Thursday, July 25, 2013

RESEPI: No-Bake Cheese Cake (COMPILATION)

hari ni i nak share macam mana nk buat cheesecake tanpa perlu masuk oven/bakar...i nak ajar resepi ASAS yg mana korang boleh olah ikut kretiviti...biasanya cheesecake akan ada CRUMBS yg fungsinya nak bagi "base" cantik supaya senang potong & elakkan rasa muak cheese...ada jugak yg gantikan sponge cake sebagai base...

Bahan2 Asas: (sukatan ni kadang2 i alter jugak ikut sedap lidah):
1. biskut: tak kesah biskut apa2 pon...biasanya org guna cream crackers, chipsmore, digestive biscuits, oreo atau marie...kuantiti ikut sukati korang nak byk mana, kalau i suka crumbs tebal, kadang2 guna 3/4 pack biskut crackers...
2. 250g cream cheese pada suhu bilik: biasanya org guna tartura atau philadelphia (i prefer tartura)
3. 200ml whipping cream: biasanya i guna brand anchor tu je
4. 1/2 cawan gula (nak manis tambahkan lagi jadi 3/4 cawan ke): sepatutnya guna gula castor tapi i bantai je guna gula biasa
5. butter/planta utk buat crumbs...kuantiti bergantung pada banyak mana biskut yg kita pakai
6. 1 sudu besar gelatin: i biasa pakai brand NONA atau halagel coz halal...fungsi dia nak jadikan kek pejal...kalau tak letak pon takpe tapi bila potong kek jadi tak cantik coz cream cheese akan meleleh...

Cara-cara (asas):
1. buat crumbs dulu...hancurkan biskut, jgn terlalu halus macam pasir tu (nak guna tgn boleh, guna blender boleh, guna lesung pon boleh)...cairkan butter, tuang atas biskut, kacau rata, kalau terlebih butter boleh tambah biskut lagi, kalau terkurang butter sila tambah butter lagi...letak dlm loyang, tekan2 bagi padat, simpan dlm chiller sampai keras...i nak cepat selalu simpan 15min je dalam freezer...hehe
cara buat crumbs
2. pukul whip cream sampai kembang...letak cream cheese & gula dalam mangkuk, pukul sampai kembang/licin...campur whip cream + cream cheese, kacau sebati..
3. cairkan gelatin dalam 2 sudu air suam...kacau sampai warna jernih & tuang dlm adunan...kacau sebati
4. tuang adunan atas crumbs tadi...masukkan dlm chiller lbh kurang 1-2jam, lepas tu boleh makan

ok yg ni asasnya...i nak ajar macam mana nak tambah perasa & pelbagaikan resepi...amboiii gaya dah mcm chef, padahal bukan reti sgt pon! hahaha
****************************
RESEPI CARAMEL CHEESECAKE
1. ikut cara2 bahan asas kecuali JANGAN letak gula! utk resepi ni i skip letak gelatin sbb nak tuang dlm cawan je, takde nak potong2...
2. buat caramel...cara2 nak buat: panaskan satu 3/4 tin susu pekat, api sederhana, kacau sampai susu bertukar warna coklat (kalau tkot melekat masukkan 1 sudu butter)..lepas tu masukkan 1/2 cawan susu cair/fresh milk/cooking cream (i suka guna cooking cream)...kacau rata, tutup air & biarkan sejuk sendiri...
ni cara buat caramel pakai susu pekat
3. bahagian bawah sekali letak crumbs --> cream cheese --> caramel --> cream cheese --> caramel...nak susun ikut sukati korang pon takpe...topping tu blh tabur kekacang/choc chips/chic rice/crumbs/fruits/apa2 yg korang suka...
4. simpan dlm chiller lepas tu boleh makan!
****************************
RESEPI LEMON CHEESE CAKE
1. rujuk resepi asas..
2. utk step no.2 drp resepi asas tu, masukkan sebiji air perahan lemon, gaul sebati...utk resepi ni i lebihkan gula sikit
3. rujuk resepi asas seterusnya
4. topping boleh hiaskan dgn hirisan kulit lemon
****************************
RESEPI OREO CHEESE CAKE
1. rujuk resepi asas...tapi crumbs ni i pakai biskut oreo jugak...i beli kat kedai bakery yg memang jual dah siap2 hancur...kalau rajin korang tumbuk je la biskut tu...
2. utk step no.2 drp resepi asas tu, masukkan biskut oreo yg dipatah-patah...gula i kurangkan pada 1/2 cawan je...
3. rujuk resepi asas semula...utk yg ni i tak guna gelatin tp bila potong tak cantik la sbb tak pejal gituuu...
****************************
RESEPI MANGO MARSHMALLOW CHEESE CAKE
1. rujuk resepi asas..
2. utk step dua drp resepi asas tu, masukkan 100ml jus mangga yg di blend (cari yg manis tau)...gula kurangkan pada suku cawan je atau agak2 manis la...whip cream kurangkan pada 80ml je...
3. masukkan marshmallow & potongan buah mangga, kacau rata semua adunan
4. rujuk resepi asas semula
****************************
RESEPI TIRAMISU
1. ikut resepi atas cuma tak perlukan crumbs...
2. buat layer by layer, biskut tu cicah air nescafe...tapi i lagi suka guna biskut ladyfingers kalau buat tiramisu..
3. topping tu taburkan serbuk koko
****************************
RESEPI MARIE CHEESE LAYER
 
