Tuesday, April 29, 2014

TIPS: Cerai Susu Badan (Wean Off)

hai...esok genap usia anakku 2 tahun...huwaaaaaaaaaaa nak nangis!! cepat sangat masa berlalu kan? bila nak dekat 2 tahun, i cuba wean-off ayish...cerita ni bermula 2 minggu lepas (kot?)

i cakap dgn diri sendiri "dah tiba masanya ni utk ceraikan susu badan"...lagipon i rasa badan letih sangat2, i perlukan tido yg berkualiti yg tak diganggu malam2 (ewahhh kang ada yg baca ni salah paham) kahkah

hari pertama i mulakan waktu malam, masa ayish nak tido...lepas bagi botol, i tepuk2 bontot dia supaya tido...ayish macam mamai2, tapi lepas tu dia cakap "mama, nak t*t*k"...i buat dekkk je lepas tu dia meraung sekuat hati...i sakit telinga dengar, i pon sumbat je lah! hahaha...ok 1st day haruslah fail kan?

hari2 seterusnya...dia dah boleh tido sendiri without breastfeeding...TAPI, bila malam2 tengah tido dia bangun mintak...i yg jenis sayangkan tido ni, sumbat lagi! dah nampak kat situ puncanya i kan? i yg tak kuat semangat & malas...masa ni ayish dah boleh tak minum susu badan waktu siang...benda ni berlarutan sampai seminggu...

lepas seminggu, i nekad nekad nekad!! i mesti kuat semangat kalau betul2 nak anak tu cerai susu...kalau tak buat sekarang, bila lagi kan? masa malam2 ayish mintak nk menyusu, hubby tolong bancuhkan susu botol...mcm yg i agak, mestilah ayish taknak...meraung dia sekuat hati, lepas tu hubby dukung bawak keluar bilik, pujuk2 kat ruang tamu baru dia nk botol...

malam seterusnya mcm biasa dia mintak tapi i dalam mamai2 tu sempat cakap "tak payah la susu dgn mama, t*t*k mama darah la, eeee geli tau"...dia mcm terdiam lepas tu jawab "sian mama sakit darah"...i tepuk2 dia pon tido...yeayyy berjaya!! 

ada satu masa tu ayish meronta nak susu dgn i, tiba2 keluar iklan kat tv macam kat atas tu...i pon cakap "eh baiknya adik tu, mama dia bagi minum susu botol, dia tak nangis pon"....dan2 tu jugak ayish stop menangis & laju2 i bancuhkan susu...dalam hati ni cakap senang jugak rupanya nak saiko ayish...

tapi ada satu malam tu betul2 buat i sedih...ayish bangun malam sambil raba2 i, dgn mata pejam dia cakap "nak milk, nak milk, mama darah, mama sakit"...i dengar dia sedu2 tahan menangis dgn mulut mencebik (mata masih pejam), macam tengah tahan nak sesuatu tapi tak dapat...masa tu tiba2 air mata i mengalir laju, dalam hati cakap ya Allah kesiannya anak aku...i peluk ayish kuat2 & i nekad i tak boleh kalah dgn perasaan ni!!

i yakin, ramai yg nak wean off mesti faham apa yg i rasa...selama ni anak melekap je dgn kita, tiba2 kita nak pisahkan...berat sgt hati ni, tapi mesti buat jugak!

ni TIPS i:
1. kalau anak mintak susu badan, cuba delay sikit...contohnya ajak dia tengok tv ke, ajak dia melukis ke, bagi dia leka skejap...masa tgh leka tu, bancuh susu dalam botol, terus bg dia...mcm ayish, bila dah lapar sgt & lupa permintaan sendiri nak nenen, bila sua botol je mmg dia akan minum.
2. kalau dah besar mcm ayish tu, bagitau sebab2 tak boleh dah nak susu badan...budak besar camtu senang faham...mula2 nangis tu biasa la kan?
3. pastikan sebelum tidur tu anak dah kenyang supaya dia tak bangun menyusu malam2...
4. mintak tolong suami bangun malam bancuhkan susu...suami pon kena mainkan peranan pujuk anak & buat anak faham..
5. parents kena kuat semangat & jiwa kental!! kena ada positive mind set...cakap dgn diri "yakin boleh!"

