Monday, January 27, 2014

Resepi: Churros (Kuih Belimbing)

hai...churros ni macam dah jadi trend pulak sekarang ni kan? kuih ni antara fav i tau, dulu masa kecik2 umi selalu buatkan utk bawak bekal kat sekolah...sedap & mudah sgt cara nak buat dia...jom i share cara2 nak buat...mudah & senang & simple sangat lah resepi churros ni, petik jari pon boleh buat :p
awww siap ada love shape churros tu...bak kata umi i kan, i ni tak dapat dipisahkan dgn bentuk hati...buat apa2 mesti nak ada love (jiwangkan saya ni?)~ erkkk ada kaitan ke? ok2 jom tengok cara nak buat macam mana..

Bahan-Bahan:
1. satu suku cawan tepung gandum
2. satu sudu besar butter/marjerin/minyak masak
3. satu cawan air
4. satu sudu besar gula
5. setengah sudu kecil garam
6. setengah sudu kecil asen vanilla (optional, takde pon takpe)
7. sebiji telur

8. nozzle muncung bintang
9. piping bag

Cara-Cara:
1. didihkan air..masukkan butter, gula dan garam sehingga sebati (pastikan api sederhana)
2. perlahankan api..masukkan tepung secara tabur/ayak supaya tepung tak berketul...kacau laju2 sehingga rata & tutup api..tapi tak perlu pelik la kalau nmpk mula2 tu berterabur mcm crumbs
3. pukul telur dahulu...masukkan telur & asen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati (i uli pakai tangan je senang)
4. masukkan adunan dalam piping bag
5. buat bentuk stick (atau apa2 bentuk yg korang suka la) atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je atas pinggan)
6. masukkan minyak dalam kuali, goreng secara "deep fry"..api tak boleh besar tau...bila dah nampak churros tu kekuningan, cepat2 angkat...kang terlebih masak tak sedap pulak
7. dah siap boleh gaulkan churros dgn gula halus...takpon boleh makan dgn coklat/nutella/caramel/cinnamon...i mkn dgn gula & i sediakan caramel sauce...

Cara Buat Caramel:
masak susu pekat dgn whipping cream sehingga warna bertukar keperangan

ayish & hubby sukaaaaa....hubby siap cakap lagi knp buat sikit sgt...LOL!

Tuesday, January 21, 2014

Review: Kinetic Sand

selamat hari selasa :) 

hari ni nak buat review sikit, salah satu education toys/ learning tools utk ayish iaitu Kinetic Sand (keluaran WABA Fun)...selama ni duk baca pasal kebaikan/kelebihan dia je, sekarang dah ada depan mata barulah boleh cerita kan?

Kebaikan:
1. boleh merangsang motor-skill anak2...alahhh kalau rajin pegi je bawak anak main pasir kat pantai hari2...hihi
2. melatih anak2 supaya lebih kretif sbb kinetic sand ni dia mudah dibentuk & boleh potong2...i yg tua ni pon ralit main tau...haha
3. gluten free- apa yg i faham, gluten free ni bebas kandungan protein kanji yg mana kita tahu gluten ni boleh buat badan gatal2, mata berair, ruam & cirit-birit utk sesetengah org...maksunya selamat la utk anak2 kita
4. tak kering- pasir ni sentiasa lembap tau & melekat2
5. merangsang deria anak2- maksudnya bila anak2 main pasir ni, dia akan gunakan semua deria dia termasuklah mulut...org ckp kinetic sand ni selamat kalau termasuk dlm mulut pon (tapi jgn la pulak sengaja bagi dia kunyah kan hahaha)

Keburukan:
1. diorang ni ckp tak bersepah kan? tapi sebenarnya pasir ni bersepah gak...jenuh gak i nak kutip balik...rasanya makin lama main mesti makin habis pasir ni...hahaha
2. melekat kat tangan...susah jugak nak tanggalkan, kena sabun baru boleh hilang, tak macam pasir pantai yg biasa...