1. resepi ni dah pernah share...boleh refer sini [LINK]
2. lebih kurang je resepi cheesekut tu...tak kesah nak guna yg mana pon...hehe

***********************************
 
pic atas ni pulak banoffee pie...kesukaan hubby & my mom...ahh i pon suka! nanti la kalau sempat i share resepi k...banoffee pie ni susah nk dapatkn bentuk yg cantik...biasa org buat kecik2, senang masuk mulut terus

*bulan puasa ni jgn terliur tau...hehe

Sunday, July 21, 2013

Konsep Ruang Tamu Saya: Elegant & English Contemporary

progress rumah? ahhhh ke laut! org wiring ni sampai sudah tak buat2 lagi wiring...bila tak buat wiring, tak boleh nak pasang plaster ceiling...bila plaster ceiling tak pasang, rumah pon takleh nak cat lagi! sudahnya banyak kerja bertangguh...sebenarnya yg buat wiring ni manpower office i je, diorang byk job lain, tu yg rumah i asyik tangguh :( nak cari org lain kena fikir byk kali sbb bila pakai manpower sendiri, faham2 je la harga macam mana kn?

satu lagi pasal nak extend yard...bulan puasa pakcik tu taknak buat kerja...dgn dia ni je la paling murah coz kenal...nak cari org lain pon memang malas sbb dah tahu harga semasa macam mana...takpe la, menunggu je dgn sabar asalkan boleh masuk rumah baru kami walaupon lambat...maybe lepas raya baru nak mula semua tu...ayooooo pakcik! tapi i ni kalau dh fed up sgt, ada kang cancel je! bukan takleh duduk pon kalau tak extend lagi...huhu

sementara progress agak perlahan (entah2 bulan 10 pon tak dapat masuk lagi, padahal perabot semua dah almost complete), i nak share konsep ruang tamu kami nanti, insyaAllah...kalau uols nak tahu, i ni suka warna-warna tanah macam cream, beige, brown, gold, white camtu...warna yg cerah/pastel ni boleh buat i rasa lapang & sedap mata memandang...itu taste i...hehe
i berangan nak buat sebijik kombinasi warna macam ni! berangan je laaaa sbb perabot yg kitorang dah beli semua lain drp pic ni haha...tapi dari segi warna dinding & ceiling tu, memang boleh tiru...

kalau ikutkan konsep, dari dulu lagi i suka european style, yg perabot besar gedabak macam empire classic tu...tapi apakan daya, nak pakai empire classic ala2 datuk tan sri tak mampu, jadi ku cepat2 tampar muka sedarkan diri...huahua

i beralih pada pilihan kedua iaitu english/french style...kebiasaannya english style ni terbahagi pada dua; english contemporary & english cottage...bila sebut "english", biasanya akan nampak jugak gaya klasik cuma minor je la...i pilih gaya english contemporary sbb nampak lebih elegant...tapi pilihan org muda sekarang lebih kepada konsep moden yg minimalis kan? hehe

apa yg i faham melalui pembacaan, nak bezakan english contemporary dgn english cottage ni senang je...gaya kontemporari lebih kepada penggunaan fabric yg takde corak atau kalau bercorak pon hanya yg simple macam stripes, chevron, damask, etc..kalau cottage pulak banyak corak bunga,  combination colour yg soft mcm green+pink+yellow+blue...

dari segi perabot, biasanya english style akan menggukan sofa fabric dgn warna cerah, jarang sangat2 org guna kerusi jenis leather...kalau dari segi kayu biasanya akan warna putih, cream, natural oak, etc... 

kemasan dinding pulak biasanya akan ada wallpaper...kalau takde wallpaper, akan ada mcm frame kayu (entah apa org panggil)....

tak minat sgt yg macam ni, nampak biasa & tak ceria...tp nampak tak wall dia tu? haaa kebanyakan gaya inggeris akan buat dinding macam tu sebagai titik fokal (ewahhh ayat dah macam dalam majalah impiana pulak haha)...feature wall la senang cakap!

yg ni i tak suka sebab nampak terlalu "tua"...hahaha...tak membangkitkan mood langsung :p

yg ni nice jugak sbb dia highlight dgn warna ungu....i suka langsir & warna dinding tu! yg ni nampak sangat-sangat elegant kn? mula2 ingat nak buat sebijik macam ni tapi tak jadi lah sbb sama dgn rumah my mom sekarang cream+purple...takot bosan asyik tengok konsep & warna yg sama je...

tenang je nampak...tapi i tak buat kot warna biru utk living room..not my colour gituu, tak kena dgn jiwa..kalau bedroom ok la kot :p

i suka yg macam ni! dah berangan nak lebih kurang macam ni sbb sofa dia tu lebih kurang je dgn sofa fella yg i beli...cuma bantal biru tu boleh gantikan dgn warna dark brown / corak stripes...satu je la i kurang berkenan, tang coffee table tu, nampak terlalu klasik! i nak cari round or oval table kalau boleh...

