Wednesday, November 25, 2015

Holland/Netherlands: Tour Zaanse Schans, Volendam, Marken, Delft & The Hague

kemain panjang lagi tajuk kan? hehe...entry ni nak share itinerary day 2 kitorang kat holland...tempat2 tu semua kitorang cover dalam masa satu hari dari jam 8am sehinggalah 8pm...12 jam uols! tapi 12 jam tu tak terasa lama langsung tau & segalanya sgt punctual..bagus tour guide ni! highly recommended...nanti i cerita lebih lanjut utk tour ni...
tempat berkumpul..faiq sedap lagi tido masa ni..inilah pemandangan subuh di amsterdam..belakang tu terusan, rumah2, kedai & hotel..

Zaanse Schans, Volendam & Marken adalah countryside di holland..tiga2 tempat yg i sebut ni WAJIB datang kalau dh sampai holland...rugi sgt2 kalau dah jauh sampai tapi tak singgah sini..pemandangan kat semua tempat tu langsung tak mengecewakan & confirm berbaloi la pegi! cuma nak bagitau ni, holland ni kerap sgt2 hujan so prepare la baju hujan & payung ye...alhamdulillah sepanjang kitorang kat sana langsung tak hujan..

Delft pulak adalah salah satu bandar di holland yg terletak di utara Rotterdam & selatan The Hague..The Hague tu pulak adalah tempat pentadbiran & parlimen..pendek kata, Delft & The Hague ni adalah kawasan bandar..ok meh nak cerita satu persatu...

pagi2 lagi dh kena berkumpul utk naik bas...nasib baik tempat berkumpul ni dekat je dgn hotel so tak perlu tergesa2..tepat 8am & bas penuh, terus gerak..


ZAANSE SCHANS
zaanse schans adalah destinasi pertama setelah lebih kurang 15min perjalanan..kemain awal sampai, takde kedai pon yg buka lagi..masa nak balik tu baru byk kedai buka, sempat la merasa waffle strawberry kat situ...diorang bagi masa sejam utk explore sini...bebas samada nak ikut tour guide atau nak jalan2 sendiri...kitorang pilih utk jalan sendiri, nanti naik je bas ikut masa yg dah ditetapkan...masa nak balik tu ada sorang ni lambat, kesian giler kena booo..yela, utk pastikan semuanya berjalan lancar, peserta kena la ikut masa yg ditetapkan, ye dok?

masa mula2 sampai sini semerbak bau hot chocolate tau..dpt minum panas2 tengah cuaca sejuk ni memang umphhh la kn?

