Wednesday, November 27, 2013

Pap Smear: Sakit Tak?

dah lama jugak la i buat pap smear ni tapi baru nak share experience...tapi i buat pon masa ayish dah setahun lebih, sepatutnya awal2 lepas beranak tu dah boleh buat...i baru terbuka hati nak buat sebab selama ni pon takot2...kehkeh

soalan biasa yg kita dengar, SAKIT TAK?? jujur tak sakit langsung...mula2 nak buat pon ada perasaan takot tu, tp bila tanya org yg dah pernah buat, semua cakap tak sakit langsung...

i siap tanya doktor lagi sakit ke tak, boleh pulak doktor tu jawab "sakit gilerrr", kemain lagi doktor ni buat lawak dgn i kan? haha...lepas baring atas katil, kangkang kaki mcm nak beranak tu, doktor akan masukkan speculum (mulut itik) & akan ambil specimen/sel/lendir...mula2 i ingatkan specimen tu daripada isi dinding rahim, rupanya dari lendir...hampeh tau doktor ni dia cakap dgn i "alaa amik isi sikit je"...cisss buat lawak tak kena tempat pulak! tp doc perempuan ni siyes sgt kelakar & buat i selesa dgn dia...

i buat kat private hospital, seminggu terus dpt result...alhamdulillah lepas doc call tu, dia bgtau takde nampak tanda2 kanser...ish debo tau masa tunggu result tu, tak senang duduk sbb duk fikir macam2...hoho...kalau buat kat gov hosp, sebulan rasanya kena tunggu...

KENAPA PERLU BUAT pap smear? haaaa sebenarnya ni langkah awal nak kesan kanser servik...lagipon masa buat pap smear tu, masih boleh detect kalau ada kuman2 lain kat tutttttt...sebut pasal kanser servik/kanser pangkal rahim ni kan, kalau dpt detect awal insyaAllah dpt diselamatkan lagi...

KERAP MANA PERLU BUAT? kalau keputusan negatif, doc bgtau i kena repeat setiap 3 tahun sekali...siapa2 yg aktif hubungan sex bermula usia 20 tahun, digalakkan buat setiap 2 tahun sekali...

PERSEDIAAN BUAT PAP SMEAR:
1. pastikan tidak period :)
2. waktu paling baik masa tengah2 bulan lepas datang haid
3. utk keputusan yg tepat, tak digalakkan buat hubungan sex dlm masa 24jam

SIAPA YANG PERLU BUAT?
1. orang yg dah kawin
2. orang yg aktif hubungan sex
3. orang tua yg tak pernah mengandung/beranak

eh kalau nk buat tu kan, i suggest korang pakai la skirt / baju kurung / dress supaya senang nak selak masa kangkang tu...takde la susah2 nak buka seluar kan...yg penting TENANG je tau sepanjang ujian tu dijalankan...

siapa2 yg belum buat tu, sila buat SEKARANGGGGGG! seminit je pong...hihi

************************************
eh ku nak selit sikit cerita nuffnag...sebelum ni i pakai advertlets tapi sbb dekat setahun i tunggu payment tak dapat2, maka i tukar ke nuffnang balik masa bulan september baru2 ni...rasa best pulak sbb nuff byk bagi BE...tq nuff!
yg bawah2 tu sepanjang bulan september dah ada 4 credited & sekarang ada 4 yg on going...insyaAllah kalau dh cash out nanti, i ingat nak buat 1st GA...yup takde lah banyak mana tp still bersyukur hehehe...nak kumpul dulu duit ni sampai next year kot? hihi

Sunday, November 24, 2013

Home Decor: Laundry Room + Ironing Area

hai...hari ni i nak share laundry room cum ironing area kat teratak baru kami...hari tu dah tunjuk teaser kn? kali ni nak buat full review pulak...inilah ruang yg extend tu (lebih kurang 12 x 5 x 8 kaki), kitorang tak besarkan dapur tapi jadikan tanah sekangkang kera kat belakang ni sebagai ruang utk mendobi & menggosok...segala aktiviti yg melibatkan kain/baju, maka di sinilah tempatnya...