warna oren macam ni takde la nampak boring kan? cuma nampak kusam sikit...kalau letak bunga warna merah mesti naik ruang ni *memandai je*...simpe tapi kena bijak main dgn warna...

ni pon nice tapi i tak suka kayu warna tu + i rasa agak serabut hiasan dinding tu...hehehe

eh apa yg i share ni hanya plan tau, jangan pulak esok2 tengok i tak buat, ada yg cakap2 belakang "elehhh kata nak buat bla bla bla tapi tak buat pon"...nama pon merancang kan, final decision masih boleh berubah-ubah...cuma jauh kat sudut hati ni berharap segala yg dirancang berjalan lancar & Allah permudahkan...kalau nak ikutkan, macam2 dah i plan dalam kepala ni sebab semua bab perabot dah settle! tinggal nak bawak masuk rumah baru je lagi...aminnnn, doakan kami yer! :)

Thursday, July 18, 2013

Persediaan Raya

masih terlalu awalkah utk cerita persediaan raya? hehe...bukan apa, i tgk org lain beria buat itu-ini utk raya...dgn baju jahit sendiri, baju yg beli dah siap & baju yg custom made...yg dah kawin & ada anak pon sebok nak sedondon...syok kan buat semua tu?

TAPI saya??? oh masih "zero", tak buat apa2 persediaan pon utk raya...rasa kelakar pulak tahun ni macam takde hati...masih excited nak sambut raya cuma tahun ni mungkin sgt-sgt-sgt bersederhana...alasannya?? ni la nak ceritaaa :)

tahun2 sebelum ni tak sah kalau takde 5 pasang baju raya...tu tak termasuk lagi kasut, shawl & handbag raya...semuanya sgt detail sebelum ni...sebut je fashion baju apa, i lah org pertama yg akan beli & tempah...biskut raya macam tu jugak, selama ni beribu-ribu my mom habiskan duit beli kuih raya utk makan & sedekahkan kat org...tapi tahun ni TAKDE, semuanya mcm malas nak fikir...

syukur sepanjang bulan ramadhan ni hubby cuti & dpt puasa sama2 dgn dia *seronokkk*...malangnya 4 atau 5 hari sebelum raya ni dia terpaksa naik laut sbb mmg turn dia...perkara ni la yg buat i frustttt! ni kali pertama i beraya tanpa suami...mungkin org yg dah biasa lain cerita la kan?? i pulak tiap kali fikir pasal ni mesti nangissss, dah dapat bayangkan macam mana syahdunya raya tanpa suami...maknanya sebulan sepanjang raya dia memang kat offshore, balik nak habis syawal dah...

bila hubby ajak beli baju raya, i buat muka, moody...i fikir macam takde makna nak pakai lawa2 sbb dia takde, tak dpt pon nak sedondon...i fikir lebih baik i pakai je baju2 lama, tak kesah la org nak cakap apa pon...i betol2 protest dpn hubby, i taktau nak luahkan macam mana supaya dia CUTI! jauh kat sudut hati ni mengharapkan miracle supaya sama2 dpt sambut syawal, dpt sehari pon takpe dah...

lagi satu perkara yg buat i takde mood fikir pasal raya adalah sbb ABAH...baru2 ni lebih seminggu abah admit kat KPJ kuantan suspected heart attack...selama ni nampak abah sihat je, bila dah teruk baru sakit jantung tu serang tiba2...mungkin sbb selama ni abah kerja kuat tapi bila dah 3 tahun pencen, abah byk duk rumah je tak bergerak, sbb tu sakit kot...bila abah dah sakit ni, kemungkinan besar kitorang TAKKAN balik kampung samada kat selangor atau kelantan...beraya di kemaman je la nampak gayanya, yg mana suasana  raya kat sini sgt2 suram! kalau i balik kampung kat sekinchan, masyaAllah meriahnya raya kat sana dgn segala rombongan cik kiah, mak bedah, pak samat semuaaa....

dijadualkan raya ke-3 atau ke-4 abah kena buat bypass kat IJN sbb dua2 saluran dia tersumbat teruk...sekarang pon hari2 abah sakit dada...ya Allah rasa sedih sgt2 bila fikir hal ni, macam2 masuk dalam kepala i *nangisss*...risau! kitorang hanya mampu doa abah baik2 jer...umi la kesian, penat kena jaga abah sakit & pastikan semua makanan yg dimasak utk dia semua yg sihat2... 

kesimpulannya, buat masa sekarang i memang takde selai pon baju raya...umi pulak cakap "nantilah kita cari biskut last minute"..lagipon kitorang ada jual biskut, mana2 yg tak laku tu boleh la amik kot....dah terasa tahun ni sgt berbeza rayanya, dah rasa mcm tak meriah sgt...utk ayish je ada i beli sikit2, sbb kesian la kan kalau ayish pon takde baju raya?

rumah pulak masih macam biasa, takde nak tukar langsir atau perabot...yerr tahun ni sgt berbeza, memang sgt sederhana tak macam tahun2 sebelum ni...tak kesah la, kami cukup bersyukur andai sama2 dapat berkumpul masa raya...salam-salaman, peluk-peluk, gurau senda, masak sama2, makan sama2....itu semua lagi bermakna buat i...

