Monday, February 10, 2014

CNY: Melaka & Port Dickson

MELAKA
mula2 i tanya hubby, chinese new year ni taknak pegi mana2 ke? dia ckp jomlah pegi melaka jalan2 sebelum balik rumah ibu (MIL)...i pon bagitau la etty yg kitorang nk pegi melaka tp jgn kecik hati kalau tak singgah rumah sbb takot tak sempat...tp si etty ni duk jemput jugak, kesian kat mak yg tengah mengandung ni maka i pujuk hubby singgah rumah etty...bkn apa taknak pegi, takut susahkan makyong tu je...

sebab gerak dari kemaman dah lewat, sampai melaka je terus singgah rumah etty...tak sempat dah nk berjalan kat kota melaka tu...si etty ni buatkan asam pedas, sup ayam & puding kastad...laki iols tu mmg suka giler la asam pedas siap suh amik resepi lagi dari etty sbb asam pedas dia pekat...LOL! 
sesi bergambar...masa ni kebetulan si airen pon turun melaka...maka berpakatlah jumpa kul 5.30 kat rumah etty...tengok 2 org ni perut boyot, hubby dan2 tu sound bila lagi i nak join diorang...haha sabo je laaa...tapi tengok la duo org makyong tu, kemain slim lagi walaupon tak lama lagi nk meletop!

tq tau etty, susah2 je masakkn utk kitorang...i mmg tak makan langsung masa dalam perjalanan tu sbb nk mkn kat rumah etty...eh makan jugak, tapi makan kek colat anis tu je...hihi
lps maghrib baru keluar dari rumah etty & terus gerak ke melaka river cruise...tix utk warganegara dewasa: RM10, kanak-kanak 2 tahun ke atas: RM5, kanak-kanak bawah 2 tahun FREE...nasib baik masa kitorang dtg ni org tak ramai lagi...satu tips yg i dapat, sila naik cruise ni kat taman rempah sbb situ tak ramai org...satu lagi entrance tu mmg sangat-sangat-sangat ramai org, masa kitorang tengah naik cruise tu terkejut tengok org beratur panjang mak nenekkkk kat satu lagi entrance tu...kalau i tak sanggup dah nak beratur lama2 gitu...

ayish macam biasa la, enjoy je dia tengok lampu banyak2...best jugak naik cruise ni malam2 sbb cantik dgn segala hiasan lampu...pic banyak dlm fon hubby, lupa nak transfer :p

lepas naik cruise terus gerak ke port dickson...masa ni ayish pon dah mengantok, sian betol tengok dia...

PORT DICKSON
pegi pd ni takde dalam plan kitorang pon sebenarnya...masa dah nak gerak pegi melaka tu tiba2 MIL call cakap takyah la balik batu pahat sbb diorang nk pegi PD ada family gathering...mil ajak tido satu apartment dgn diorang tapi hubby taknak sbb hubby kata mesti tak selesa duk ramai2 satu apartment...nk jaga aurat masa tido pon susah kalau dah ramai2 kn?

masa otw ke melaka tu gigih la i duk tolong hubby cari hotel area pd...i cari kat agoda & booking.com banyak yg dah full! i call mcm2 hotel semua dah full...benda pertama yg i cari  ialah hotel avillion sbb i suka stay situuu, bagi i pantai dia cantik! tp malangnya dah fully booked...faham2 je la raya cina kan!
LEXIS (ni gambo curik kat agoda...lalalala~ nak bagi nampk view masa kita mula2 masuk bilik ni)
(ok ni pic sebenar dari hp i)
tgk grand lexis alamakkk RM 1.3k so tak jadi! dulu stay sana dpt RM600+ je siap dpt suite lagi...call lexis pon diorang cakap dah full...nak jadikan rezeki, tiba2 i refresh booking.com nmpk lexis ada satu lagi bilik kosong tapi harga RM512 masa tu...hubby ckp book je la nnti tak dpt hotel lagi susah...masa stop solat jumaat tu cpt2 hubby book & settle! masa ni tak perasan lak harga tu tak termasuk tax...sekali dh check out terkezuttt hubby harga jadi RM600...wakakakaka merasa la duduk 12 jam je pong!
kitorang sampai lexis dh pukul 11.30 malam, memang letih giler2 laaaa...dapat pulak bilik besar siap ada 2 katil queen lagi...2 family muat kalau nk tido bilik ni...bilik kitorang mengadap pantai, sempat jugak la i lepak kat balcony sebelum masuk tido...
ayish kemain gumbira lagi mandi dalam bath tub sampai letih kitorang pujuk dia keluar...dalam bilik ni dia asingkan bath tub, bilik shower & toilet...memang sgt selesa la!
sempat pegi swimming pool & jalan2 sekitar lexis ni sebelum check out & jumpa mil...

ni ayish mandi dgn cousins & tokwan dia kat kawasan apartment...ada acara BBQ & sukaneka utk eratkan ukhwah kekeluargaan...yg gather ni sebenarnya adik beradik sebelah ayah (FIL) yg dtg dari melaka & johor...
haaaa gitulah percutian kitorang yg tak dirancang :p letih & kalut jugak mula2 tu, tapi ending dia happy & enjoyyyy! :)

15 comments:

Aeen said...

bestnya cuti2 malaysia....teringin nk dok kat lexis tu..tp x kesampaian lagi..heheh...

Wawa said...

kenapa aku mcm nampak pembulian pakcik pegang baldi tu? hihi!
weh aku nak naik cruise jugak...^^

Wawa said...

kenapa aku mcm nampak pembulian pakcik pegang baldi tu? hihi!
weh aku nak naik cruise jugak...^^

dhiera said...

betul.
taman rempah tak ramai.
aritu naik river cruise yg dkt bandar tu belakang kapal. mak aih, sampai lenguh kaki berdiri. panjang gila beratur.

masa 1st anniversary tahun lepas, honeymoon dekat grand lexis. alhamdulillah dapat rm4ratus lebih. setiap hari cek asyik rm1k ++. dapat offer rm4ratus lebih terus booked. alhamdulillah

nana, cepat tambah lagi sorang. hihi

mrs kayrul said...

x pernah naik cruise kat melaka lagi..satu hari nanti nak try jugak la

yUmiE AzuRa said...

bile le ktorg ni nk lps g pd..dh lme husben plan xjd2 lg.huhu

Rizziela said...

syoknyer..berangan nak pergi..tp x sampai2 lg

aThidEaN said...

i suka unplanned trip mcm ni...mcm happening je kan..

bestnya bilik u..luas gila..best kalau anak2 dh besar pastu dorg boleh tido katil asing..tp still satu bilik..

Anak Lebah Comot said...

best tue nana...jasmin harap jer umah mil kat melaka..tapi naik cruise pon sekali jer...nak singgah taman rempah tue lagi la kim salam jer la...

ieza ashaari said...

bestnyaaaaa! tgh pujuk husband ni nak g grand lexis, tp mcm mahal sgt2 kan.. huhu..

Fifi Nadhrah said...

bestnye jalan 2 negeri sekali gus.. fifi naik cruise siang.. nanti nak try malam la.. bile balik kampung boleh la singgah..

Allene said...

yang unplaned la yang syok...

Chekgu Azrine said...

Hri tu gi pd tido situ la sis..grand lexis..tp sbb cny harga dia double kan..huhu

Fizah said...

waahhhh...kalah org melaka jalan ni..biasa sgt kan...negeri sendiri takmo pandang pun...nak g jauh jgk..haha..sy la tu anak jati mlk ...;p

Hana Soffelia said...

sakan jalan haaa.. terliur dengan penerangan asam pedas etty tu. hee