ok itu tips i...ini pulak tips2 yg i baca selama ni tapi tak apply kat diri sendiri pon...ada yg suruh bubuh sos kat nipple, letak asam jawa, letak garam, letak daun apa yg pahit tu? *lupa pulak nama daun tu* eh banyak la lagi benda yg pelik2...hahaha...tp alhamdulillah i gunakan kaedah psychology je utk ayish...

lepas je wean-off, kemain lena lagi ayish tido...dah macam tido mati gayanya, langsung tak mintak susu...i rasa bkn faktor kenyang ke apa sbb rutin i bagi susu botol tu sama je macam rutin masa i braestfeed...kiranya masa breastfeed tu lagilah byk dia menyusu (lepas botol mintak susu badan pulak)...so i anggap ayish ni menetek sbb benda tu boleh buat dia mamai & tertido...mcm dah addicted gitu...i rasa faktor tido lena tu sbb dia dah besar...sekarang ni takyah buai pon dh boleh tido berjam2 atas tilam...

syukur...berjaya jugak i wean off dgn cara yg i rasa agak mudah...macam anak org lain ada yg lagi mudah, bagi susu tepung je terus taknak susu badan...ok itu je nk share :)

Tuesday, April 22, 2014

Decor: Sewing Workstation

hai...ingat lagi tak sebelum ni i ada cerita apa plan/angan2 i utk jadikan sewing workstation impian? alhamdulillah malam tadi siap segala angan2 i...hehe...mcm biasa, thanks hubby utk semua ni sampai peluh2 drill sana sini siap kena kejutkan dari tido lagi sbb bini tak menyabar  hihihihi :p

i ni kan start from zero tak pernah ada mesin jahit, jadi barang2 ni semua i beli dalam masa lebih kurang sebulan je...huwaaaa duit mengalir takyah nak cakap la kan? huhu...nasib baik la i ada hubby yg byk bagi support tak kira la dari segi moral mahupon financial masa i tengah down/rasa malas2...kekekekeke
tadaaaaa inilah dia tempat menjahit ku yg simple2 je...nanti la ada masa baru tambah2 lagi deco...utk mcm ni pon i dah cukup bersyukur sbb selesa sikit nak menjahit...sebelum ni jahit kat meja makan, susah nak maintain kebersihan kat situ...hihi

INFO:
1. desk: MICKE from IKEA
2. wall shelf: BESTA from IKEA
3. chair: SSF
mesin NV950 kesayanganku...insyaAllah kat sini bakal jadi tempat yg i akan habiskan banyak masa...atas meja takde hiasan sarat supaya mudah proses menjahit...ada bunga & pasu kecik je sebagai penyeri...jadi la kan?
susun atur atas wall shelf...i susun ikut keperluan & yg mana mudah nak capai dulu...express i susun ni semalam...hubby siap drill dalam pukul 12.30am, i siap2 sapu & mop dlm 1am, siap semua kerja 4am!! huhu
atas rak i susun hasil jahitan...tak sempat2 lagi nak pos barang customer...i ni dah 4 hari sebenarnya tak menjahit sbb macam tak sihat badan...huhu...harap2 lepas ni nampak workstation je terus bersemangat nk buat kerja! doakan kesihatan i ye
i suka meja micke ni sbb ada rak kat tepi macam ni, boleh susun2 kain...tapikan, ada satu kotak lagi stok kain i, dah tak muat nk susun sini! hahaha...kadang2 beli tak ingat dunia, main beli je tak fikir panjang bila tengok kain cantik sampai tak sedar duit melayang :p
thread holder/thread rack/thread organizing ni pulak i DIY je...plywood tu i cat dgn lebihan cat momento & i guna stencil utk buat corak tu....screw & hook tu pulak hubby yg tolong pasangkan...selain benang, i gantung jugak ribbon & frame utk menyulam...
dalam laci pulak i simpan gunting, cd, pembaris, eh macam2 la lagi alat menjahit yg sentiasa guna...letak dalam laci supaya mudah nk amik masa tengah menjahit...
i beli kerusi lipat ni RM 35 je kat SSF, last unit sbb tu dpt murah...konon nk beli kerusi ikea tapi tak jadilah! hehe

