Tuesday, August 19, 2014

MALDIVES: Excursions, Water Sport & Activities

entry peram...i pon dah banyak lupa pasal maldives ni..hari tu dh cerita pasal budget & hotel kn? hari ni nak cerita serba sedikit aktiviti kitorang kat sana...kalau dah namanya duk pulau, mestilah banyak aktiviti air kan? dan aktiviti dalam bilik (eh!) hahahahaha :p

macam i cerita sebelum ni, kitorang stay kat bandos island resort, maka segala aktiviti memang tertumpu kat situ je la...

SNORKELING & DIVING
we ols takde lesen diving, buat aktiviti snorkeling pon jadi la kan?? kata duk pulau kan, so snorkeling adalah WAJIB! utk i yg tak reti nak berenang & takut dgn air yg terlalu dalam, kita snorkeling dekat2 pantai pon jadi lah kan? kihkihkih...biar lakiku sorang2 snorkeling dgn mat saleh mana ntah...
baby shark!! sini air jernih sebenarnya, segala jenis ikan & batu karang boleh nampak dgn mata kasar dari permukaan air...ikan pari pon ada...
yg sedihnya kan, kitorang ni bawak la gopro tapi tak tahu pulak kalau nk menyelam dapatkan gambar super lawa kena beli dia punya filter...hampeh tau pic dalam air kitorang semua kelabu asap...huwaaaaaaaaaaaaaaaa! kalau tahu baik sewa je camera sana utk snap pic underwater, brp puluh la sgt...
tengok la beza bila pakai filter dgn tak...benda ni paling kesal kot...hukhuk

ISLAND HOPPING
ini pon aktiviti wajib! boleh la kita tengok pulau2 yg berdekatan...kalau melalui bandos island resort, diorang offer 2 sessions...boleh pegi half day atau full day...kitorang pilih half day je sbb fikirkan waktu tidur ayish, lagipon full day tu 7 jam oiii! ada beberapa buah pulau la yg we ols tak join tapi takpe, sbb lepas tu diorang habiskan byk masa kat "picnic island" utk lunch, sunbathing & mandi2...kalau tanya brp harga, sorry la sbb i betul2 lupa, dah berapa bulan kot!

Himmafushi Island
kat sini adalah antara pulau penempatan penduduk maldives...tahun 2004, pulak ni pon teruk terjejas dgn tsunami...kat sini macam kampung gitu & memang majoriti org islam...
kalau dah sampai maldives, silalah beli fridge magnet kat sini sbb sini paling murah!! boleh dpt serendah USD 1, kadang2 dia bagi free lagi satu...
budak2 ni suka sgt kalau nampak org islam yg lalu...tak putus2 bagi salam...

Thulhagiri Island
pulau ni la yg i cakap water chalet dia paling murah...tapi jujur cakap, pulau ni tak best sbb sangat kecik!! siapa stay kat sini mesti bosan sebab tak dpt nk merayap sgt...hehe...tp kat sini pasir dia sangat2 putih, lawa!
sampai sini ayish tengah tido...kemain lena dia! tengok la tu sampai menganga mulut...

KAYAKING/CANOEING
masa nk buat aktiviti kayak ni kan, kitorang tinggalkan ayish kat child care center...kesian ayish, rupanya sepanjang kitorang takde dia menangis tak henti2...mata bengkak merah masa i pegi amik tu, sedih sgt tengok :( dia ni memang i jaga sendiri, tu tak biasa duduk dgn org...
masa ni i pregnant 3 bulan rasanya, rasa cramp jugak perut buat aktiviti ni...kahkah...pastu buat separuh jalan je sbb i takutttt...sudahnya hubby bengang, dia kayak sorang2...hahaha ampun abang! bini mu berdebar lalu kat ombak tu...
sebab nk tebus rasa bersalah kat ayish, kitorang pon ajak ayish join skali...i macam risau tapi hubby confident je...yg kelakarnya, masa ombak kuat lalu, habis canoe tu terbalik & ayish terpelanting...haha