di bulan ramadhan ni, i memang akan gunakan sebaiknya masa yg ada utk family...masak utk org tersayang, layan baik2 org tersayang & tumpukan sepenuhnya pada org tersayang....sebab mungkinkah ini ramadhan terakhir kita bersama mereka? ya Allah, panjangkanlah umur ku & umur org2 yg aku sayang supaya sama2 dpt rasa ramadhan seterusnya... 

sebab ni jugak la segala progress rumah kitorang agak slow...tak mampu sgt nak fikir pasal rumah...banyak lagi benda penting yg kena fikir & utamakan...doakan yg baik2 yer utk keluarga kitorang...

dalam dugaan, Allah turunkan nikmat...syukur kat bulan mulia ni ada satu berita gembira buat kami suami isteri...rasa mcm tak penting kot nak share kat sini, hehe...dalam bulan ramadhan ni jugak la i RINDU-SERINDU-RINDUNYA kat satu tempat i yg pernah jejak dalam bulan mulia ni....rindu takyah nak cakap la, semoga ada rezeki lagi utk ke "tempat" itu dlm bulan mulia ni...

siapa2 kat kemaman tu boleh la kot dtg beraya rumah i :)

Tuesday, July 16, 2013

RESEPI: Nutty Thins / Florentine Cookies / Caramel Nuts Bar / Almond Crunchy / Bepang Kacang

resepi dalam bulan ramadhan mesti banyak pasal biskut raya kan? hari ni i nak share macam mana nk buat biskut raya yg sangat2 mudah & senang ni...

haaa tengok tajuk pon dah tahu biskut ni banyak nama kn? ada org panggil nutty thins, ada yg panggil caramel nuts bar, ada yg panggil almond thins, ada yg panggil florentine cookies, ada yg panggil almond crunchy, ada yg panggil bepang kacang & ada jugak yg panggil nutty crunchy...ikut sukati korang la ek nak panggil apa...

mula2 i tengok org post kat FB & IG mcm tak menarik je biskut ni, nampak biasa...bila ada org bagi kat office, sekali i makan terus jatuh cinta & lupa diri! kusyukkkk makan cookies ni sampai tak sedar ngap ngap habis sebalang...sedapppp!

sebab dah suka, i pon rajin2 la google resepi...so far ada 3 resepi yg i dah cuba...jadi hari ni i nak share dgn readers tiga2 resepi ni...senang je la nak buat! beli mahal wooo, tak berbaloi...haha...buat sendiri puas hati & boleh makan byk2...

utk semua resepi ni, sediakan bahan2 utama macam almond, biji bunga matahari, biji kuaci hijau & bijan hitam...korang nk pakai kacang lain pon takde hal la...korang nk pakai almond saje pon takde hal la, tetap sedap...anggaran kos lebih kurang RM20-RM50 bergantung pada jenis & kuantiti bahan (boleh dapat 2-3 balang besar kalau pakai 500g almond)...i tengok kedai bakery jual RM 13 utk 150g cookies ni (mahal)...

pastikan utk semua resepi nuts tu korang bakar dlm oven 10min suhu 180'c dulu...kalau taknak bakar/takde oven, boleh sangai je dalam pan/kuali sampai nmpk perang/rangup...

RESEPI 1:
1. utk resepi 1 ni, i pakai tepung florenta...kat kedai bakery mmg ada jual lebih kurang RM18/pack (i pakai utk 500g almond pon baru guna suku pack)...
2. tabur semua kacang atas dulang yg dilapik dgn baking paper (bukan kertas minyak yg warna putih tu yer, kang melekat pulak...pegi kedai mintak baking paper yg mcm kertas PVC tu, segulung dlm RM8 dia jual sebesar separuh kertas manila...tak rugi beli sbb boleh basuh, keringkan & recycle kertas ni)..
3. lepas dah tabur segala jenis kacang, taburkan pulak tepung florentine...korang nak gaul2 dulu dgn kacang tu sebelum letak atas baking paper pon boleyyy...pastikan nipis2 yer...
4. masuk oven bakar 10-15min/nampak perang, suhu 180'c...sebelum tu pastikan pre-heat oven dulu yer...
5. bila dah masak, tengah2 panas tu potong siap2 bentuk yg korang nak & biarkan dia sejuk sendiri (tak sampai 3min pon sejuk)...lepas tu boleh la korang tarik drp baking paper & patahkan ikut bentuk yg korang potong tadi...taknak potong pon takpe, boleh patahkan camtu je dgn tangan...

RESEPI 2:
yg ni i lupa nk potong...bawah tu i letak lapisan coklat...ohhh sgt yummy! kalau plan nk letak coklat, pastikan masa masak caramel tu kurangkan sikit gula...

1. utk resepi ni, korang TAK PERLU oven pon...dan korang TAK PERLUKAN tepung florentine...cara ni sgt2 jimat kos yer...
2. mula2 buat caramel...cara nak buat, panaskan semangkuk gula dlm pan sampai jadi warna perang, jgn hitam sgt kang pahit tak sedap (kalau takut melekat, masukkan butter sikit)...lepas tu masukkan 1/2 cawan air panas (taknak pon takpe)...ada yg i skip letak air panas tp i letak 1/2 cawan thick/cooking cream + 1/4 cawan honey...sedappp sbb lemak2 manis gitu (kebetulan madu & cooking cream tu byk stok kat rumah)..
3. masukkan segala jenis kacang, gaul sampai rata...pastikan korang masuk kacang tu banyak tau, jgn sampai nampak caramel tu berkuah sgt...
4. letak atas dulang yg dilapik baking paper...buat nipis2 yer, tebal kang tak sedap sbb tak rangup...masukkan dlm chiller sampai keras..
5. dah keras boleh patahkn/potong...senang kan yg ni?

