Monday, November 9, 2015

PARIS, France: Shopping di Galeries Lafayette & Champs Elysees

sambung hari ke 2 & ke 4 di Paris..masa kat paris ni kitorang tak pegi Disneyland sbb budak2 ni masih kecil, membazir je kalau pegi..plan smart ok?! haha

kita combine cerita hari ke 2 & ke 4 memandangkan aktiviti lebih kurang je..i habiskan 1 hari suntuk utk shopping, yg memang dah buat itinerary awal2 lagi..dah plan nak beli itu-ini & dekat mana nak beli..i minta maaf sangat2 kat kawan2 yg kirim kasut & handbag sbb luggage i dh penuh dgn barang sendiri, tak mampu nak amik order barang2 besar...bayangkan barang sendiri dah penuh satu luggage 28" hasil shopping di paris sahaja..masa beli handbag memang i tak mintak box dah, sebab tahu takkan muat kalau bawak balik semua tu..pening sgt masa nk susun barang dlm beg, rasakanlah! tu baru kat paris, i kena simpan sikit ruang utk london, holland & istanbul..
makan dulu sebelum sambung shopping.
kalau sampai paris, antara tempat best yg nak shopping ofcoz la Galeries Lafayette & Champs Elysees...sebenarnya banyak lg tempat best tapi dua tempat tu antara yg glamor org selalu pegi...nak lagi best pegi la outlet La Vallee Village...situ murah nak compare harga kat galeries lafayette & champs elysees...memandangkan la vallee village tu jauh & taknak buang masa ke sana, maka i tak pegi pon..lagipon ramai cakap kat sana tak byk stok & cepat je habis org rembat...

jenama Louis Vuitton sgt sinonim dengan paris kan? dah sampai sini haruslah rembat sbb murah! nak compare harga kat malaysia ni mmg jauh sangat2 la bezanya...tapi i usha2 Furla macam sama je harga dgn org jual kat IG..baik beli dgn org jual kat IG je, takyah nak angkut berat2 bawak balik kn? hehe...longchamp ada murah ada mahal...i masuk butik Prada, YSL & Fendi naik gilerrr! semua i kenan hahaha...ada la yg berjaya rembat, itupon hubby dah buat muka pening kepala agaknya dgn bini dia ni, pulak tu dia yg kena pegang beg hahahaha...Chanel & Dior tak masuk sbb memang takde niat nak beli, malas buang masa kat situ, mak tak mampu! lalalala~ i masuk butik2 yg mampu milik & confirm nak beli je..dari malaysia lagi i dah tengok2 website & cari design mana yg nak beli...sampai butik terus cakap apa yg kita nak, jimat masa takyah pening fikir nak beli yg mana...i shopping apa takyah tayang la kan? hihihi :p
pic ni kat butik Longchamp, tengah cari sesuatu utk hadiahkan umi sempena birthday dia..i tengok org jual kat IG lagi murah masa currency negara kita tak jatuh lagi...ruginya tak beli awal2 dulu kan? sobsob

ok cukup2 la cerita pasal handbag yg membosankan ni...utk ayish & faiq, i rembat bag pack Cath Kidston je...kalau beli banyak barang, tolong bawak lugagge masa shopping nanti! senang korang nak angkut, takkan nak pegang paper bag banyak2, ye tak?? i suggest korang balik hotel naik teksi kalau barang tu tertalu banyak, takyah la naik train kang kena curi barang2 tu naya je...kat paris ni rilek je kalau org rembat luggage pon, dah banyak kes..

selesai urusan kat galeries lafayette, kitorang balik hotel dulu utk hantar barang2..lepas siap makan & solat semua, bergegas kejar masa utk sambung shopping kat Champs Elysees...sini pon best shopping cuma i rasa agak leceh tang nak buat VAT claim tu...oh nanti i buat satu entry khas macam mana nk claim tax bila beli barang banyak2 & ada lagi negara eropah lain yg korang akan pegi selepasnya...
sambung cerita kat champs elysees...sepanjang jalan kat champs elysees ni memang banyak butik2 berjenama..kat sini jugak la berdiri gah butik LV, 4 tingkat kalau tak silap...kedudukan di corner lot, memang nampak la lambang LV tu dari jauh..i tak masuk butik LV sini sebab dah selamat beli masa kat galeries lafayette...
inilah jalan yg kitorang lalu nak ke champs elysees..tempat yg kitorang bergambar ni sebenarnya Abercrombie & Fitch Store..Brand dari New York...ramai jugak yg keluar-masuk store ni...pintu masuk & garden dia lawa! dah macam ala-ala cerita beauty & the beast gitewww.
selain sambung shopping, tujuan i pegi sini nak beli macaroon Laduree...masa kat laduree ni i terjumpa fazreen owner tudung people tu...eh ke fazrena nama dia? selalu confuse, ampun lagi!
macaroon Pierre Herme vs Laduree...bagi i dua2 ni sedap & ada rasa yg tersendiri...tapi tekak i lebih kepada laduree sampaikan masa kat airport nak pegi holland tu pon i beli lagi! rasa jugak meringue dia, sedap! teringin sangat nak bawak balik utk family rasa tapi apakan daya perjalanan masih panjang, kang nak tunggu sampai malaysia lagi 2 minggu mau berkulat/tak fresh dah..huhu
jalan2 sampai hujung jumpa Arc de Triomphe ni...owh lupa nak bagitau, kitorang singgah sini naik HOHO Bus, memang bas berhenti kat sini...arc de triomphe ni antara monumen yg terkenal di paris..melalui bacaan, i difahamkan tugu/pintu gerbang ni dibina bagi memperingati pejuang masa perang Napoleon..kat tugu ni korang boleh turun kat bawah (ada tangga-underground) & tengok makam pejuang yg tak dikenali masa perang dunia pertama..