konsep yg i pilih utk laundry room ni: ENGLISH STYLE
dah mula musim hujan terpaksalah sidai baju dalam rumah...nasib baik laundry room ni ada kipas, pasang direct kat baju lembap tu cepat la jugak kering...

mula2 nak cerita pasal CAT/PAINTING kat ruang ni...sebenarnya combination yellow + blue ni bukanlah warna favorite kitorang...hubby byk kali mengeluh tengok laundry room ni, dia cakap dah rupa tadika, masa tu belum ada apa2 dekorasi lagi...hehehe...sebenarnya ni cat lebihan bilik ayish, i duk tamak beli sampai 7 liter satu tong, dah cat laundry room ni pon banyak sgt2 lebihnya...tapi bila lama2 tengok & dah siap deco, macam cantik la pulak combination warna ni, hubby pon dah mula suka :)
kalau pandang dari ruang tamu, straight akan nampak ruang ni kat belakang...itu yg hubby tak kenan, masuk rumah je nampak warna biru + kuning ni dari depan...hehe tak pe la bang, benda kecik je tu kn :) kat ruang ni i hiaskan dgn frame je, bawah wall lamp...frame ni sebenarnya i dah beli lamaaaaaa sgt2, sebelum beli rumah lagi...motip sgt i ni kan? belum ada rumah pon dh plan nak letak frame ni kat mana...hahahaha tapi mujurlah matlamat tu tercapai...beli kat romantika je frame ni, ntah brp ringgit pon tak ingt, murah je rasanya :p

horizontal blind warna putih tu baru siap pasang semalam, dah berzaman beli tapi baru semalam hubby rajin nak tolong gantungkan...ingat lagi tak dulu i ada cakap nak pakai carpet tiles? sekali tengok harga tak jadilah sbb mahal rupanya carpet tiles yg elok...last2 kitorang decide pakai tiles biasa je...esok2 ada kenduri boleh la potong bawang ke apa kat ruang ni...hehe

semangat i buat label utk setiap basket tu...sudahnya si farish ni tanggalkan & koyakkan T_T huwaaaaaaaaaa pasrah je la!!! maka takyah berangan la nk ber-label bagai lagi...esok2 ku pikir idea lain yg takleh nk koyak (guna kayu ke kan?)...

aloh alohhhh sibuknya anak mama ni kan?? semua benda nak usik!! takpelah, esok2 awak boring mesti awak taknak main kat sini dah kan? kan? kan? *mama penuh mengharap*

balang kaca tu ada banyak sangat i dapat masa hadiah kawin...salah satunya i guna utk letak sabun/detergent yg dikira stok la...utk bahan "stok" ni i berani la letak dlm bekas kaca sbb mesti jarang2 nak guna kn? i letak kat rak paling besar & paling tinggi...sebelah tu pulak pasu putih beli kat ikea, i hiaskan dgn daun fern...
susun atur sabun basuh, pencuci lantai, etc...rak kerawang yg i letak segala jenis detergent tu beli kat romantika, murah je!!
beg plastik (xtau nak panggil apa hihi) i beli kat SSF, letak segala pengepit kain dalam tu...takdelah berterabur kan?
pengepit/penggantung baju comel bentuk chandelier ni pon i beli kat SSF...geram tengok, tanpa fikir panjang terus beli! warna hitam pon ada tau...
dekat washing machine & rak baju kotor tu, i letakkan anti-slip mat...paham2 je la kan, ruang ni kira basah/lembap kang anak main2 kat sini tergelincir pulak...