*boleh jugak refer kat youtube ni: http://www.youtube.com/watch?v=xoKd4fvM0_o

RESEPI 3:
1. yg ni korang kena sediakan 3 biji telur, 3/4 cawan gula, 1/2 cawan tepung naik sendiri, 1 sudu kecil asen vanila..
2. pukul telur sampai kembang...masukkan gula, tepung dan asen vanila, kacau rata...
3. masukkan semua kacang, biarkan penuh jgn nampak adunan tu berair sgt...kacau rata...biarkan 30min dalam chiller..
4. keluarkan adunan drp chiller...tuang adunan atas dulang yg dilapik dgn baking paper...nipis2 je tau, biarkan nampak beronggan pon takpe sbb nanti dia akan kembang, tak mcm resepi 1 & 2 tu...
5. bakar 15-20min/sampai masak dalam oven, suhu 180'c...
6. macam biasa, potong panas2 & sejukkan dulu baru patahkan ikut bentuk yg kita potong...

antara ketiga2 ni mana paling sedap? well, ikut citarasa korang la kan...kalau i paling suka pakai tepung florenta tu sbb rasa dia balance & paling senang kerja! kedua i suka yg pakai telur & tepung tu sbb rasa dia mcm biskut famos amos sikit & boleh dpt dlm kuantiti yg byk bila pakai resepi ni...yg caramel tu pon sedap cuma rasa dia dah terlalu common...hehe...sila cuba tiga2 jenis resepi utk tahu mana yg "kena" dgn tekak uols yer...selamat mencuba! :)

*P/S: takde oven boleh pakai pemanggang ajaib yer :)

Monday, July 15, 2013

Weekend: Houses Lightings Puchong & IKEA

ni cerita weekend, keluar berdua je dgn hubby ke KL sbb badan ayish macam dedar sikit...nak tangguh, takot tak sempat pulak settle hal rumah sbb banyak benda lagi nak buat...syok wooo keluar berdua je, rasa macam zaman bercinta gitu...hihi...mula2 plan nk tgk wayang tp tak sempat coz kitorang dah set nak sampai rumah paling lewat pon 9pm...pecut la kitorang dari kemaman-KL-kemaman...rasa nk pengsan jugak buat semua ni dlm bulan puasa walauponnn *sila sambung ayat*...

HOUSES LIGHTINGS PUCHONG
destinasi pertama kitorang ialah houses lightings puchong...pakai GPS jumpa la, senang je nak cari kedai dia coz tepi highway...sbb banyakkkkkk sangat review kata kedai ni murah, jadi kitorang pon singgah la...dah kebetulan memang nak turun KL kan, kalau semata2 nak pegi sana dari kemaman rasa tak worth la pulak sbb minyak + tol kena amik kira jugak...ingatkn besar kedainya, ruapanya 2 lot je...hahaha...besar lagi kedai lampu kat jln beserah kuantan kot :p kedai ni hari isnin tutup tau...
chandelier i akui memang murah kat sini, siap boleh bargain lagi...pendant & porch light pon blh tahan murah...kipas pon murah sikit...kalau downlight & wall lamp, harga lebih kurang je kot dgn kedai2 lain yg i survey kat kemaman & kuantan...jom tgk apa yg ada kat sana & apa yg kitorang beli...