zaanse schans adalah tempat yg PALING i nak singgah (termasuklah Keukenhof tapi ladang tulip ni buka musim bunga je)..banyak jugak blog2 i baca pasal zaanse schans, ada yg pergi ikut tour & ada yg naik train je (kalau naik train kena jalan kaki sikit utk sampai sini)..dalam hati duk kagum dgn ciptaan kat sini...alhamdulillah ada jugak rezeki utk jejak & menikmati pemandangan yg cantik kat sini...
sebenarnya kalau sebut zaanse schans, ramai tahu tempat ni terkenal dgn kincir angin (windmill)...percaya tak kalau i cakap windmill kat sini masih berfungsi? haaa org holland sangat bangga tau menjalankan aktiviti pertanian...ada 7 windmill (eh ke 6 je? lupa pulak hahahaha) yg masih digunakan di zaanse schans samada utk proses buat cat, potong kayu, pam air, etc...
pusing2 lagi kat kampung ni..jalan ni kereta lalu, tapi tak banyak...kat holland ni kita kena hati2 dgn pemandu basikal, sbb diornag ni bawak kemain laju tau, siap hon kita lagi..
terbayang2 je suasana macam ni kat kampung i di sekinchan...bezanya sekinchan tu sawah padi & panas, sini pulak rumput2 hijau & sejuk...i kagum tengok terusan kat holland sbb boleh katakan semuanya bersih & jernih..boleh jadikan cermin utk baiki tudung yg senget2...hihi
masa ni kitorang nak menghala ke sawmill (belakang tu), salah satu windmill yg ada kat sini..nak tengok macam mana kat dalam tu..memandangkan pegi dgn tour, masuk sini free la..kalau pegi sendiri, tak silap i kena bayar 3 euro..
i ni konon la nak menikmati panorama dari atas windmill tu, tapi hampa je si ayish tak bagi kerjasama...tengok la dia tu nak terjun...ingat ni mainan ke!! terus ajak dia turun lepas tu...haihh la anak~
utk naik kat atas tu, i dgn ayish kena guna tangga yg sgt curam & kecik! hubby duk luar jaga faiq & tolong snap pic kitorang kat atas tu..
sempat tengok macam mana sawmill ni berfungsi..dalam ni agak gelap & berdebu, memang tak bawak masuk la faiq..
kawasan zaanse schans ni besar sebenarnya...perasan tak ada rumah2 kat seberang sungai tu? nilah sungai zaan, seberang tu banyak rumah & kedai2, kalau sejam memang tak cukup nak menikmati keindahan zaanse ni...kurang2 kena habiskan 2 jam la kot kat sini...tapi kalau taknak explore banyak, sejam pon dah ok utk sightseeing..
pemandangan yg redup di pagi hari, matahari pon tak muncul lagi...kat sini sgt sejuk, mujur tak hujan masa kitorang sampai sbb banyak sgt blog yg i baca dtg sini je hujan...sini pon ada kilang cheese, i masuk kejap je intai...haaa korang takyah la beli souvenir kat zaanse schans ni sbb mahal!
nampak tak air sungai tu? langsung tak berkocak, jernih sampai boleh nampak bayang2 dan warna rumah...kat sini semua rumah masih berpenghuni...design rumah & kedai memang camtu..
subhanallah cantik kan kat sini? tengok rumput2 yg meghijau tu..ni pic handphone je tau & tak edit...tengah autumn, daun2 meluruh bila angin kuat..nyaman & tenang je tengok!
ok sudah2 la pasal zaanse schans kan? faiq pon dah mengamok tu nak menyusu...


VOLENDAM
teruskan lagi perjalanan dari zaanse ke volendam...volendam ni adalah kampung nelayan & kat sini kitorang stop di kilang cheese...gouda cheese adalah cheese yg glamor kat holland, dibuat dari susu lembu...banyak ilmu i belajar masa tour ni..
kitorang jalan kaki lebih kurang 5minit utk sampai ke kilang cheese...kitorang jugak la yg duduk paling belakang antara ahli2 tour sbb sakan berposing! hihi...masa jalan kaki ni la ambil peluang tengok keindahan rumah & kedai penduduk setempat...kenapa comel sgt ni rumah kedai diorang!?

semua gambar kat atas ni jalan2 yg i lalu utk sampai ke kilang cheese...i dah taktau nak tapis pic apa lagi...haha...pic memang banyak utk haritu sampai battery gopro, camera & handphone semua ngam2 habis...
sampai pon kilang cheese..sebab bawak stroller, kitorang pilih utk dengar & tengok dari atas je...i pulak bosan, mintak izin hubby jap utk keluar pegi kedai2 yg bedekatan..kat volendam ni la paling byk i borong souvenir...
kat sini sempat i beli wooden tulips yg saiz besar...harga sini jauh lebih murah dari tempat lain..i dah aim wooden tulips ni dari malaysia lagi, siap ada dlm list "must buy item" katanya :p kalau dah sampai volendam, jgn ragu2 la nak beli fridge magnet, cheese & wooden tulips sbb harga mmg terbaik!
kedai2 ni semua depan kilang cheese tu je..org tengah tengok demo cheese, kita shopping sket..hehe
sempat tapau 2 ketul cheese ni utk bawak balik malaysia...honey mustard tu makan dgn cheese memang sedap la! takpe, kat istanbul nanti kita masukkan dlm fridge hotel dulu...ayish sejak makan cheese kat sini, tiba2 dia jadi penggemar cheese..kat rumah tu main ratah je, kalau takkkk sebelum ni jgn harap la dia nak sentuh! harga cheese 2 ketul tu RM25 ke RM35 tah..lupa pulak tp murah la nak bandingkan harga kat malaysia ni kan?


