Friday, November 20, 2015

Holland/Netherlands: Ke Amsterdam Kita~

nak habiskan cepat2 entry travel ni pastu senang hati sikit nk "cuti" tulis blog selama 6 bulan pon! haha..kali ni dah masuk entry pengalaman bercuti di Holland atau nama lain dia Netherlands atau nama lain lagi Belanda...Amsterdam adalah ibu negara Holland...

ok meh nak cerita sket pasal Holland ni..kalau ikutkan orang sana (org Dutch), nama sebenar negara ni Netherlands tau..habis Holland tu? Holland tu hanya terbahagi kpd North Holland & South Holland yg merangkumi bandar2 besar seperti Amsterdam, Rotterdam & The Hague di dalam Netherlands..kalau tak faham blh tengok sini [LINK] 
pic ni i snap dari tingkap kapal terbang.
apa2 pon i lagi selesa panggil Holland! haha..sebut je holland, mesti ramai tahu negara ni unik! holland terkenal dgn tulip, kincir angin (windmill), ganja (permissive drug laws), terompah kayu (clogs/wooden shoes), terusan (canal), Gouda cheese, red light district, basikal & 70% drp muka buminya adalah di bawah paras laut...terlalu banyak keunikan netherlands ni...Netherlands jugak negara pertaman yg membenarkan perkahwinan sejenis & pelacuran kat sini diiktiraf sebagai pekerjaan profesional *amboiii*

kat sini jugak terkenal dengan sistem rawatan air yg sangat bagus..kata negara ni banyak ditambak kan, ofcoz la kena ada sistem saluran/saliran air yg baik...kat sini kalau sampah2 pon diorg proses dgn baik sbb tanah tak banyak utk korek-tambus..penduduk sini percaya bahawa tak mustahil kalau satu hari nanti netherlands ni akan tenggelam...kebanyakan jalan, rumah & pembangunan memang bawah/rendah drp paras laut...hebat kan? tapi hebat lg ciptaan Allah :)

ok dah faham sikit2 pasal Holland/Netehrlands kan? syok baca pasal negara ni sbb lain drp yg lain..meh nak cerita pengalaman i melancong di Holland/Netherlands pulak..
tapau laduree dulu sebelum berlepas..
flight dari paris ke amsterdam memakan masa lebih kurang 3 jam..masa dlm flight sempat makan kenyang2..KLM best la cuma i perasan steward & stewardess diorang kebanyakannya tua! yg taraf nenek pon ada...kuikui

sampai Amsterdam Schiphol Airport lebih kurang 1.00 pm kalau tak silap...dari airport tu naik teksi ke hotel lebih kurang 15min...sampai je hotel terus masak nasi & rebus telur (hubby sempat beli berries & banana kat kedai berdekatan), makan kenyang2...dh settle semua, siap2 utk keluar..kalau ikutkan itinerary yg i dah buat awal2, petang tu kitorang akan buat aktiviti canal cruise..
lebih kurang 3pm keluar dari hotel...kitorang jalan2 sekitar Dam Square, Amsterdam Central & last skali akan naik cruise...jarak hotel dgn dam square tu 1 minit je jalan kaki uols! dgn amsterdam central lak lebih kurang 7min jln kaki..dekat semuanya! kalau nak tahu, amsterdam ni kecik je & tempat tarikan pon tak jauh sangat..ok meh nk cerita satu2 dulu..