hari seterusnya kitorang tengok eiffel tower pada jarak dekat sebelum meneruskan perjalanan ke holland..i menghargai seni bina "besi buruk" ni & sebagai engineer yg tak bertauliah, ada terselit rasa kagum...hebat orang2 dulu!
taman sebelum sampai eiffel tower...kat taman ni la kitorg jumpa student malaysia ramai2 duk berjalan..best la taman ni, i suka lepak sini...
ok nampak dah eiffel tower..nampak mcm dekat kan? tapi letih jugak jalan kaki nak sampai betul2 bawah "besi buruk" tu...
masa ni hubby ajak bergambar serius i dah penat giler...nak senyum pon mcm tak mampu dah...haha..nasib baik pegi masa autumn, takde la terasa peluh...tengok daun2 yg tengah luruh tu pon cukup buat hati rasa gumbiraaa...
fuhhh finally sampai jugak betul2 bawah eiffel tower yg menjadi mercu tanda Paris..ayish mengantuk siap menguap tu...tengah sejuk ni la tiba2 dia buat drama nak aiskrim...terpaksa la papanya cari...mujur jumpa!
depan eiffel tower tu ada lagi taman..apa nama taman tu pon dh lupa...sempat rehat kejap susukan faiq...faiq masih fully breastfeed & tak minum botol, jadi senang sangat bawak dia ni...masa tengah jalan2 pon rilek je i susukan dia dlm carrier, org tak nampak pong! ayish senang jugak sbb byk minum fresh milk je kat sini..memang tak angkut la botol susu & thermos masa berjalan..
papa bear bersama anak2 bear...hehe...ok la dah puas berjalan kat paris & london...masa utk ke holland pulak!

kat eiffel tower ni korang boleh naik atas tu samada guna tangga atau lif...dua2 tu berbayar...iols memang tak naik la dgn si kecik ni...tak rugi kalau korang naik, boleh tengok seluruh paris...kalau taknak beratur panjang, beli la Paris Pass, boleh dpt fast lane...

i boleh cakap paris ni adalah dunia beli belah barang2 berjenama...korang pegi la Galeries Lafayette, Champs Elysees & La Vallee Village, confirm takkan balik dengan tangan kosong...alang2 dah sampai sini, rugi sebenarnya tak membeli walaupon sikit...yela, nak sampai sini bukan senang, alang2 dah sampai biar berbaloi kan? macam i haritu, sebelum book tiket lagi dh buat kira2 utk bajet shopping kat paris...andai kata tak cukup bajet utk beli barang yg i idamkan tu, rela tangguh dulu haritu...sabar sikit je tak rugi pon! haha

oh satu lagi nak bagi tips kalau nak beli fridge magnet, key chain atau cenderamata lain yg murah2 kat paris ni...korang takyah la beli dekat kedai2, korang beli je dgn negro2 yg jual kat area Louvre Museum atau Eiffel Tower...boleh tawar2 tapi kena hati2 la sbb once dah beli, kang ada yg promote suh beli barang2 dari kawan diorang pulak...kalau dh berhajat nak beli tu, sediakan duit kecil awal2 & letak satu tempat yg mudah korang amik...

hari ke 2 & ke 3 di Paris sempat cover:
- champs elysees
- galaries lafayette
- charles de gaulle
- grand palais
- eiffel tower


RELATED POST:

8 comments:

anez zamri said...

seronoknyeeeeee!doakan kitaorang pulak sampai hahaha berangan!

CikNaa said...

cantik2 smua gambar nana kt sana..bila la nak sampai..huhu

Hana Soffelia said...

weh macaron. terliur! nana br tepuk dahi awat xkirim ke nana sekali u ckp kt family pun xbelikan tkt berkulat, ok xpe. haha

ok, next entry, cepat2. heee

Chekgu Azrine said...

Part shopping tu hakak setuju dik...
Kalau dh smpi sana rembat la sbb memang murahkan..
Ish..ni husb akk suka sgt ni branded handbag..kalah ahkak..hahahaha

safurara said...

na, i nak sebut nama nama tmpt tu sume tergeliat lidah, cm ne nak pegi ni.hahaha

anis abdullah said...

Bestnya shopping handbag...

Mimy Hamid said...

nana beli ke prada , fendi...nk tgk

Ayuni Hj Rosli said...

Nana. Actually box handbang yang you beli tu boleh claim dekat Malaysia providing you tunjuk resit. Sila claimmmmm. Cantik banyak bila susun2 handbag nanti.