pencarian bermula dgn chandelier dulu sbb downlight tu perkara mudah, jadi yg tu akhir sekali!  i dah siap2 bawak list nak beli apa; kipas satu rumah, chandelier utk dining, LED light utk L-Box ceiling, downlight satu rumah, wall lamp, ceiling lamp utk toilet, lampu tembok (outdoor), pendant utk porch & ada la benda kecik2 tu...pusing2 dongak2 satu kedai tu sampai sakit tengkuk ok! eh punye la ramai orang hari sabtu sampaikan kitorang tak dpt layanan yg baik pon *sobsob*...sampai sana 11.30am, keluar kedai 3pm! 
murah kan chandelier putih tu? RM 49 je, macam org selalu letak kat pelamin tu...tapi i tak beli la sbb kecik & i minat yg fully crystal...bagi i chandelier ni cantik kalau letak kat bilik yg konsep english style...macam tak sesuai sgt kot utk ruang tamu?
ini pilihan i utk letak kat dining area..i memang cari chandelier yg fully crystal macam ni, kononnya nak effect mewah & bila buka lampu cahaya tu terpancar cantik sebab kristal kan berkilat..i pilih warna dark brown/ala2 nak dekat hitam sbb nak match dgn kipas warna hitam...tapi korang jgn risau kalau tak suka jenis yg nampak classic macam i beli ni, jenis moden pon banyak sgt2...segala bentuk bulat petak bujur tajam melengkung semua la ada! harga mmg berpatutan...eh RM 330 tu belum discount tau, lepas tu dpt la RM 275 je sekali dgn bulb...hari tu tengok kat kemaman sebijik macam ni RM 500+...ok settle bab chandelier & puas hati dapat size, warna & design yg kita nak...nanti kita tengok hasilnya bila dah gantung kat dining area rumah i okeyyy...bila tgk pic ni i pulak yg rasa serabut dgn lampu2 lain...hehe
ni i beli lampu utk letak kat tembok...pon beli design classic sbb nak padankan dgn gate wrought iron...yg moden pon banyak & cantik2! yg tinggi tu RM25, yg rendah tu RM35...murah kan??? ada kedai jual sebijik design ni RM 60...hubby nak yg rendah tu tapi i cakap "alaaa beli je la yg panjang pon, kat luar rumah je kot, takyah fikir cantik2 sgt, murah RM10 drp yg rendah tu"...bla bla bla i membebel hubby pon katakan OK je la...hahahaha bini mmg kuat membebel...tapi bila campur dgn bulb jadi la RM 36 sebijik...
pendant utk porch...RM 35 je yg kitorang beli! bila cambur bulb jadi RM 46... saje pilih yg sama design dgn lampu tembok tu (takde dalam pic, lupa nak snap)
antara wall lamp yg ada...masa ni dah rasa lenguh nak amik gamba, mcm gaya org jakun pon ada...haha
ini pulak ceiling lamp yg kitorang beli utk letak dlm setiap toilet, terang jugak...toilet kitorang tak pakai downlight...yg ni harga dia RM29 + bulb RM10, size 12"...
antara downlight yg dijual...harga casing serendah RM7, bulb dlm RM7...pilih la nk yg mahal ke murah...kalau kat sini kebanyakan bentuk bulut lagi murah drp petak & size yg 4" lebih murah drp 6"...eh byk la kriteria dia utk harga downlight ni...kalau nk yg canggih sikit, pakai la jenis eye-ball ataupon LED, harga pon mahal...
ni downlight yg kitorang beli...size 6 inci & memang dah niat nak beli semua bentuk petak macam ni, konon2 nak samakan dgn design ceiling L-Box kitorang yg byk petak...casing yg i beli ni antara yg termurah gak la, RM 10 + 2 biji bulb RM 14...kiranya 1 set RM 24 jugak la sebijik...utk satu rumah kitorang perlukan lebih kurang 34 biji downlight so mmg beli ngam2 je...
kitorang beli 8 biji kipas utk satu rumah (tak cukup takpe, nanti tambah lagi)...macam2 brand kitorang beli mcm KDK, Alpha, Panasonic & Elmark...brand ikut keperluan & ruang, hehe...harga kipas i rasa murah kat sini...mcm panasonic ada i beli yg 3-blade warna putih RM90, utk letak kat 2 bilik yg takkan digunakan nanti...tapi kalau pilih warna lain harga dah jadi RM130+...utk hall pilih yg elok sikit, KDK dalam 300++ kalau tak silap utk 5-blade, 5-speed & remote control...Alpha 5-blade 3-speed dalam RM230+...i dah lupa harga details kipas sbb byk sgt brand & model...
sebelum bayar diorang akan check semua barang yg kita nak beli...time ni kena tengok betol2 yer takot ada yg pecah & tak berfungsi dgn baik...

barang2 ni semua sumbat dulu kat office...my mom dah membebel cakap dua2 office penuh perabot & barang kitorang je...ntah bila nak pindah pon taktau...haha
nasib baik kitorang dtg sini bawak MPV, memang penuh la barang sampai ke belakang...ada lagi barang2 lain yg kitorang beli kat kedai ni mcm cermin toilet, penyidai kain jenis stainless steel & lampu LED...total lost kat sini boleh dpt sebijik handbag prada! hahaha
******************************