DAM SQUARE
kat dam square ni terletaknya royal palace amsterdam...nampak tak bangunan ada kubah biru belakang merry go round tu? itulah palace nya...kat sini memang banyak la shopping complex & kedai2 branded sepanjang jalan..semuanya within walking distance je...
De B'jenkorf ni the biggest department store kat amsterdam..boleh la shopping kat sini kalau nak..
Dam ni adalah bandar di amsterdam..dah kata bandar, ofcoz la sini meriah & macam2 ada..kat dataran Dam ni selalu sgt la ada majlis/function..masa i dtg ni ada funfair, meriah sgt! sbb masa ni diorg tgh sambut Halloween, memang macam2 aktiviti la ada...ayish mengamok nak naik roller coaster halloween yg lalu rumah hantu...kitorang malas nak layan sbb ramai sgt org beratur..
ni pemandangan dari tingkat atas kat Madame Tassauds..meriah okey kat bawah tu! pukul 1am baru senyap...
kalau ikutkan kitorang boleh masuk body world ni free je pakai holland pass tapi x sempat dah..lagipon body world ni tak menarik pong!
dah sampai sini harus makan stroop waffle, big fries & cheese! semua ni sedap2 oi..sebab tu travel kali ni berat i tak turun ye :p hari2 duk pulun makan bendalah tu...

AMSTERDAM CENTRAL
baju ni buat i nampak mcm pregnant pulak kan? sbb tang poket dia tu jadi ke depan bila kita masukkan tangan...haha kena terangkan ni! kang ada fikir tu perut i padahal bentuk baju semata2...lalalala *nak jugak bagitau*

ok pic kat atas tu adalah stesen kereta api yg terbesar di Netherlands & stesen penghubung utama negara..bangunan ni panjang & senibina cantik...
kitorang tak masuk pon amsterdam central tu sebab tak guna pon train kat sana...hehe

CANAL CRUISE
wajib! wajib! wajib buat aktiviti canal cruise ni kalau dah ada kat Holland..sepanjang dalam kapal, korang akan dihidangkan dgn pemandangan rumah2 yg unik & pokok2 yg tersusun cantik di sepanjang terusan...korang jugak akan nampak rumah2 yg dibina dalam bot..i difahamkan "rumah bot" ni kalau nak bina kena minta lesen & org2 kaya je yg ada rumah bot ni...ada jugak yg buat "hotel bot"...
moh ler kita naik bot...berdekatan dgn amsterdam central tu mmg banyak la syarikat2 yg buat perkhidmatan canal cruise, pilih je yg mana korang suka...kitorang guna holland pass utk cruise ni so kena pegi under company diorg la...i pilih yg 2 jam utk pusing2...
oh ini perkara biasa kalau ada anak...jakun kemain dia! haha...travel dgn sorang toddler & sorang baby ni boleh tahan mencabar jugak..nanti la cerita kalau ada masa...
sebenarnya masa ni kan i mengantuk sangat2! sebab kat paris i tido 3 jam je packing luggage, sampai amsterdam tak sempat nak rehat terus keluar...fikir kita susah sampai je, jadi takleh buang masa! gagahkan jugak walaupon muka nampak sgt penatnya tu...
katanya inilah pandangan paling cantik nak2 kalau tengah malam...sebab nampak semua terowong sepanjang terusan ni...
rumah, hotel dan kedai2 pandangan dari dalam bott...rekaan rumah unik & tersendiri ada macam2 cerita kat setiap rumah tu...kalau korang nak tahu, kebanyakan rumah2 yg design camtu dah beratus tahun dibina! lamaaaaaaa
kalau tengok depan mata, bangunan yg dibina tepi terusan ni senget2 tau..ada yg sangat ketara senget tu sampai diorang gelar "dancing house"..
selesai canal cruise dh maghrib..takpe, kita jamak je solat...baru berapa jam kitorang kat amsterdam dah jatuh cinta dgn bandar kecil ni tau! sini happening & rasa selamat walaupon balik malam dlm keadaan sesak...kat sini mmg ramai giler org, jalan pon daah sentuh2 bahu, maybe cuti halloween kot?
****************************************
alang-alang tu i nak cerita sikit pasal Holland Pass yg kitoang beli..pendapat i la, kalau lama kat holland (maksudnya bukan dtg semata2 nak snap pic lepas tu blah), memang wajib beli sbb boleh jimat banyak..sebenarnya korang boleh jugak beli I Amsterdam Card tapi i lebih tertarik dgn Holland Pass...kalau jenis suka museum, boleh beli Museumkart..untuk perbandingan antara holland pass VS i amsterdam card, korang search sendiri la ye...ni i nak cerita kelebihan Amsterdam Holland Pass [LINK]