MARKEN
dari volendam, kitorang dibawa naik cruise ke marken...marken pon kampung nelayan, banyak la bot & kapal2 kat sini...kalau sebut marken, semestinya tempat ni glamor dgn clog/wooden shoes..kitorang singgah kilang dia & tengok cara pembuatan...wahhh i kagum!!
ini adalah pelabuhan di marken..sampai sini je, terus kitorang diberi penerangn ringkas daripada tourist guide..
ini pulak pemandangan di marken...juga tidak mengecewakan! pendek kata ni kampung moden la..
kitorang makan masa kat volendam ni..tapi hati2 ye, ada kedai yg tak halal..kena pandai cari..
sebelum masuk kilang clogs...kat sini memang banyak la org tanam bunga dalam wooden shoes utk buat hiasan...best kan idea deco ni? unik je kalau buat kat negara kita...

hajatnya nak beli la sepasang tapi bila tgk harga tak jadi lah! haha sebab bukan pakai pon...org dutch yg masih mengekalkan tradisi ada yg kawin pakai clog ni tau dgn ukiran2 yg menarik...melalui bacaan i kat blog, clog ni nelayan buat sambil tunggu ikan kat laut, bila balik darat akan diberi kepada insan tersayang...gitewww
tengok rumah2 nelayan ni...diorang bina tinggi utk elakkan air pasang...rumah sini walaupon masih banyak yg guna kayu tapi design lawa2! sepanjang perjalanan, i perasan rumah2 kayu ni diorang cat samada hijau atau hitam...taktau la kenapa tapi tak jumpa pulak warna merah ke apa...
ni kat luar kedai/kilang...budak2 kat sini boleh tahan nakal tau..ayish nk bergambar kat lembu belakang tu, diorang mintak bayar..haha kemain kecik2 dah buat bisnes :p
ya Allah taktau nak cakap camne rasa seronok & tenang giler pegi countryside holland ni..masa lalu kat rumah2 penduduk sana, terbau2 je wangian dari baju yg diorang tengah sidai...sempat tengok anak2 kat sana main bersama..seronoknya! dalam hati terus cakap "ini kampung saya!" ewahhh tiba2 nak claim kampung sendiri kan? hihi


DELFT
dari marken, kitorang patah balik ke amsterdam & diberi masa rehat selama sejam...kat sini siapa2 yg ambil half day trip akan turun & bas kitorang digabungkan dgn ahli2 bas lain yg book day trip sampai malam kang..

perjalanan ke delft agak lama, 40min jugak rasanya dari amsterdam...i tak tidur dalam bas sbb nak tengok apa yg ada sepanjang jalan tu...ternyata keadaan laut sangat tinggi berbanding highway, nampak tambak2 yg diorang bina tu..masayaAllah kagumnya rasa! padan la org sini percaya tak mustahil satu hari nanti netherlands akan tenggelam dek air...huhu
delft sangat terkenal dgn pottery iaitu pinggan/tembikar seramik..sekali lagi kitorang dibawa masuk kat kilang pembuatan pottery...agak boring tapi semestinya ada ilmu yg i dpt..i difahamkan corak pottery kat sini adalah handmade, diorang claim negara cina tiru (dibuat secara digital) dan semestinya harga yg dijual jauh lebih murah...
sebagai mak-mak ni, ofcoz ler i jatuh cinta tp memandangkan harga yg mahal, memang tak berani la beli, kang pecah nangis! zaman dulu2 keturunan raja je yg pakai pinggan mangguk ni..kedai pottery ni dekat sangat2 dgn Delft University of Technology..

dekat delft jugak terdapat gereja kebanggan penduduk setempat yg dipanggil oude kerk (old church) & nieuwe kerk (new church)...masa sampai kawasan ni tah brp kali i dengar loceng berbunyi..
ini new church diorang, sebuah gereja Protestan (tak pasti apa protestan ni & malas nak google wakakaka- agama ke ek? lalalalala)...
bangunan belakang tu adalah Delft City Hall, kedudukan dia betul2 bertentangan dgn new church tadi..menarik bangunan yg bercirikan Renaissance ni..dulu adalah bangunan kerajaan, sekarang dah jadi mcm dewan, org buat perkahwinan kat sini..
souvenirs kat sini pon mahal..tengok ayish tu, terus dapat kawan dari jepun..kemain tau diorang ni main kat clog tu..



