyeongbukgung palace, myeondong, dongdaemun & namdaemun...


Related Post:

Thursday, April 18, 2013

Korea Review: Nami Island, Itaewon & Dongdaemun 2C House (Part 1)

DONGDAEMUN 2C HOUSE
i review ni tak ikut date tau, ikut sukati i mana nk cerita dulu...hehe...i mulakan dgn guesthouse yg kitorang stay k...macam2 guesthouse yg i google & baca review, semestinya i nak cari yg selesa bila bawak baby, affordable, dekat dengan subway & kalau blh kedudukan tu center utk ke mana-mana...
akhirnya i pilih dongdaemun 2c house setelah beberapa pilihan i yg lain dh fully booked...mula2 hubby nk book hotel, beza RM500 dgn guesthouse yg kitoang stay ni...tapi i cakap takyah la duk hotel coz kita ni dtg utk berjalan, bukannya honeymoon, guesthouse tu guna malam je utk rehat & tido...maka si suami pon ikut je cakap bini dia ni dan book utk 7hari 6mlm...total semua RM1,000 je, murah kan??

kitorang terus naik subway dari airport dan setelah 2 kali tukar station, sampai la kitorang ke sangwangsimni station...tu pon dgn bantuan seorang pengarah filem korea, Mr James....dia sangat baik & blh cakap bahasa inggeris, siap hantar kitorang sampai last station lagi walaupon laluan dia lain sebenarnya...dari airport ke sangwangsimni station lebih kurang sejam...memang boleh tido la dalam subway tu...
 ayish dalam kawasan guesthouse..

i takde snap pic keadaan dalam guesthouse ni tapi korang boleh tengok sendiri kat agoda camne rupa bilik dia...bilik agak kecik tp muat la utk kami 3 beranak ni...dongdaemun 2c house sangat bersih, toiletries provided, ada tv dlm bilik, ada mini fridge dlm bilik, free wifi, ada laundry, ada tempat nk gosok baju & ada shared kitchen yg lengkap segala-galanya...
fridge dalam bilik kitorang

lokasi sgt dekat dgn sangwangsimni subway station, lebih kurang 5min jalan kaki dan lebih kurang 10min jalan kaki kalau nk ke wangsimni station...kiranya dia tengah2 la antara sangwangsimni & wangsimni station...lagipon owner dia baik, plus point he can speak english!
ni antara makanan yg kitorang bawak...caye tak kalau i cakap semua ni habis masa hari ke-5? hahaha kitorang mmg banyak mkn...kdg2 skali makan 2 cup sorang habis...almaklum lah, kat sana nk kena jln kaki 10-12 jam sehari...mmg byk perlukan tenaga apatah lagi bila gendong si farish...huhu
ni la instant rice yg kitorang makan hari2...harga lebih kurang RM4 utk satu bekas...masuk dlm microwave 2min, siap utk makan! banana milk tu pulak dah jadi mcm air wajib yg kitorang beli utk breakfast coz sedap! ada mcm2 jenis tp jenis mcm dlm gambar ni murah sket...yg sedap bekas dia bentuk pelik sket, i tak jumpa mana i save pic banana uyu tu...huhu


NAMI ISLAND
ok masuk cerita tempat menarik utk dilawati pula...nami island ni tempat yg wajib korang pegi kalau ke seoul...kat sini la pengambaran filem winter sonata, yg sgt famous zaman i skolah dulu...sebuah pulau yg cantik & mendamaikan! segala puji bagi Allah utk ciptaanNya...
farish yg amikkan gambar kitorang...lalala~

farish ok lagi masa ni...