laundry room i ni bentuk "L" sebenarnya...kalau pandang dari depan, sebelah kiri adalah tempat utk cuci baju & sebelah kanan kat bucu "L" tempat utk menggosok...ironing board tu i dah pernah review [LINK]...
selesa sebab ada pengudaraan yg baik...pintu tu pulak utk keluar rumah, tempat i sidai baju di bawah sinaran matahari gituuuu...

bunga kaktus tiruan (yer, fake je daku beli sbb tak reti nak jaga kaktus) & pasu dia tu i beli kat romantika...wall shelf sekali dgn tempat gantung tu i beli kat SSF...ini tempat utk letak water spray & baju2 yg dah siap digosok...

peraturan (kemain lagi kann) rumah ni, TAK DIBENARKAN ada laundry basket dalam setiap bilik...lepas mandi, bawak turun terus baju hantar kat laundry room...takde la nanti ada bau hapak/kepam kn? mama jugak yg senang hati :)

buat masa ni, i sangat2 berpuas hati dgn hasil dekorasi...rasa seronok nak cuci baju & menggosok sbb bagi i ruang ni fresh dgn warna biru+kuning...takpe, byk lagi masa & boleh ditambah baik dari masa ke masa..untuk jangka masa pendek, i nak tambah hiasan kecik2 je...untuk jangka masa panjang yg entah berapa tahun lagi pon taktau, i nak buat built in cabinet untuk gantikan rak2 dari romantika tu sbb i nak tutup segala external wiring & piping yg mencacatkan pandangan mata...hoho

Wednesday, November 20, 2013

Resepi Donut Gebu

resepi ni mommycha la yg mula2 share kat wassup...kitorang pon apa lagi, haruslah cuba kan...sebenarnya sebelum ni i pernah jugak buat donut cuma resepinya lain, kali ni nak try la jugak resepi org lain rasa cmne...
ini adalah resepi drp LINK yg micha share:

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
3 cawan tepung gandum  *(sebab lembik sangat, i tambah lagi 1/2 cawan tepung berprotein tinggi...utk buat donut/scones/jenis2 roti, i lagi suka pakai tepung berprotein tinggi sbb rasa dia lagi sedap & bagi texture yg lagi cantik)
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur 
*i tambah 1 sudu besar shortening/lemak sayur (yg ni utk 2nd time buat sbb 1st time buat tu tak puas hati, dah tambah shortening baru rasa better sikit)

Cara-cara 
Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Masukkan shortening.Biarkan selama 10 minit. 
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. 
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 

i buat 3 perasa; satu yg classic (letak gula je), satu lagi sugar glaze & satu lagi choc peanut butter...
ini topping dgn choc peanut butter lady's choice...rupa macam erkkkk kan tapi rasa sedap...hahahaha...rupa jadi cmni sbb i malas, i letak dlm plastik lepas tu i potong bucu plastik tu, picit atas donut & jadi la cmni...
topping ni pulak dipanggil sugar glaze...cara buat dia senang je...panaskan sedikit butter dlm pan, masukkan gula perang sampai likat, masukkan donut & gaul rata...

resepi ni sgt2 mudah...cuma bagi i, texture dia tak menarik, doh agak melekit, cpt nampak hitam bila goreng & tak brp nak gebu (byk complain pulak)...cuma rasa dia not bad la, utk first timer kira boleh try la resepi mudah macam ni...
*******************************
ini pulak resepi yg selama ni i follow...i pon amik drp org lain, boleh refer sini [LINK]...tp resepi ni superb, donut jadi sgt cantik, ringan & gebu...kalau rajin boleh cuba resepi ni, siyes sgt sedap oiii...



Bahan A:
350 gram tepung protein tinggi
200 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
75 gram gula kastor
1 sudu teh garam
3 sudu teh (10 gram)  yis segera 

Bahan B:
1 biji telur gred A
170 gram air sejuk
80 gram krim putar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa mentega

Bahan C:
40 gram mentega
30 gram butterol
1 sudu makan liquid bread improver

Info tambahan:
Bahan A - Lebihkan penggunaan tepung protein tinggi berbanding tepung gandum. Jika gunakan tepung protein tinggi sahaja lagi baik, tetapi jangan gunakan tepung gandum sepenuhnya. Untuk susu tepung pula, boleh gunakan apa-apa sahaja jenis susu tepung.