PARASAILING
teringin weh nak buat!!! tapi tengah mengandung, diornag tak bagi buat...tengok cik abe buat pon jadilahhh...bestnya kalau dpt tengok pulau ni dari atas T_T

GLASS BOTTOM BOAT
haaa utk i dgn ayish, sesuai sgt la aktiviti yg relax mcm ni...duk je dalam bot, boleh tengok kehidupan air yg subhanallah sgt cantik! takde pic sendiri pulak, ada dalam hp hubby, malas nk pi transfer :p harga takyah tanya la, memang lupa segala benda dah pasal harga...nanti kalau jumpa pamphlet yg hilang tu, i update :)


eh sebenarnya banyak sgt aktiviti korang boleh buat kat sini tapi byk yg i tak dpt join sbb kekangan masa & ada sesetengah aktiviti ikut hari, bukan hari2 ada...

1. sunset dolphin cruise: benda ni paling i nak buat & dah plan sebelum sampai maldives lagi...tp malangnya sepanjang kitorang kat sana, tak terkena pulak dolphin cruise ni...yg ni seminggu sekali je ada kat bandos island...hari yg kitorang sampai tu ada...huhu
2. night fishing: yg ni pulak hubby nk sangat join tapi malam yg ada aktiviti ni, kitorang dah flat! terbongkang tido...hahaha...night fishing ni best sbb sekali pakej dgn BBQ
3. windsurfing, water skiing: erkkk mmg idok le nak buat...masing2 tak reti :p
4. fun tube, banana boat: dua2 ni i teringin jugak! almaklumah mengandung tak boleh main...haha...lagipon utk yg ni kena kumpul org, dlm 4 org baru blh main...mostly yg main ni diorang dh ada geng sendiri...huhu


sini boleh tahan la panas dia tapi nasib baik kulit i ni jenis tak sunburn (eh kang cakap besar lepas ni sunburn pulak!)...dari sekolah kalau buat aktiviti laut ni mmg i susah nk hitam...hihi...tapi hubby sampai hari ni sunburn tak hilang2 lagi...haha...dah berapa bulan bang oi????

yg penting i mmg suka pulau...pulau boleh buat tenang & sesuai sgt la kalau nk honeymoon & rehat2 :)
ok bye.


RELATED POST:
1. Budget & Tips
2. Transit & Villa

9 comments:

DYatie said...

Ayish terpelanting tu cmner? Ok x dia? Haha. Yatie xpernah lg buat betul2 aktiviti air. Takut kot wpun org tepi laut. Haha.

cik hani said...

saya penakut bab aktiviti i..
penakut tapi suka try. pastu mula terjerit jerit

Fajelina said...

Bestnya maldives.tgk nana update rasa mcm p sana jugak

::Cik Azie:: said...

best la nana... maldives mmg dh lama dlm wishlist i.. insyaallah one day.. klau ada rezeki sampai la i kesana...

Chekgu Azrine said...

semua best
alahai..mmg idokle nak sampai sini..uhuk

Anonymous said...

assalamualaikum nana,
I really like your blog. it's genuine yours. paling best bila nak info yang berguna, pasal resipi ringkas, diy rumah. paling suka tips and budget melancong, sebab u bgtahu betul2 kos dia tanpa selindung. and of course I read I without prejudice. keep it up nana...

p/s: mesin jahit brothers tak update full lagi... and to my surprise, I bought one here, after reading your blog. :)

umi azrini-bahrain.

Fifi Nadhrah said...

fifi pon suke pulau.. suke laut.. tapi mampu dalam malaysia je.. harap dapat g Maldive macam nana..

ayish terpelanting? tinggi x?

Shakina Farhan said...

tergelak baca pasal ayish terpelanting tu.. hahaha..teringat plak main banana boat dl..

athi FATHIYAH said...

risau plak dgr ayish terpelanting tu