masa kitorang kat sini, hujan skejap waktu tengahari, lepas tu turun salji sket2 & angin sangat kuat sampai nk melayang stroller tu...sejuk gilerrr ok sebab temp ard 3'c to 4'c tapi kitorang pakai baju 2 lapis je...tak bajet pon temp camtu coz tgk forecast dlm 9-12'c...sian farish, sbb tu dia menangisss je kat sini! ayoooo pening jugak kepala i nk melayan dia...last2 hubby tanggalkn baju & sarungkan kat farish...farish dh mcm pakai skirt pulak masa tu...haha
dah stat nk meragam...sejam oiii dia nangis camni...tak selesa agaknya dgn cuaca sejuk...

sebab bawak budak kecik, maka kitorang keluar dari guesthouse pon dh lewat...ye la, nk uruskan dia bukan skejap dan kena bagi dia kenyang siap2...tapi takpe, naik subway dari sangwangsimni station dlm 15-20min je nak sampai kat gapyeong station, lepas tu naik teksi utk ke tempat feri (2500won / RM7)...masa nk beli tix, kena tunjuk passport tau...naik feri tu dlm 5min je kot nk sampai pulau nami...
yer, kami bawa tripod supaya senang nk posing secara berjemaah...takde la susah2 nak suruh org lain amikkn ;)
salah satu spesis cherry blossom jugak kot? eh taktau :p

kitorang habiskan masa lebih kurang 4 jam jugak...biasa la, stop makan & rehat lama sgt kat sini...musolla pon ada kat sini, area kedai atas bukit...
mama posing secara solo...kawasan ni kalau autumn, confirm sangat lawa dgn daun kering warna-warni! ada rezeki nk pegi fall season pulak...hehe

bila dah ada kat nami island, blh try makan nasi+telur+kimchi (nasi goncang) dgn harga lebih kurang RM30...dekat nami ni la kitorang habiskan duit beratus2 utk makan saje...ada gak kitorang try pizza tapi agak muak, tak boleh nk mkn byk sgt...kalau korang ke sini, bersepah-sepah la jumpa org malaysia...hehe
tak puas explore nami island...tapi i terlupa nak amek gambar kat poster winter sonata tu...standard org dtg sini akan ada pic kat situ tapi i takde sebab ramai sgt org kat situ masa tu....
can u see the statue? hihi lawak je, sesuai la utk ibu2 yg breastfeed mcm i ni...farish dah selamat tido dlm bungkusan tu...

masa ni cuaca elok lagi...redup & angin pon sepoi-sepoi bahasa je~

masa ni dah lepas hujan...hujan2 pon harus amik gambar kenangan!

ok ni i ringkaskan perjalanan kami ke pulau nami:
1) tak kesah anda dari stesen mana, pastikan stesen terakhir subway anda adalah GAPYEONG STATION...dari sini mesti amik teksi utk ke jeti (2500-3000won akan di-charge, boleh bayar cash@credit card@guna t-money)...pilihan lain, boleh je naik bas dari gapyeong station tu..
2) dah sampai kat jeti feri, beli tix utk ke nami island 8000won/person (RM24/person)...mesti bawa passport
3) sewa basikal kat nami 5000won (RM15)


ITAEWON
itaewon ni tempat ramai org muslim kat korea...takde pape sgt pon kat sini kecuali makanan halal...kitorang dtg sini semata-mata nk beli makanan & tapau utk buat stock....lebih kurang 10min je naik subway dari sangwangsimni station...antara makanan yg famous kat ni semestinya kebab! kitorang dah try kebab SULTAN & Mr.Kebab...bila compare, mr.kebab punya lagi best!! kat sini la kalau korang nk cari kimchi & bibimbap yg halal coz ada korean halal restaurant kat situ...perlu diingatkan, makanan kat sini agak mahal...nasi yg siap lauk boleh cecah RM200 satu pinggan...kebab lak paling murah RM15...

baklava...ok la not bad...2000won (RM6)

kalau org lelaki nk sembahyang jumaat, blh pegi masjid kat itaewon ni...masjid ni atas bukit, letih wooo nak mendaki...tp kat sini org bukan islam bebas je naik walaupon tak tutup aurat...diorang naik sbb nk tgk scenery dari atas...