Bahan B - Hendaklah menggunakan air sejuk sepenuhnya, dan bukannya air suam supaya adunan naik dengan sempurna (Chef Khoo terangkan sebab-sebab pertemuan di antara yis dengan air sejuk atau air suam, tapi Amie terlupa... tak buat catatan). Gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis seperti Value Pride, dan bukannya jenis UHT seperti jenama Anchor yang tawar itu. Jika tidak mempunyai perisa mentega, boleh gunakan perisa vanilla sahaja.

Bahan C - Jika tidak ada butterol, gunakan sahaja marjerin. Dan jika tidak ada liquid bread improver, gantikan dengan serbuk penaik lain.

Jika suka, tambahkan sedikit pewarna kuning supaya doh mempunyai warna yang cantik.

Cara:
1. Campurkan semua Bahan A di dalam mangkuk pemukul. 
2. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 1-2 minit.
3. Tukar kepada kelajuan sederhana, dan kemudian masukkan Bahan C. Pukul lagi selama 5-6 minit sehingga adunan menjadi licin.
4. Keluarkan adunan donut, dan biarkan ditutup untuk rehat selama 30 minit.
5. Ratakan adunan donut setebal 2cm menggunakan kayu penggelek, dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan.
6. Tutup dengan plastik dan rehatkan seketika.
7. Buka plastik penutup dan angkat adunan tadi dan kembalikan semula ke tempat asal. Adunan akan menjadi mengecil sedikit. 
8. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk yang dikehendaki.
9. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
10. Biarkan donut kembang sehingga menjadi 2 kali ganda. 
11. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana panas.

Peringatan: Sekiranya mesin pemukul anda bersaiz kecil, buat separuh adunan sahaja kerana doh tidak akan menjadi dengan sempurna sekiranya adunan terlalu banyak.
*******************************
cerita pasal donut ni kan, kalau korang campur resepi pertama tu dgn kentang pon sgt sedap ok! baru la lembut & gebusss gitu...

ok selamat mencuba :)

Monday, November 18, 2013

Akan Merindui~

insyaAllah minggu ni nak masuk rumah baru walaupon kitchen cabinet belum siap lagi...dijangka 30hb baru diorang nak datang pasang (brp minggu je lagi kan), sekali la dgn pintu stor & wood panel kat dining area tu...

perasaan? sedih bercampur gembira sebenarnya...sedih sbb nak kena tinggalkan family, hidup berdikari...tapi rasa macam poyo pulak sbb rumah parents 10min je dari rumah i & memang akan hari2 pegi sana...lagipon time hubby kerja dah pakat dgn family utk gilir2 teman i kat rumah baru..kejap boleh ajak adik teman tido, kejap blh ajak umi abah teman tido so takde la rindu sgt kot kn?  kekeke...
semestinya happy sebab dah lama impikan nak duduk rumah sendiri bersama keluarga kecil kami...baru ada privacy sikit kn? kesian hubby takleh nk pakai sexy2 kat rumah mertua dia, takleh nak golek2 dpn TV fe-feeling macam cerita hindustan..eh?
sebenarnya baru 70% siap tapi gedik nak masuk dulu...alaaaa lagipon 30% yg tak siap tu blh tutup mata je dulu...kabinet dapur, nak cat balik dinding master bedroom (jeng jeng jeng), hubby cakap ada rezeki nak beli set bilik tidur utk bilik tetamu, nak tukar sarung sofa tu supaya lebih matching dgn warna ruang tamu (insyaAllah esok siap jahit) & tunggu langsir siap jahit (now pinjam langsir umi je dulu so main amik je warna apa pon)...itu je la lagi & selebihnya alhamdulillah rasa dah complete nak masuk rumah baru...thanks hubby sebab sediakan semua ni, semuanya baru...rasa terharu sangat2!