THE HAGUE
macam i bagitau kat atas tu, the hague ni terdapatnya dewan parlimen & pusat pentadbiran..sampai sini dah agak senja, faiq pulak meragam so i duk dalam bas je...hubby & ayish je turun utk snap pic..kalau tengok bangunan kat the hague ni kebanyakannya lebih moden, berbeza dgn senibina kat amsterdam & countryside holland..
semua pic kat atas ni adalah sekitar Dutch Parliament of The Hague..honestly, i tak dpt banyak ilmu pasal the hague ni sbb i duk dalam bas..tak dpt nk explain lebih2 kat korang..nak tanya hubby pon malas! haha..korang layan je la pic ye sbb ada pic mmg i taktau amende bangunan tu..
sebelah kanan belakang ayish tu adalah Binnenhof, bangunan yg terletak di pusat The Hague..itu adalah tasik Hofvijver..

ampunnn taktau bangunan apa ni..huwaaaaaaaaaa

kat the hague ni korang boleh pegi Madurodam, iaitu miniature park..nak tengok netherlands dlm skala kecil, boleh la pegi sini..memandangkan i ikut tour & kesuntukan masa, memang tak pegi la madurodam tu..
masa dlm bas i dah berangan tau nak ambil gambar kat sini, sambil baling2 daun kering tapi malangnya faiq tak bagi kerjasama...haha nasib ler! ni hubby tolong snap..
kat sini je dapat buat, itupon masa tour dah habis & turun bas sekejap..

fuhhh panjang giler entry ni, penuh dgn pic...semua ni kitorang cover dari 8am sampai 8pm...pic beribu2 kot sampai tak mampu nak share segala benda! haha..lepas ni last entry kat holland sebelum masuk entry istanbul insyaAllah...

********************************************
nak cerita pasal tour ni sket..i book melalui Viator..kalau korang tak banyak masa kat holland tapi nak cover byk tempat, ikut tour ni adalah yg terbaik! tapi kalau uols banyak masa, pegi sendiri je la, free & easy giteww..

9 comments:

ameris said...

countryside holland tuuuu... wajib laa pegi.
Insyaallah nnt turn akak lak pegi.

PinKy MoMMa said...

suka tengok corak2 bangunan dia..rasa nk rumah mcm tu hahahahaha..nampak best je dgn suasana tu

LisaLisut said...

Agama kristian tbahagi pd dua. Satu katolik n satu lg protestan hehe. I tau d basic je. Ms subjek sejarah ade kot haha. Bestnye jln2..

fathiyah jamaludin said...

omg rindunya dgn semua tempat2 ni.
especially Delft la, dah nama pun duduk kat sana (walaupun sebulan lebih jer) hihihi.

holland mmg best.
rasa bertuah n bersyukur dpt jejakkan kaki kat bumi holland ni..
nasih baik la suami i dpt sponsor masa tu..

kat delft tu ada satu kedai souvenir murah. mmg betul2 murah.
dgn kedai kopi best. illy coffee. sampai skrg gi mana2 i akan cari illy coffee.

nurul harnani kasmari said...

One day nak jejak. Insyaallah klu dimurahkan rezeki dari ALlah

mizzura said...

ah..rindunye nak jalan-jalan nana..

mamaorang said...

wahhhhh..serius bestnyaaa...

nurul iman said...

madurodam..best!

mFmK said...

mcm bestla jaket hubs u tu.. mana dia beli ek?? :)