ok setakat tu je untuk entry kali ni...nanti sambung part 2, part 3 & part 4 pulak...panjang sgt nk cerita semuanya dalam satu entry...hihihi


Related Post:

Monday, April 15, 2013

Tips & Budget Ke Korea

alhamdulillah kitorang dah selamat sampai di tanah air tercinta...sebab ramai yg tanya berapa kos kalau nk ke korea, jadi rasanya lebih baik i share pasal budget & tips dulu...esok2 kalau rajin baru i review tempat2 best k...malas lagi nk transfer gambar drp camera hihi...kitorang pegi sendiri selama seminggu, tak pakai travel agency pon sebab tak suka terikat dgn waktu yg dah ditetapkn...kalau pegi sendiri syok & bebas sket nk bergerak ikut suka kita...perjalanan dari LCCT ke Incheon Airport lebih kurang 6 jam...

alkisahnya, kitorang plan nk ke europe time ni tapi sbb tiba2 beli rumah & nak complete-kan barang2 rumah, maka kitorang terpaksa tukar plan utk pegi tempat yg dalam bajet sederhana...saving utk euro trip tu akan ku habiskan utk renovate rumah kami nnti, insyaAllah~

BUDGET
budget ni berubah-ubah ikut berapa hari kita ke sana, tempat mana yg kita nk stay, kita nk makan apa, shopping apa & flight tix...tapi apa2 pon i rasa budget ni takkan lari jauh sgt...ni i share berapa yg kitorang habis utk 2 adults + 1 infant selama 7 hari...infant tu boleh dikatakan almost free la kot...

(1) FLIGHT TIX: mula2 tix kitorang RM 2,700 termasuk makanan & baggage semua...tapi kitorang terpaksa tukar date sbb time tu hubby kat laut lagi *pulak dahhh* so kitorang kena charge RM240/person/one way + harga tiket utk date yg kitorang nk tukar tu...tolak tambah darab bahagi, kitorang kena add lagi RM 1,100...huwaaaa maka tix dah jadi RM 3,800...memang membazir, harga tu dh blh pegi aussie tapi nk buat camne sbb nak sangat ke korea waktu tu (pssst: kitorang laki bini ni memang layan habis drama korea)....dlm plan mmg nak pegi spring time coz nk tengok bunga sakura & tulip...

(2) HOTEL: kitorang tak duk hotel pon sbb nk jimat kos, beli dari website Agoda...kitorang pilih duduk kat guesthouse (2C guesthouse hostel area Dongdaemun), lebih kurang RM 1,000 utk 7 hari...murah kan? kitorang cukup selesa duk kat guesthouse ni sebabnya balik utk tido je...kalau siang tu, pagi2 buta dah keluar & balik lak dh senja...

(3) MAKAN: kat korea makanan sangat mahal ok...kebab paling murah pon RM12 kot...kitorang byk gak bawak bekal meggi & makanan dlm tin...nasi lak beli nasi segera je kat sana lebih kurang RM4 satu bekas, sedap je...sbb kitorang ni nk try macam2 makanan, jadi habis byk gak la bab makan ni...ada satu hari tu makan dekat rm200 sbb nk jugak cuba makanan sana...don't worry, makanan halal byk je, nak2 area Itaewon...untuk makan2 ni, habis dalam RM800 rasanya...

(4) TRANSPORT: boleh katakan 98% kitorang guna subway je utk jalan2...sistem subway diorang sgt senang & cepat...utk T-Money (kebanyakannya memang guna utk subway), kitorang guna dalam 40,000won/seorang (lbh kurang RM 120)...fungsi T-Money ni macam Touch N Go laaa...sbb kitorang ni bawak farish, banyak gak la kitorang naik teksi utk memudahkan perjalanan...total transport semua habis dlm RM 350...