cuma nak cakap akan rinduuuuuuuuuuuuuu bilik tidur i kat rumah parents ni...pink + white, memang my fav lah! hubby tak gemar warna ni sbb tu master bedroom kitorang takleh warna pink...tapi i akan buat lebih kurang macam ni dalam guestroom nanti...tetap nak ada warna kegemaran dlm rumah baru nanti...hehe
ni pic lama sebenarnya ni pic 3-4 tahun lepas, malas nak snap baru...yg baru ada painting atas kepala katil tu, dressing table dah takde storage box tu dan ada carpet...sekarang bilik ni dah banyak penambahan, cuma kedudukan maintain sbb bilik ni kecik, takleh nk pusing2 dah perabot tu...rumah my mom ni kecik je, satu tingkat setengah (bahagian belakang je 2 tingkat, yg depan setingkat) tapi ada 8 bilik...bila rumah kecik bilik banyak, maka bilik pon takde la luas mana...kuikui

siapa2 yg dekat tu jemput lah dtg yer...sementara takde dapur lagi, i hidang nasi bungkus dgn air kotak je la dulu yer...hihihi...kalau tengok langsir warna warni pon jgn gelak tau sbb xtau langsir bila nak siap jahit...hoho

insyaAllah esok ada buat solat hajat panggil org masjid...housewarming tak buat kot sbb plan nk buat open house sekali dgn birthday ayish bln 4 tahun depan...plan je la, ntah jadi ke tak, taktau la tengok pada keadaan ekonomi masa tu jugak...sekarang dah stat musim hujan kat terengganu, nak buat open house pon tak syokkkk...

Friday, November 15, 2013

Review: Convertible Ironing Station (Wall Mounted)

sebab terlalu ramai tanya & macam berminat dengan convertible ironing station dekat rumah i tu, maka hari ni i akan review satu2...

kelebihan ironing board jenis wall mounted ni: nampak lebih kemas, moden, jimat ruang & praktikal...keburukan: kain/span dia tu nipis sgt la mcm kena lapik dgn kain lain je bila nk gosok baju...
ini rupa dia bila kita gantung & tutup...tersembunyi dan sgt kemas kan?

ini rupa bila kita buka "pintu" dia...pintu tu jenis boleh tolak ke atas...

jgn risau jatuh sebab dia ada kunci so blh la lock kat sini...

bila turunkn board tu, gini la jadinya...

ada iron holder jugak, so sambil2 gosok baju tu boleh la letak sini...alahhh mcm standard ironing board yg biasa tu jugak la...

masa beli ni 3-4 tahun lepas rasanya, dekat rm400 jugak...tp ada kawan bgtau, kat kuantan sekarang ni rm300 je...kat mana nak cari??? sila cari kat kedai2 yg jual hood, hoob, oven, sinki, tap semua tu...

praktikal kan? i suka inovasi yg dibuat, lepas2 ni mungkin design yg lagi canggih akan keluar...ok sekian review :)

Thursday, November 14, 2013

GIVEAWAY by EKIN JAMAL

i dah lama sangat2 follow blog ekin [LINK] ni, masa sibuk2 buat preparation nak kawin, sampailah sekarang mengikuti perkembangan zara (anak ekin)...

hari ni nak cuba nasib join giveaway yg ekin anjurkan sebab i teruja dengan hadiah menarik yg ditawarkan!
ini tema dan syarat-syaratnya:

ini gambar yg i pertaruhkan dengan tema awal muharram:
"anak adalah permata yang perlu diasuh dan dicorakkan dengan baik"

Wednesday, November 13, 2013

Cara Didik Anak Solat..Bila Perlu Mulakan?

dah lama nk cerita pasal ni, macam mana nk didik anak solat & umur berapa perlu diajar? semua ni i dpt melalui usrah (yg tiap2 hari selasa ada kat rumah), bacaan buku agama & hasil google sendiri..