IKEA
sejak nak masuk rumah ni kan, IKEA macam jadi tempat wajib kitorang pegi kalau turun KL...dulu kalau ke KL tak hingin pon nak jejak kaki sgt kat ikea...sekarang ni kitorang laki bini sama naik kalau masuk sana!
tujuan utama nk cari coffee table ISALA ni tapi bila sampai sana je nampak meja ni mcm purple la pulak...i tgk kat website dia tulis grey...so cancel! lagipon saiz agak besar & a bit pricey...RM729 kalau tak silap utk meja simple macam ni...kitorang mmg aim round table tapi nak warna putih/grey/cream je...hubby cakap cari kat kedai biasa2 je kot ada yg cantik & murah...
teringat tempat gantung baju yg kak mimy hamid share dalam blog dia hari tu...pusing punya pusing, yeayyyy jumpa! RM19.90 sajeee & boleh adjust nak panjang mana...sebenarnya i taktau lagi nak gantung kat mana benda ni...hihi
cutlery tray ni RM 2.90...i beli dua, utk letak dalam laci...nanti boleh la susun sudu, garfu, pisau dalam tu...
dish rack ni pulak RM 49.90...i dah lama cari size yg kecik macam ni sbb wet kitchen ku sangatlah sempit! kena pakai accessories yg kecik-comel je...i suka jenis yg gantung kat dinding macam ni drp jenis yg letak kat tepi sink tu...utk dry kitchen i serahkan 100% kat tukang buat cabinet...
nampak pulak laundry basket RM 9.90 ni, so belilah! boleh la nanti letak kat area washing machine, takpon kat guess room...tp i beli satu je pon...takpe, esok2 nak tambah boleh dtg ikea lagi....
sambil cuci mata, sambil laju je mulut ni cakap dgn hubby "bang, nak tu! bang, nak ni"...TERRRbeli lah rak TROFAST macam kat atas ni, utk gantung kat bilik ayish...i suka warna kayu tu sbb match dgn warna katil ayish...yg ni RM 159, storage warna biru tu pulak RM 8/pc....tapikan, kitorang tak beli pon lagi storage warna biru sbb pusing2 kat bawah tak jumpa la pulak size tu! alahaiiii...takpe la, next time singgah boleh beli (memang confirm kena dtg balik la nampak gayanya)...i plan nak simpan benda2 yg melibatkan "learning tools" ayish dalam tu & atas dia boleh i susun2 buku ayish...
nampak set meja warna hijau ni laju je tangan hubby amik masukkan dalam trolley...kerusi tu siap 4 biji lagi dia angkut tapi warna kuning & putih...meja RM 115, kerusi RM 17.90/pc...tapi terpaksa letak balik tak jadi beli sebab tiba2 i nampak set kerusi kat bawah ni:
tadaaaaa! i cakap dgn hubby i nak keluaran LATT yg ni! i taknak yg dia pilih tu (MAMMUT collection) utk letak dlm bilik ayish...alasannya: warna ni match dgn rak yg kitorang beli tadi, match dgn katil ayish, size kecik jimat ruang & harga RM99 je utk satu set ni! hubby pon setuju je dgn cadangan bini dia ni...hehe...bukan apa, yg hijau tu sgt besar & mahal lak tu!
tengok, ayish dah rasmikan meja baru dia...hehe...tak sabar nk pindah rumah & deco2 bilik ayish! rasanya kitorang ni mcm dah terlebih shopping utk bilik ayish dari hari tu lagi...hahaha...utk guess room langsung tak beli apa2 lagi...
lepas ni kalau dtg i dah berhajat nak beli rak TROFAST yg ni pulak...hari tu nak beli terus tak boleh sebab kereta sgt2 penuh, taktau dah nak sumbat mana...price without storage (frame semata2) RM 189...i plan nak letak baju ayish semua dalam ni...takpe lah takde tempat gantung pon sbb i OK je kena lipat kain pon, nak pakai baru gosok...hehe...i suka sbb dah nampak mcm satu set pulak bilik ayish nanti (trofast series) & warna dia memang sesuai dgn warna bilik yg i dah cat tu...walaupon pada hakikatnya bilik tu akan jadi hiasan semata2 sbb ayish tido bawah ketiak mama sokmo...lalalala~

Tuesday, July 9, 2013

BALI: Grand Mirage Resort & Thalasso Bali, Tanah Lot, Kebun Kopi & Tempat Menarik Di BALI (Part 2)

seperti yg dijanjikan, ni last part cerita pasal "honeymoon" kitorang kat bali...penuh dgn gambar la kot entry ni coz i combine je semua cerita...senang! :)

macam i cerita dlm part 1 hari tu, kitorang sengaja nak stay kat lain2 tempat...hari ke-2 di bali kami berpindah dari The Bali Dream Villa di Seminyak ke Grand Mirage Resort & Thalasso Bali di Nusa Dua [LINK]...nusa dua adalah satu tempat yg pantainya cantik & banyak aktiviti outdoor boleh buat! ni hubby ku memang suka laaaa...

kat grand mirage ni ada private beach yg korang boleh buat mcm2 aktiviti mcm kayak, naik kapal, main volleyball, macam2 laaa...gym & kids club pon disediakan...tang kids club tu best kalau nak bawak anak2 kat sini sbb dia sediakan playground, swimming pool baby & bibik utk jaga anak kita kalau kita nk buat aktiviti outdoor...kalau dtg sini memang ramai la mat salleh yg dtg dgn family & anak2...masa breakfast tu penuh budak2 dgn stroller je...hehe...cuma org cakap makanan kat hotel ni tak halal yer...

jom tgk pic apa yg i sempat snap kat grand mirage ni...
ni bilik kitorang...kitorang pilih "romantic room" yg mana view mengadap laut...yg ni murah sket harga dia compared to the bali dream villa...kalau tak silap i, RM 450 satu malam...breakfast included & free wifi...kalau view tak mengadap laut, murah sikit la...kat bali mmg boleh dpt bilik yg super cantik dgn harga yg berpatutan...

nampa tak ayish tgh buat apa tu? haaa yg tu tingkap kat bathroom...dia sebok intai nak mandi dalam bath tub...hehe...

dalam toilet pon nak berposing...pantang nampak cermin sungguh!

masa kat sini ayish asyik nak turun panjat katil je...dah la katil ni tinggi, ntah brp kali tergolek pon i taktau...haha

ni salah satu kegemaran i...pantai!! tapi masa ni i malas nk mandi kotorkan baju, jadi si suami je la melayan si anak main air....

kami sgt enjoy! rasa hilang segala stress & tension...percutian kat bali ni memang betol2 buat kitorang dapatkan kualiti masa bersama semaksimum mungkin...

grand mirage sediakan gazebo ni (kat sana panggil day bed)...ni special, bukan semua org boleh duduk atas tu...nak duduk kena bayar USD 50 yer, tapi sgt berbaloi sbb boleh lepak dari pagi sampai mlm...lepas tu ada la minuman sikit dia sediakan...

ayish kat playground...nampak dia sgt happy masa kat sini...