(5) TIKET LAIN: utk details ke tempat2 yg kitorang pegi, nanti i cerita dlm entry lain k...cuma utk masuk ke nami island, namsam tower, teddy bear museum, palace, naik cruise, lotte world & everland, habis lebih kurang RM900/dua orang...

(6) SHOPPING: kitorang langsung tak shopping baju or kasut sbb takde yg berkenan...for me, harga kat korea blh tahan mahal gak sbb kasut yg takde brand pon dlm RM40-RM50 paling murah...kalau camtu, balik beli kat pasar malam malaysia je kn? huhu...tapi walaupon tak beli kasut & baju, kitorang habis utk shopping RM 2,000 jugak...beli benda mengarut je pon, hahahaha...tapi brooch la i shopping almost RM 600, byk giler borong sbb ada yg bentuk unik & mmg niat nak bagi kat sedara-mara & adik-beradik semua...huhu...opsss sebab cosmetic kat sana murah, maka beratus gak i habiskan duit beli masker, facial foam, lipbalm, etc...

*TOTAL: RM 8,850.00 ni yg kitorang habis utk dua org...bila bahagi dua, dapat la RM 4,425/sorang...TAPI, kalau tolak RM1k drp flight tix awal2 tu, jadi RM 7,850 je la (atau dlm erti kata lain RM 3,925.00 je sorang)...

jangan risau, sebenarnya kalau korang dah ada RM3,000 sorang pon dah cukup sangat2 utk pegi korea dengan syarat makan berjimat, takyah shopping sakan & pegi tempat yg betul2 menarik je...pernah jugak i baca blog lain, ada yg habis dlm RM 2,000 je sorang sbb dpt flight tix RM500 return & dia pegi 5 hari je...jadi bab2 bajet ni atas nasib & bijaksana sebab kita sendiri yg blh control... 

*******************************************

TIPS:
(1) rancang percutian...nak pegi waktu summer/winter/spring/autumn? kalau korea, rasanya the best time utk berjalan & tengok pemandangan indah adalah masa spring & autumn...dari sini, korang dh boleh plan nak pakai baju camne...
(2) sila tukar duit awal2 kat malaysia sbb kebanyakan money exchange kat korea tak terima RM...bukan takde langsung, cuma susah nk cari...tapi boleh tukar kat KB or KEB bank mcm kitorang buat...
(3) kalau takut sesat, sila capture semua tempat/landmark yg korang lalu
(4) mula2 sampai je airport korea, sila minta subway map kat information center & beli T-Money kad siap2...t-money tu boleh beli kat kedai runcit or 7 eleven kat mana2...kalau nk balik nanti tapi t-money tu masih ada duit, boleh habiskn beli dkt kedai2 dlm airport...
(5) utk kira duit lak camni: let say 1000won = RM3...nak senang kira, duit won tu buang 3 digit kat belakang & darab dgn 3, dapat la nilai dalam RM...
(6) bawak international adapter supaya senang nk charge hp/laptop/bateri kamera
(7) simcard lak blh beli yg local tp susah beno nak jumpa...i rasa buat roaming lagi senang kot...in my case, i tak buat apa2 pon...nk online tunggu balik guesthouse utk dptkn wifi...nk pegi berjalan je pon, tak sempat wehh nk call/sms/wassup bagai...
(8) solat lak kena pandai2 la cari tempat sesuai utk jamak...mcm kat itaewon ada masjid & nami island pon ada musolla so senang je nk solat kat situ...kalau tempat yg xde musolla pulak, kitorang solat dlm baby room...waktu kat sana sejam awal dari malaysia, jadi waktu solat pon lebih kurang sama...yg tu korang google sendiri je la ek
(9) nk ke mana2, silalah refill air mineral siap2...kat toilet jgn harap la ada air...mcm kitorang, bawak 1 botol utk minum & satu botol utk cuci2 apa yg patut
(10) kalau nk beli barang, bargain habis-habisan ok...belajar sket2 bahasa diorang macam nk tanya "brp harga?", "boleh discount?", "terima kasih", etc....sila google yer utk belajar sebutan bahasa korea tu sbb kitorang pon google je...
(11) owh ke korea tak perlu VISA yer
(12) bawak panadol or ubat, in case tiba2 tak sihat ke...mcm kitorang yg bawak baby ni, lagi la kena sediakan mcm2 ubat takut dia sakit...
(13) bawak makanan segera/dalam tin...senang utk korang breakfast & supper kalau tgh malam tu lapar...kitorang cpt giler lapar coz berjalan lebih kurang 10-12 jam sehari...huhuhu