sebenarnya dari BAYI lagi kita perlu tekankan pasal solat pada anak2...peringkat bayi ni, bukan bermakna kita perlu ajar secara formal/praktikal, tp cukup sekadar kita dengarkan azan & bacaan lazim dlm solat...pupuk sikap supaya anak2 rasa seronok utk solat...melentur buluh biar dari rebung pepatah melayu cakap...

azan adalah perkara paling utama nak didik anak solat...kalau kat rumah i ni kan, parents ajar dari dulu lagi stat je pukul 7pm-7.40pm, DILARANG buka TV!!! pukul 7 tu dh kena siap2 mandi, yg lelaki kena siap pegi sembahyang kat masjid (menantu pon ke uols- laki i la tu)...harapan la nk tengok Mr.Arrogant ke apa masa tu, kalau buka TV pon sekarang ni hanya boleh buka OASIS, dengar zikir & azan semata2...i puji cara parents i yg ni sbb secara automatik kita yg dah terbiasa ni akan hormat waktu maghrib yg sangat singkat, supaya tak lalai...

utk anak2, insyaAllah i akan tekankan benda yg sama mcm parents i buat...dengar azan mesti DIAM & jawab azan, sbb kalau kita bercakap kat akhirat nanti telinga akan disimbah dgn air panas yg menggelegak (sampai sekarang i ingt kata2 ustaz tu)...ehhh mcm ustazah pulak i ni kan? hahaha sorry la, sekadar share apa yg tahu bukan i nak poyo berlagak baik/alim sbb sedar kekurangan diri ni mcm mana...
1. kita tahu yg anak2 kecil ni mudah belajar & serap banyak ilmu dgn cepat! kat rumah wujudkan SUASANA/TEMPAT SOLAT yg tenang...tak semestinya perlu ada bilik solat khas, cukup di satu sudut kecil kita bagi anak nampak- itu adalah ruang solat yg biasa...untuk pastikan anak2 biasa nampak kita solat, maka kita yg tua ni jangan la culas pasal solat...kalau bawak anak pegi shopping/travel sekalipon, tunjuk depan mata anak yg kita sembahyang bila masuk waktu...

2. sediakan SEJADAH/KOPIAH/TELEKUNG/KAIN PELIKAT utk anak2...percayalah, budak2 ni happy tau bila kita belikan dia segala keperluan tu...ayish ni tengok je kain pelikat papa, dia pon sebok nak jugak pakai tau (ingt nak jahitkan la satu utk dia saiz kecil)...

3. libatkan anak2 semasa solat...AJAK BERJEMAAH, cakap "jom, papa mama nk sembahyang ni" takpe dia tak pandai pon...sekurangnya dia boleh tengok step by step kita buat macam mana...jgn risau anak ganggu, sbb kita pon mesti ada ilmu macam mana nk handle anak semasa solat...Rasulullah sendiri cucu panjat masa tengah sujud....sama gak kes ayish, time datang dia nak begurau tu, habis dia megkuda i tengah sujud, kita ni terkedek2 bangun perlahan2 takot dia jatuh, dia pulak terkekek2 gelak ingat kita main dgn dia...haihh sabo je la anak oii!

4. bila anak dah besar sikit atau dah faham arahan, kita boleh suruh dia BERDOA sama2...si ayish ni memang akan duduk atas riba i bila i selesai solat...masa tu jugak dia tadah tangan sambil mulut bunyi "amin aminnn"...i sengaja bacakan doa kuat2 supaya dia dengar...masa ni jugaklah kita boleh amik peluang suruh dia salam kita & kita bisikkan pada anak "mama maafkn segala dosa ayish, besar nanti jadi anak soleh, jgn tinggal sembahyang" lepas tu kita cium la ubun2 dia...
5. sentiasa bagitau solat itu WAJIB...kita jgn anggap bila anak2 tak faham, kita pon malas nk menyampaikan...usaha bagitau apa itu solat selari dgn peringkat umur anak, insyaAllah bila besar dia sendiri akan faham & akan ada rasa takut utk tinggalkan solat...bagitau jugak siapa Allah, siapa yg menciptakan semua ni... 