uols boleh click link i bagi tu utk tahu lebih lanjut..
i beli SMALL tu & cukup sangat2 untuk 4 hari 3 malam di amsterdam..kelebihan beli pass ni murah sket berbanding beli satu2 tiket, boleh dpt fast lane & boleh dpt discount utk banyak lagi tempat yg kita nak lawat...utk Gold Ticket i guna masa masuk Madame Tussauds, Silver guna utk transportation/basikal, city sightseeing tu blh pilih samada naik hop on hop off bus atau canal cruise tapi kitorang pilih canal cruise 2 jam...kat amsterdam ni takyah la naik HOHO Bus sbb kawasan kecik je, boleh jalan kaki menikmati pemandangan indah...

ini list berdasarkan kawasan & gold/silver pass...korang boleh pilih ikut list ni nak guna yg mana & dekat mana...plan la betul2 ikut kategori ye supaya semuanya berbaloi...cadangan i, kalau korang takde amik day trip to zaanse schans/volendam/marken, elok la korang guna silver ticket tu utk naik bas ke sana...

utk yg pegi musim bunga (april-mei), WAJIB pegi ladang tulip (Keukenhof Garden)..pon boleh pakai pass ni utk transport...aduhhh bila fikir pasal keukenhof ni kan, buat i rasa nk pegi holland lagi tau!! mak mertua i punya la semangat ajak pegi lagi bulan april 2017 utk pegi ladang tulip ni! hahaha kita iyekan aje dulu, ada rezeki blh pegi lagi, takde rezeki duk diam2 je :p
pic google..idok ke rasa nak nagis tgk pic ni?? tempting oii!

haa satu lagi, kalau korg beli pass ni boleh dpt one way FREE airport transfer..kalau tak guna, korg blh redeem balik ye mcm kitorg..

next entry tak sabar nak cerita pasal Zaanse Scans, Volendam & Marken iaitu countryside di holland..pemandangan kat sana cukup buat i tenang! nanti i kongsikan pengalaman dlm next entry ye..


RELATED POST:
1. Budget/Kos & Tips Jimat di Eropah
2. Paris: Itinerary Day 1
3. Paris: Shopping di Galeries Lafayette & Champs Elysees
4. 11 Tempat Menarik di Paris
5. Pengalaman Bercuti di London
6. Holland/Netherlands: Tour Zaanse Schans, Volendam, Marken, Delft, The Hague
7. Tips Bawa Anak Kecil Travel Jauh
8. Berbasikal Di Amsterdam & Melawat Kawasan Sekitar

4 comments:

anis abdullah said...

Bestnya Holland. Bunga2 tu cantik sangatla.

anis abdullah said...

Bestnya Holland. Bunga2 tu cantik sangatla.

nurin khairi said...

waktu nurin pegi holland tahun lepas, nurin tanya dgn driver yang bawak kami, "so do you call this country netherlands?". Nurin tanya tu sebab dia asyik cakap 'Holland' sedangkan dia refer to the whole country. Dia kata, "no no..it is Holland". Tapi sebenarnya Holland tu sebahagian kecik je kan. Mungkin diorang rasa nama Holland tu lagi sedap kot.

Kagum bila tengok memang air dia lagi tinggi dari tanah dia. Waktu driver tu bawak kami kat highway, boleh nampak dari jauh level air dia lebih tinggi. Nurin tak naik pun cruise tu dan tak amik pun Holland Pass, macam best je cruise tu.

Tak sempat nak upload entry Holland nurin. Yang ni je ada, waktu kami melawat ladang Friesland Campina : http://nurinkhairi.blogspot.my/2015/02/grand-prize-contest-dutch-lady-ke.html

IslamicTraveller said...

Gambar2 pemandangan yang dipaparkan memang sangat2 cantik...