apa2 pon kelebihan mengatasi kekurangan kan? kekurangan tu banyak part bersepah je la, mak2 ni memang kena gigih la bersihkan balik lepas anak main...abah i cukup marah kalau bawak pasir ni kat rumah dia, dia ckp habis berpasir satu rumah...hahahaha

i beli 1 kg je pon, harga RM90...wuuuu terasa gak la mahalnya utk pasir cmni...hubby cakap kutip je pasir kat pantai cherating tu...LOL

mula2 pakai tray bunga2 ni je...sian kan? dah la kecik...haha
suka tau budak ni main pasir...yg tak tahan bila dia ramas & baling2...huwaaaaaa sabo je la
sudahnya i pegi kedai plastik beli tray kuning ni...tray ni org pakai bubuh kuih2 tu...baru nampak proper sikit kn?
ayish ni kan, selagi dia tak puas main janganlah duk kacau2 dia...mau mengamuk & menangis...kadang2 nk buat kerja rumah, i biarkan dia main kinetic sand ni sorang2...suka sgt la dia duk potong2 pasir tu..
tengoklah betapa comotnya sampai kat kepala pasir tu...kat baju xyah nak cakap laaa!

Thursday, January 16, 2014

Decor: Ruang Keluarga

koranggggggg! sedihnya lahai dgn tenet ni, payah beno nak update blog...i baca tau blog korang, siap2 tulis comment sekali tiba2 nk publish line takde...stressss mak!!! banyak kali pulak tu jadi gitu sobsob :(

mula2 ingt nk review pasal kinetic sand yg i belikan utk ayish tp pic pulak tak dpt nak transfer...so hari ni entry pasal rumah lagi, nak tunjuk decoration kat family hall...sebelum ni i dah pernah review kan cuma i ada buat penambah baikan utk ruang keluarga kat tingkat atas ni...

tadaaaaaa...inilah dia ruang keluarga yg dapat suntikan baru...hihi
 tanpa pengcahayaan lampu kuning...
dengan pengcahayaan lampu kuning...

kalau ikutkan plan asal, i nak bagi sentuhan "union jack" concept utk ruang ni tapi dpt tentangan hebat dari kwn rapat & keluarga sbb katanya bendera union jack tu kan sejarah terbentuknya corak tu adalah kombinasi 2 jenis salib...hurmmm i pon rasa tak syok bila ada yg tegur walaupon niat i lain...takpe la, i amik mana yg baik & i cuba apply warna union jack tu je- merah+biru
kusyen kat sofa pon i ganti dgn yg baru..amboiii still ada bendera british tu, macam biasa la i beli kat SSF (dah boleh jadi duta SSf ni sbb rumah ni byk barang SSF hahahaha) i pilih warna yg sedondon utk ruang ni...
hiasa atas meja yg simple...i letak lilin & arca bentuk siput (macam siput sedut kn?)..arca tu i beli kat SSF yg sebenarnya penutup balang kaca...tapi balang tu i hiaskan dgn benda lain utk letak atas coffee table kat living room, nnti la i reveal k...
haaaa ni rupa asal meja tu sebenarnya...gigih ku spray biru merah nak kasi matching punya pasal...meja ni my mom punya, dah bertahun2 i tengok meja ni dlm stor, baik i amik kan? hihi

i gantikan dgn lampu bentuk eiffel tower ni kat satu sudut...lampu ni beli kat SSF jugekkkk...kalau korang perasan, side lamp sebelum ni saiz dia kecik so tak sesuai sangat, maka dah selamat lampu tu i simpan dalam stor :p 
rak buku laiva dari ikea ni i sengetkan sikit & kemaskan hiasan atasnya...rasa better dari sebelum ni kot? hehe...