ok next entry baru cerita tempat2 menarik *tu pon kalau rajin la* hihi

P/S: i memang TAK SUKA pegi dgn agensi pelancongan sebab tak suka dgn jadual yg dah ditetapkan, tak bebas gitu...lagipon ikut agensi bukan semua tempat yg kita nak pegi tu included...masa i pegi ni, kawan pon pegi sekali tapi melalui agensi...takde la murah sgt pakej dia sbb 6 hari tak cover banyak tempat pon...bajet i ni utk seminggu termasuk shopping & tiket ke everland adalah mahal! so kira sendiri la yer mana murah mana mahal :)


RELATED POST:

1) Korea Review: Nami Island, Itaewon & Dongdaemun 2C House 

(Part 1)

Friday, April 5, 2013

farish sawan

huhu i kat hospital ni, ayish kena admit sebab sawan..

pagi tadi masa nk solat subuh i pegang badan ayish, panas sgt2..cek temp 40'c..semalam dedar camtu je & sebelum tido i dh bagi dia mkn ubat..lepas je solat i terus amek kain n lapkn badan dia..farish pulak memang jenis tak boleh org kacau sket kalau tgh tido, cpt je terjaga..bila i letak wet towel, mula la dia mengamuk terjerit2..bila i pujuk n letak atas dada, baru dia ok senyapppp je...tak lama lepas tu i tengok badan dia menggigil!

i tengok muka dia, bibir tergetar2, mata mcm terbeliak n tangan kejang..i cepat2 tanggalkn semua baju seluar dia n jirus badan dgn air..farish kena sawan! i dah nervous, jerit panggil my mom dari tingkat atas, my mom pon cepat2 amek farish bacakan zikir n ayat quran..semua dah nangis time ni sbb tengok keadaan farish cmtu..

sementara tu i cpt2 capai tudung utk pegi hospital..i tak cuci muka n mandi pon sbb dah panic..hospital paling dekat hospital kemaman je la...nk pegi private hosp memang kena pegi kuantan dlm 30-40min...

syukur hubby balik hari ni walaupon chopper dia kul 9.30am tadi...at least dia akan ada kat sini walaupon lewat sket..

sampai hospital cpt2 pegi bahagian emergency..doktor nk amek darah ayish tp byk kali cucuk darah tak keluar..kitorang sedih sgt tengok keadaan ayish, my mom ckp dgn doktor tu takyah la amek darah dia sbb nampak terseksa je budak tu..last2 ayish masuk wad bila dia dah ok sket...

now i kat hospital la ni..boringnyaaaaa! pulak tu esok kat rumah ada kenduri kawen makcik i...mcm tak dpt attend je :( wuuuuu sedihnya! nasib baik hantaran dia i dh siapkn awal2...harap2 la ayish cpt sihat sbb next monday nk ke korea...kalau ayish still sakit, kitorang terpaksa buat keputusan utk tunggalkn dia kat rumah atau cancel je semuanya...takpe, demi mu wahai anak~

farish ni fully breastfeed..tp sepanjang 11 bulan usia dia, dah 5-6 kali kot demam...memang mudah sgt badan dia panas, batuk n selsema...wuuuu korang doakan ayish cpt sihat k..kalau blh nk segala yg dirancangkn dpt berjalan dgn lancar..