Wednesday, November 11, 2015

11 Tempat Menarik & Terkenal di PARIS

konon nak buat entry pasal London, tiba2 i rasa nak buat ringkasan sikit antara tempat menarik di PARIS yg boleh dilawati ..tujuan entry ni sebab i sendiri pon selalu search "tempat menarik" kalau nak pegi mana2...semoga bermanfaat utk org yg nak pegi nanti..yg belum pegi tu jgn sedih2 & susah hati, insyaAllah ada rezeki satu hari nanti (berangan setinggi langit, jom la kumpul duit!)...buat masa sekarang apakata tambahkan pengetahuan je melalui bacaan :)

1. Eiffel Tower: utk org macam i yg menghargai senibina unik, eiffel tower ada tarikan tersendiri...kalau dtg paris, menara besi ni wajib kita tengok! perasaan teruja tu susah nak di gambarkan...bukan dtg paris la kalau takde pic kat eiffel tower, gituuuu~


2. Musee du Louvre: kalau jenis sukakan seni, Louvre Museum ni adalah tempat terbaik...kot la nak tengok potret Monalisa yg org duk kata lawa tu kan? kat sini jugak pernah buat penggambaran filem The Da Vinci Code..wajib bergambar kat piramid tu!

 
3. Place de La Concorde: macam dalam entry sebelum ni i dah bagitau kat sini ada obelisk cleopatra needle (dari Ramses II Temple), fountain (pancuran air) & macam2 lagi objek monumen..semua pic ni i snap masa atas HOHO Bus je..

4. Notre Dame Cathedral: i difahamkan notre dame ni adalah gereja "gothic" pertama yg dibina di dunia...i tak masuk pon sbb beratur panjang masa ni & malas ler iols buang masa masuk gereja...hihi..senibina dia lawa & nampak menarik kalau kita tengok dari arah sungai..

5. Champs Elysees: katanya "the most beautiful avenue" kat paris...tapi memang lawa pon nak2 kalau malam! sepanjang jalan sampailah di arc de triomphe, tersusun rapi pokok2 di kiri kanan jalan..kat sini jugak la terdapat butik2 mewah sepanjang jalan...syok shopping sini tapi merasalah sakit kaki sbb panjang sgt jalan dia...

6. Arc of Triumph (Arc de Triomphe): tugu yg dibina utk memperingati para pejuang masa perang Napoleon..bawah tu ada kubur askar2 yg tak dikenali, boleh turun tengok FREE aje..


7. Palais Garnier (Opera House): kalau tengok kiri kanan depan belakang, lawa bangunan ni..kat paris ni banyak patung2 yg separuh bogel, takyah heran ye kalau nampak...kalau korang google kan, dalam opera house ni lawa sgt sebenarnya...kitorang tak masuk sbb nak kejar masa pegi tempat2 yg lagi penting..

8. Seine River: masa kitorang dtg ni tengah musim luruh memang lawa la pemandangan...pokok2 sepanjang sungai ni tengah menguning, ada yg sikit2 dah bertukar jadi warna merah...kalau ikutkan kitorang dpt free ticket utk seine river cruise tapi malas ler nak naik sbb ramai cakap buang masa je...tengok kat tepi masa jalan kaki/naik bas lagi lawa...



9. Petit Palais & Grand Palais: masa naik HOHO Bus, byk kali kitorang lalu sini...petit palais tu maksudnya small palace & grand palais tu big palace...tempat ni adalah muzium & pameran...i tak masuk sini, jenguk2 dari luar je...nampak menarik tang bumbung kaca dia tu...dua2 ni dekat je dgn champs elysees...

10. Galeries Lafayette: ewahhh nak masukkan jugak yg ni kan?? galeries lafayette ni sebenarnya shopping complex...sama mcm champs elysees, kat sini jugak adalah syurga beli-belah barang2 berjenama...boleh pengsan oi masuk sini! rasa nak beli semua benda je...senibina luar & dalam bangunan ni cantik & nampak moden-klasik gitu..


11. Jardin des Tuileries: taman yg terletak antara musee du lourve dgn place de la concorde..taman ni mmg ramai la org lepak...ada kerusi depan fountain, memang tenang & boleh rehatkan minda..

i dah kongsikan 11 tempat menarik di Paris yg sempat i jejak..kalau korang banyak masa, mungkin boleh lawat banyak lagi tempat2 menarik antaranya:
- montmartre
- palace of versailles
- luxembourg park
- moulin rough
- disneyland
- sacre coeur
- the pantheon

2 comments:

Wizana Arbain said...
This comment has been removed by the author.
anez zamri said...

bestnyaaa!update lagi na!na cite la pasal handbag lv tu plsssss..cite suasana kedai dan masa beli tu..hahaha

ok sambung berangan hahaha..
pencen ler baru merasa pergi agaknye ni..kalau larat lagi..hehehehe