6. sentiasa bagi KATA-KATA SEMANGAT utk anak...bila anak tunjukkan sesuatu perkembangan dlm gerakan atau bacaan solat, jgn kekok utk PUJI...bagitau yg dia "pandaiii" sambil peluk & ucap alhamdulillah...

setakat tu je dulu i nak share...ada masa nanti, i akan share pulak buku apa yg i baca...sama2 kita didik anak utk bekalan akhirat disamping kita sebok2 ajar anak dgn hal dunia...yer, i masih mentah, baru ada anak sorang jadi i masih belajar...sama2 kita cuba jadi ibubapa yg hebat di mata anak & hebat mendidik anak seimbang duniawi & ukhrawi...sedih kalau anak pandai membaca rumi tapi gagal mengenal jawi kan? sedih kalau anak petah berkata2 tapi tersekat2 membaca quran kan? 

Monday, November 11, 2013

Decor: Family Room (Transformation)

sebenarnya takde apa yg menarik pon pasal family room ni sbb tu nak cerita pasal ni dulu...terus terang awal2 lagi i cakap ini BUKAN TASTE I...cuma nak share macam mana i transform family room yg mulanya nampak "tua" dan kusam kpd ala-ala moroccan style (walaupon takde la nmpk mana konsepnya) kahkah...

family room ni kat tingkat atas, agak luas kawasan ni...buat masa ni TV hanya ada satu je (letak kat tingkat bawah), jadinya sofa kat sini kita rapatkan ke dinding dulu..esok2 dah ada TV & segala rak, baru ubah kedudukan sofa tu...
nampak tak bermaya & boring kan ruang ni? mcm i pernah cerita sebelum ni, leather sofa tu my mom yg kasi...ikutkan kitorang laki bini langsung tak berkenan dgn sofa tu tapi takmo kecikkan hati umi, maka kitorang amik je...takpe, esok2 ada duit lebih boleh hantar kedai ganti dgn sarung fabric yg baru & warna pon kitorang prefer biru kot utk next time punya plan *entah bila la tu kan, kot2 sepuluh tahun lagi pon sarung sofa tu tak bertukar*

i dapat idea utk buat feature wall warna merah sbb nampak cat utk master bedroom tu ada lebih sikit, jadi takyah membazir beli yg lain, pakai apa yg ada je dulu buat masa sekarang ni *pening dah kalau duit keluar lagi*...sebab sofa tu warna coklat, i tak boleh cat seluruh wall tu dgn warna merah, so i cat dekat bucu je dengan tambahan satu stripe...
proses ukur & tampal masking tape...i buat dgn adik je masa ni sebab hubby belum balik lagi...kebetulan adik yg study kat KL tu cuti seminggu, dia lah yg byk tolong...

hasil bila dah siap cat & susun...hurmmm masih bukan taste i tapi better than before kan? kena banyakkk lagi perincikan ruang ni sbb mata i cakap masih ada yg tak kena! rasa takde "umphhh"

lampu ku selit belakang pasu bunga tu...owh bunga tu i gubah sendiri sbb tu serabut & tak lawa, main hentam je! lighting sgt penting kalau dah dinding tu warna merah...i perlu letak lampu sisi dgn pengcahayaan warna kuning...sebenarnya ada plan nk beli lampu yg jenis stand tu tapi tengok la nanti macam mana...

kat sudut lain i letakkan book shelf LAIVA beli kat IKEA...asalnya nk beli yg jenis ALBERT tu sbb lagi murah tp bila tengok depan2, mcm tak kukuh pulak...yg laiva ni kayu dia kukuh & berat, sesuai nk letak buku byk2 nanti...  

boleh la nak lepak2 dgn family kat tingkat atas ni, sambil2 baca novel, sambil2 layan & ajar ayish...

comparison sebelum & selepas...

maybe i perlukan kusyen warna kuning kot kan? bagi naik seri warna sikit...