i taktau la konsep apa utk family hall ni...nak kata chic tak chic pon, nak ata funky tak funky pon, nak kata english style macam jauh sgt je....byk mix & match je kot, cuma i tetapkan nak bold dgn red + dark blue....sini kitorang banyak lepak utk membaca je sebab tv kat tingkat bawah...

jom tengok perbezaan sebelum & selepas:
SEBELUM

SELEPAS

Wednesday, January 8, 2014

Dekorasi: Panel Kayu Pada Dinding

kembali bercerita pasal idea decor...dah jadi mak2 ni memang suka sangat la berangan pasal rumah, suka sangat la nak hias rumah sendiri cantik2 (eh tapi masa anak dara pon dah camtu hihi)...nak deco ni bukan petik jari je terus dapat, kadang2 ada kekangan bajet jadi kena buat step by step gituuu...

alhamdulillah wall wood panel yg ditunggu-tunggu selama 6 bulan akhirnya berjaya jugak siap pasang semalam! setengah tahun oiii bersabar, kadang2 tak faham knp lambat sgt siap...oh ye, i buat sekali dengan kitchen cabinet...bila fikir balik, semua ni ada hikmah sbb baru2 ni kan rumah i banjir...lepas ni kalau banjir lagi i taktau nak kata apa la, confirm wood panel tu akan kembang sbb plywood je kot..redha je la kan kalau ditakdirkan semua ni rosak nanti :'(
ni lah hasil setengah tahun tunggu dengan pelbagai drama...hampir meroyan oiii! ingatkan kena tipu hidup2 dah...syukur segala impian tercapai, segala yg dirancang menjadi, segala idea yg terbuku dapat ditafsirkan, segala penantian amat berbaloi *ewahhh ayat nak kalahkan A Samad Said*
lebar ruang yg pasang panel kayu tu 19 kaki...tinggi panel kayu tu 16 inci rasanya (eh mcm tak logik je 16 inci, nanti i ukur balik)...rasa happy tengok rumah sendiri, sangat cosy & rasa macam duk kat oversea lak...haha...eh ada org tanya wood panel tu yg mana? yg kayu warna putih tu sayanggg :)
pandangan dari tepi dekat dining room...nampak ala-ala konsep inggeris moden kan? kos utk panel kayu ni RM 1k (harap2 takde pihak yg salah tafsir bila i share harga ni), kayu dia mcm i cakap tadi hanyalah plywood...haaa siapa yg rajin tu boleh buat sendiri kot...beli je plywood, mintak laki hang paku & buh silikon kat dinding tu...kedai kayu byk je jual frame/rangka kayu yg bercorak tu...ntah2 brp sen la sgt kos kan? tapi dah katanya malassss, maka upah org je la :p
ni area yg i letak hiasan so called "SSF corner"...maintenance? i rasa tak susah pon nak jaga, kalau debu lap je dgn kain biasa...kalau kotor cat je la balik :p one day kalau nk tukar konsep, rasa mcm nak cat warna turquoise je wood panel tu...takpon combine turquoise dgn yellow sikit utk frame...tengokkk dah jauh tu berangan!
ramai dah tahu i duk kemaman kn? i buat kitchen cabinet & wood panel ni dgn kontraktor dari kuala terengganu...hurmmm sbb 6 bulan baru siap, maka i takmo la suggest dia...boley gitu? hahaha...dari segi kekemasan jujur i cakap tak brp kemas, dekat setiap joint boleh nampak ada kesan tak rata sikit...tapi org ni baik, tu tak sampai hati nak komen lebih2 ;)

tu je la kot nak share...kitchen cabinet impian tu nanti i story bila dah siap kemas & deco semua...sekarang ni mood malas2 lagi & penat nak kemas byk sgt set pinggan hadiah kawin hari tu...