****************************
nak cerita pasal tanah lot pulak...sebenarnya kami ke sini lepas check out dari the bali dream villa...dari situ lebih kurang 20min perjalanan...pagi2 lagi dah gerak sbb panassss!

pintu masuk tanah lot...nak masuk sini kena bayar lebih kurang RM3/person...tapi ada tips ni utk dapatkan harga warganegara...pertama korang kena mintak tolong supir belikan tiket, kedua masa dia tanya brp org nak masuk, korang hanya tunjukkan isyarat jari je, jgn bunyi suara unless korang boleh cakap bahasa indon dgn baik...diorang tak dapat pon nk bezakan org kita dgn org sana...

kat tanah lot ada 2 jenis kuil...yg belakang tu kuil utama, ramai je yg redah air laut utk ke sana...tp kitorang tak pegi la sbb air agak tinggi jugak tau masa tu, paras lutut...risau la dgn bawak ayish lagi..

kalau korang stay sampai pukul 5pm, akan ada satu acara keagamaan yg dipanggil "kecak dance"...kitorang memang awal2 lagi dah nekad taknak tengok sbb itu acara keagamaan kaum hindu, lagipon bawak budak kecik macam ayish tak sesuai la...silap hari bulan boleh kena rasuk...hihi

hubby je la yg duk kendong ayish masa kat sini...kitorang tak bawak stroller tapi pakai jumpsac orbit yg disewa dari group babywearing...nampak tak pic atas tu hubby pakai cmne? dah gaya bibik kan? hahaha masa tu ayish dah marah2 mintak lepaskan dia, dia nk bebas...

pic atas ni pulak kuil ke dua...area ni macam tak best sgt sbb kuilnya sgt tinggi! 

nanti korang akan jumpa la budak2 yg menjual duk kejar2 suruh beli...aduhhh kesian tapi nak buat camne kn? kat sini painting sgt murah! murah 2 kali ganda kalau korang beli kat nusa dua...ada 1 painting tu sebijik, kat tanah lot jual RM30 tapi kat nusa dua jual RM90...hohoho...silalah grab byk2 kat sini yer...kitorang borong sampai 10 keping tapi termasuk dgn org kirim & nak bagi family la...hehe

sebahagian painting yg dibeli kat tanah lot...dah bajet nak gantung mana bila masuk rumah baru nanti...utk bilik ayish, gambar rumah cendawan tu RM30 je

****************************
last day sebelum balik kitorang dibawa pergi tengok ladang kopi...asalnya kitorang ingt nak tambah lagi painting, jadi driver tu bawak pegi nusa dua...last2 beli satu je kot kat sana sbb mahal gilosss...tokei kedai painting tu la bawak kitorang malawat kebun kopi dia...
dapat rasa segala jenis kopi & teh secara percuma! coklat pon ada macam2 perisa...best! tapi kopi luwak je la takde, kita pon tak boleh minum kan?
masa ni dah la hujan lebat, memang syok la dapat minum panas2...

sempat jugak beli utk bawak balik...boleh tahan mahal harganya...huhu

****************************
antara souvenir & makanan yg dibeli...
pai kacang...eh nyesal beli 2 box je sbb i suka! 1 box dah habis makan masa kat airport...

beli 3 jenis kek lapis...murah jugak, RM30 je satu box...yg ni kena pandai cari kedai yg halal tau...tanya la supir tu...

macam biasa, pegi mana2 je i akan cari t-shirt kenangan...boleh la pakai buat tido & mengecat rumah...haha

fridge magnet antara benda wajib beli kalau pegi mana2! tapi tak beli byk pon coz kat rumah dh berlambak bali punya...haha...ni beli utk org kirim...

kesimpulannya, anniversary getaway kitorang sangat-sangat best! niat asal nak berehat pon berjaya...hehe


TEMPAT MENARIK DI BALI:
ini i list kan beberapa tempat yg korang boleh pegi kat bali..
1. Jimbaran - tempat menarik utk makan di pantai
2. Tanah Lot - kuil yg terletak di laut dgn pemandangan yg sangat cantik
3. Ubud - boleh tengok pemandangan sawah padi yg ditanah di lereng bukit
4. Kuta/Legian - tempat yg agak "happening" sbb ada byk kelab kat sini...ada shopping complex, spa, kedai2 tepi jalan yg dibuka 24jam, etc
5. Uluwatu - kat sini pon ada kuil...pemandangan yg cantik
6. Ulun Danau Temple - lebih kurang macam tanah lot jugak
7. Pasar Sukawati - boleh shopping souvenir kat sini...boleh tawar menawar 


RELATED POST:

BALI Review: The Bali Dream Villa, Jimbaran, Rock Shop & Ubud (Part 1)