WISHLIST utk family room (jangka masa pendek-nak laksanakan secepat mungkin):
1. kusyen warna kuning
2. stand/floor lamp (rasa mcm sesuai je floor lamp ikea ni, murah pon murah)
3. tukar carpet lain yg lebih sesuai & matching (cari yg murah2 & mampu milik je dulu- pilihan antara dua tu)


WISHLIST utk family room (jangka masa panjang-yg taktau bila akan terlaksana):
1. tukar sarung sofa warna biru (suka biru ni & pakai fabric velvet)
2. cat dinding warna cream/lime green (rasa macam lawa je & match dgn sofa biru)
3. buat mini home office (berangannnn...senang nk susun segala jenis buku, buat aktiviti kraf, nak online, eh macam2 la)

utk family room ni, i byk terima pendapat & kritikan drp kawan2...i terima segala pandangan & cadangan dgn hati yg terbuka, takde nk terasa ke apa sbb i tahu ruang ni agak susah nk decor, yelaaa sbb pakai benda yg sedia ada je tak keluarkan byk duit...i percaya setiap org ada taste masing2 & i respect segala citarasa manusia...

ok sekian decor yg tak berapa menjadi bersama nana! hihi

Wednesday, November 6, 2013

Wall Stencil..Pening Nak Pilih

entry sebelum ni kan i ada cerita pasal home progress, lepas tu i tunjuk sipi2 je feature wall master bedroom yg merah menyala tu...mcm i bagitau dlm entry lepas, i kurang yakin dgn warna ni walaupon hubby sgt suka...ye la, sebelum ni kat rumah my mom bilik i warna putih pink, tapi hubby lak tak suka warna gitu utk bilik kitorang ni, jambu sgt kot warna pink tu...hihi
inilah feature wall tu...korang nk gelak pon silakan lah sbb i sendiri pon dh stress tengok....hahaha...sebenarnya i tengok catalog warna dia tu mcm coral ala2 ke warna peach sikit, sekalai cat mak oiiiii merah makngah lembu je suka ni...kwang2~

i MESTI MESTI MESTIIII buat sesuatu utk cover merah yg melampau ni...hubby cakap takyah sbb dia rasa dah OK tapi i nak jugakkk buat sesuatu, tak kira!!! dalam kepala i ni duk fikir nak buat STENCIL, yer DIY sajerrrr...

ok tak kalau i buat mcm ni? corak stencil tu warna cream atau pink? haihhh nk pilih warna stencil yg sesuai pon satu hal! (sebenarnya i cari merah yg mcm ni tau, dh mcm oren2 sikit)

mula2 tgk pic ni mcm suka gak moroccan stencil ni tp tak gigih nak buat!! giler rumit & leceh nk buat corak niii...

ingat nk buat seketul2 macam ni je...ok kot kn?

royal stencil ni pon lawa, nampak classy...tp satu hal pulak nk kena cari cat yg glitter kn? i nak pakai cat yg lebih2 kat rumah tu jer...huhu

sebenarnya dalam kepala dh berangan nk buat camni...bulat besar warna cream, bulat kecil warna pink...ok ke wehhhh? huwaaaaaaaaaaaa nak nangis duk fikir benda ni...hari2 duk google & cari idea yg sesuai...

ni antara corak stencil yg i dah siap print...nanti dh decide nak guna corak mana, baru i gunting atas kertas transparent & mulakan proses mengecat!

rajin ke i ni?????????? gigih ke i ni?????????? ahhhhh juz wish me luck...harap2 plan menjadi...kalau malas, ku maintain je la merah makngah tu...hoho