ok jom tengok satu2 apa yg i susun kat rak atas tu:
dalam kotak ni i akan simpan segala kain yg dah siap potong...tunggu masa utk menjahit je... 
dalam bakul putih ni pulak i susun semua kain net...ada 12 warna rasanya...i ni mmg suka membeli, gunanya tak sgt pon! haha 
dalam kotak selekeh ni simpan semua stencils/pattern/pola jahitan...senang nak cari nanti...ada masa ingat nak label semua paten tu... 
dalam balang kaca ni i simpan corak felt kecik2 & ribbon...jar ni i beli kat SSF masa ada sale... 
dalam bakul plastik pink tu i simpan stok riben, jarum, pita pengukur, etc...dalam bekas cylinder tu pulak ada bobbin, button, etc... 
terpaksa simpan stok kain minky kat rak atas sbb rak kat meja tu dah tak muat...huhu

kalau ikutkan angan2 asal i nak buat tema pink+white la kononnya...tapi rasa malas pulak nak cat dinding yg dah sedia ada warna oren ni walaupon cat byk lagi lebih kat rumah ni...tapi mcm sweet jugak kan bila jadi oren+putih+merah jambu ni? hehe

ok itu je nak share dekorasi tempat menjahit i yang tak seberapa...utk siapkan semua tu dalam masa sebulan, i rasa dah ok la tu kan? hehe...semoga dpt bagi manfaat & idea utk korang2 yg nak buat workstation atau mini office :)

Tuesday, April 15, 2014

Decor: Playroom

rasa macam dah lama sangat tak share idea dekorasi kan? hari ni i nak tunjuk playroom ayish...takde yg istimewa pon, i deko biasa2 je sbb si kecik tu bukan tido kat sini pon! hihi...tapi sampai hari ni langsir tak buat2 lagi huahuahuaaaa
i mulakan dgn pandangan dari pintu la...rasa susah nak dapatkan keseluruhan ruang bilik sbb kedudukan macam tu *pasrah*

i pilih gabungan warna biru + kuning utk bilik ayish ni...taktau la kenapa i suka kombinasi warna ni utk budak2, i rasa mcm unisex pon ada kot2 la adik ayish nanti gegirl kan *ehemmm* macam i pernah cerita dlm entry lama2, stripes wall tu i dgn adik2 yg cat sendiri...letih woooo rasa nak patah pinggang panjat tangga...hubby cakap lepas ni takyah dah susah2 cat, beli wallpaper jer (ewahhh abg, hasil tangan sendiri lagi syok tau walaupon rasa nak pengsan buat)

bilik ni i ada bahagikan kepada beberapa ruang/bahagian/sudut; PLAY, READ & CRAFT (yg craft ni tak berapa nak craft pon sebenarnya lalalalalala~)

ini PLAY area...dah nama pon play, haruslah ada macam2 mainankan? tapi perasan tak ayish ni takde mainan sgt?? haa itu jelah mainan yg dia ada pon, sekotak kecik lagi ada kat bawah letak kat ruang tamu...
dia suka sgt main punching bag yg tergantung tu...i dapat idea nak gantung tu sbb nampak ada piping aircond...bilik ni xde aircond, nak potong paip tu takot esok2 nak pakai kan? maka terhasillah tempat bergusti utk ayish...hepppp gusti kat situ je tau, jgn nak gusti budak lain pulak :p

satu lagi sudut i namakan READ sbb kiranya situ adalah ruang belajar, membaca, mengira, etc...buku2 pon i banyak kumpulkan kat sudut ni supaya senang nak capai...
koleksi buku kegemaran ayish...dulu dia ni susah sgt nak pegang buku, sekarang alhamdulillah kadang2 dia yg selak sendiri buku tu mintak kita ajarkan walaupon hanya tengok gambar...
dulu i dah pernah bagitau kan? i pakai palang baby cot utk buat tempat gantung segala aktiviti homeschooling ayish ni...