hurmmm cuma nk luahkan kat sini...i takde la happy sangat mcm kera dapat bunga tu bila fikirkan nasib rumah ni kalau banjir lagi tahun ni...yela, kalau ikutkn masa hubby beli rumah ni bukanlah di kawasan banjir tp kuasa Allah siapa yg tahu kn? makin hari makin banyak i tengok rumah naik kat kawasan ni & air longkang pon bertakung sbb takde saliran yg betol...dalam kepala i ni duk bayang dah panel kayu ni kembang camne rupa...apa2 pon doakan yg baik2 je utk i k...harap2 semangat i utk deco terus ada...dah kata nak kalahkan eric leong kan? haha

Tuesday, January 7, 2014

Yoyo Car Untuk Ayish

hari ni nak buat entry pendek je *ye la tu*, nak cerita pasal yoyo car ayish (tp kitorang duk panggil basikal)...al kisahnya ada 3 org anak jiran duk main yoyo car ni depan rumah lepas tu ayish beria tengok sambil mulut tu cakap "nak beskal"...

i pon cerita kat hubby yg ayish excited nak main 'basikal' dgn budak2 tu, masa tu hubby tak balik lagi...hubby ckp dia memang dah lama aim nak belikan utk ayish...tapi i pulak cakap membazir! hahaha
tuptup masa hubby balik baru2 ni, dia belikan...hubby ni kalau dia balik je memang suka sgt la bawak ayish keluar jalan2, i tinggal kat rumah sorang2 sbb time ni la nk settlekan apa yg patut...kalau si teruna tu ada, memang tak dapat buat kerja la selagi dia tak tido..

satu petang i ajak hubby keluar cari goreng pisang rasanya, ayish i pangku kat depan bising "mama, beskal beskal"...i pon balas "tu lori la" sambil tunjuk kat arah lori yg lalu...dia tak henti2 sebut "beskal ayish, beskal ayish" sambil tunjuk kat seat belakang...i pon dah rasa penat nak layan dia cakap, i pusing belakang tengok ada yoyo car tu! patut la ayish duk bising nk bgtau...cisss papanya yg tengah drive senyap je kan!! takot bini marah kot? hahaha...
sampai rumah terus test yoyo car ni...i ni jakun sikit, ingatkan benda ni kena tolak pakai kaki, hubby dah gelakkan...rupanya takyah guna kaki pon, hanya pusing2 stirring tu dia akan gerak sendiri...tp kena ada skill okey nak ke depan, belakang & pusing...i yg tua ni pulak jakun duk main! haha

harga rm60 je rasanya...berbaloi jugak beli sbb boleh test skill kita cmne, boleh asah skill ayish sbb nak control yoyo car ni kena ada cara tertentu & sedikit sebanyak uji minda dia...sampai hari ni, ayish dah pandai sikit2 nak control yoyo car ni...dia dah pandai letak kaki kat tempat sepatutnya & pusing2 handle tu...dia pon nampak enjoy je & tiap petang mesti nak main...

Sunday, January 5, 2014

Kasi Bungkus Satu!!

salam...geramnya internet kat kawasan rumah baru ni, langsung takde coverage :( nak online kena pegi rumah umi pulak...adoyaiii

entry wajib setiap kali masuk tahun baru...kita imbas kembali segala suka duka yg berlaku sepanjang 2013, wrap semuanya...bungkus ketat2 setiap kenangan tu semoga menjadi sesuatu yg indah untuk dikenang & pengalaman yg mematangkan...

mulakan dgn yg DUKA dulu lah...
awal tahun 2013 dikejutakn dgn ayish kena sawan...masa tu hubby takde, memang kalut la i, siap nangis lagi tengok ayish macam org nazak masa tu...sebulan lepas tu, dia sawan lagi sekali...masa tu rasa macam i ni seorang mama yg teruk, yg tak reti jaga anak...rasa sedih sangat2 bila tengok ayish kena amik darah, terlantar kat hospital brp hari :(
pic sehari sebelum ayish kena sawan...elok je dia masa ni, ceria je masa nak amik gamba passport...pengalaman ayish kena fit ni betol2 buat i jadi fobia bila anak demam seikit...serikkkkk

akhir tahun 2013 pulak dikejutkan dengan banjir teruk di kemaman...macam yg i pernah cerita, rumah umi & office sangat teruk kena...takpe, memang kitorang redha je..


hurmm apa lagi ek yg tak best? macam banyak yg GEMBIRA je utk tahun 2013...