sepatutnya kat sini i plan nak jadikan sudut CRAFT sbb dalam cabinet trofast yg beli dari ikea tu penuh dgn pensil warna, watercolor, crayon, play dough & hasil "seni" ayish...alohhh seni dia tu conteng2 je! haha

konon2 bawah wall shelf tu nak tampal la hasil tangan ayish...plan dah ada tp nk buat tu kemain malas lagi walaupon bendanya simple je...sudahnya i letak tupper cabinet tu dulu buat sementara waktu...
dalam tupper cabinet ni i letak baju2 ayish...kat tepi ni pulak i gantung penyangkut baju utk gantung baju yg dah goson...hanger kecik entah kat mana hilang masa pindah rumah...

ni atas baby cot...spongebob tu pinjam yg customer order, tak pos2 lagi...aci la ek pinjam utk jadikan prop? kahkahkah
ni banner masa 1st birthday ayish...ingt lagi tak bee theme tu? hehe...sayang nak buang, i gantung kat katil ni...

buai ayish tu menyemak je kan? tp kat situlah dia tido kalau dlm buai...hehe

Monday, April 7, 2014

Bila Nak Tambah Lagi?

dah jadi kebiasaan kan, bila ada anak sorang je orang mula tanya bila nak tambah sorang lagi...sejujurnya i tak sensitif dengan soalan tu, maksudnya i tak kesah kalau org nak tanya, takde la sampai nak emo2 update status kat facebook bila org soal macam tu kekekekekek :p

semua org tahu rezeki tu di tangan Allah...i anggap org2 yg tanya tu mereka hanya 'concern' pasal kita sbb biasanya org rapat je berani tanya...asalkan pertanyaan tu elok & tak melampaui batas, i ok je...mungkin juga soalan tu hanya sekadar topik utk berbual bila kekeringan idea...tengok org lain dah berderet anak pon i tumpang gembira, takde la nak cemburu ke apa...alaaaa atas masing2 la kan?? hehe...

berbalik pada topik...i sebenarnya tak merancang dah, bila2 masa je boleh tambah...kalau ada rezeki tu syukur sangat2, kalau takde lagi pon i rilek je...takde la mcm over excited sgt nak menambah sbb sekarang pon ada ayish sorang masih lagi rasa sibuk nak melayan dia...Allah lebih tahu bila masa yg sesuai kan?

teringin tu memang la ada, nak2 bila tengok kawan2 seangkatan yg ramai menambah...beranak berjemaah ek korang tahun ni!!! tapi selagi belum habis bulan april ni, sempat lagi i nak kejar baby disember,2014 ! kahkah

takpe2, korang beranak nanti tuntut hadiah drp i yer...eh?! jgn lupa doakan i jugak walaupon badan i ni tak turun2 lagi lepas beranakkan ayish...org lain kemain slim jadi hot mama, i ni dah macam apa asyik nak makan je 24 jam...sikit2 masuk dapur masak macam2 & makan! susah jugak jadi org rajin amsak ni...kahkah...kang beranak adik ayish ntah jadi cmne la body i ni (semangat nak kurus tu takde) :p

dgn anak buah (anak adik i no.3), nur shakeela fathiyah...geram budak ni sebab tembam & jerit punya la nyaring mcm budak besar! kalau ikutkan, adik i no.2 tu tak kasi lagi beranak tahun ni sbb nak kasi chance dia dulu kononnya walaupon tak kawin lagi...haha