2013 ada tiga wedding kat rumah parents...giler kan? bulan 1 adik no.3 tu kawin...bulan 4 pulak makcik i yg jaga kitorang adik beradik sejak lahir lagi, kawin & bertemu jodoh pada usia lewat 40an, masih anak dara uols & memang dah lama menetap dgn kitorang...bulan 11 pulak makcik i yg berusia 50an ikut jejak, pon kawin, dia ni stay dgn kitorang masa i darjah 3...masa bulan 11 tu sekali dgn majlis aqiqah baby shakeela...tahun yg penat giler dgn kenduri!!
wedding adik...sibling
ni makmah yg kawin bulan 4...i memang rapat dgn dia...tp tak jumpa lak pic kawin dia sbb masa dia kawen tu i baru balik dari hospital, kes ayish tu la...
mak ngah & hantaran dia...i yg tolong gubah hantaran tu sikit2...hihi...yg mak mah 100% i gubah hantaran tu tapi tak jumpa folder gambo mak mah kawin! sobsob
dgn baby shakeela

2013 dengan rasminya kitorang duduk sendiri kat rumah baru...alhamdulillah tercapai jugak hajat nak hidup berdikari walaupon dekat je dgn rumah umi :p nanti ada masa nak share betapa bezanya hidup tak sebumbung dgn parents...syukur sangat2 sebab segala perabut, kelengkapan rumah & dekorasi berjaya jugak siap sikit2 sebelum masuk...faham2 je la hidup menumpag mana pernah beli barang2 rumah lagi...tq hubby utk semua ni!

2013 kiranya tahun berjalan...banyak jugak kitorang travel ke luar negara walaupon dekat je...bulan 4 pegi korea, bulan 5 pegi bali & bulan 12 pegi singapore...
 korea
 bali
singapore...entry pasal ni takde lagi sbb baru pegi kn :p

2013 jugak ada cuti2 malaysia yg lebih kepada utk ayish...bawak dia pegi zoo negara & puteri harbour theme park...
zoo
puteri harbour theme park...pon xde review lagi...tunggu yerr :)

2013 sambut birthday ayish satu tahun...dengan bee theme yg mama DIY semuanya...tahun ni? planning tu dah ada, tema pon dah pilih & dh siap print label...cuma kalau tak jadi buat tu maknanya ada la masalah tertentu yg tak dapat nak dielakkan...

*************************************
okey nak cerita utk tahun 2014 pulak...bermakna i akan masuk umur 27 tahun & hubby 29 tahun......takde specific azam sebab semuanya nak lebih baik, ada peningkatan dari segala aspek & segalanya yg positif la senang cerita...

cuma, kitorang laki bini ingat nak kurangkan belanja/enjoy utk tahun ni...nak fokus pada "sesuatu" yg lebih menjamin masa depan, sebagai persediaan hari tua & utk anak2 jugak, insyaAllah...jadi target 2014 adalah SAVING, banyakkan INVESTMENT & tambahkan lagi PROPERTIES...tak lupa jugak nak banyakkan SAHAM akhirat, insyaAllah...utk hal2 remeh mcm shopping besar, gadget, dekorasi rumah, travel & entertainment tu takde plan lagi utk tahun ni...

apa2 pon kita hanya mampu merancang, selebihnya serahkan pada Allah je semoga segala perancangan tu dapat dicapai...umur makin meningkat, kena banyak kesedaran utk lebih bijak menguruskan rumahtangga, masa & kewangan...sibuk2 hal dunia, esok2 belum tentu kita ni hidup ke tak lagi :)