Thursday, December 17, 2015

Tips: bawa anak kecil travel jauh (naik kapal terbang) & pengurusan makanan minuman

hai! ni entry peram..tulis sikit2, lepas tu draft..tulis lagi, masuk draft! sampai sudah la duduk dalam draft..hahaha...entry sambungan kat holland pon dlm draft lg sbb belum pilih gambar...lalala
sebab ramaiii sangat tanya i kat facebook & instagram mintak tips travel jauh dgn anak2, meh la i nak share sedikit sebanyak setakat yg i ingat...i akan share macam mana nak handle tantrum anak, pengurusan makan & minum anak, perancangan perjalanan & apa persediaan yg kita kena buat..
masa kat korea ni terukkk ayish meragam...berjam-jam itinerary kitorang lari..takpe, biasa la benda pertama kali kan? lepas tu ayish makin ok...hehe

pertama kali i travel bawak anak masa farish umo setahun..pertama kali bawak 2 org anak masa baru2 ni la, farish 3 tahun & faiq 10 bulan...fuhh memang mencabar tapi alah bisa tegal biasa la kan? korea, bali, singapore, maldives, paris, london, holland & istanbul adalah negara2 yg i travel bawak anak2, so layak jugak la kot i nak share experience yg tak seberapa ni..hehe
bagi yg takut2 nak bawak anak jalan jauh, apakata korang try dulu..budak2 ni biasa la kalau pertama kali tu buat hal sbb tak biasa...tapi kalau kita dh biasakan diorang, insyaAllah diorang yg jadi happy lepas tu..cayalahhh cayalahhh cakap i! haha

Persediaan Sebelum Berlepas:
1. i cadangkan masa book flight ticket, pilih la waktu tidur anak..i biasa travel malam ataupon awal2 pagi sbb anak akan tido lama masa tu..lagipon, tiap kali beli tiket, i akan pastikan sampai awal kat destinasi supaya kita tak rugi masa...katakan sampai 5pm kat destinasi, kita dah rugi sehari tau...kalau sampai awal katakan 8am, kita dh boleh mulakan perjalanan kat negara org..balik pulak, kitorang memang akan book tiket ptg/mlm ponnn nak jimat masa..kalau balik pagi, syg la sehari kat negara org...hehe
2. kalau boleh pilih la direct flight..elakkan transit apatah lagi yg berjam2..
3. kalau ada anak umur bawah 1 tahun, pilih la seat yg ada bassinet..kebas tangan kalau travel berjam-jam pangku anak..anak 2 tahun, kena beli seat utk dia duduk..lagipon tempat yg ada bassinet selesa, luas kat depan boleh luruskan kaki.
syok ayish dpt tido mcm ni sbb seat kosong sebelah dia...memang lena la dia tido...hehe
4. pastikan bawak baju anak2 cukup & sesuai dgn cuaca..kalau pampers, memang i kira cukup2 supaya tak terlebih bawak..berdasarkan pengalaman, anak2 i ni jenis kurang kecing masa travel jauh, taktau la knp..hehe
5. luggage/bag: haaa yg ni korang kena plan betul2 ye..katakan korang jenis byk nak jalan kaki, silalah bawak barang2 yg perlu & backpack je..mcm kitorang pulak, rilek je bawak luggage banyak2 sbb airport transfer guna teksi & bila kat hotel pulak, staff hotel tolong angkatkan..so takde masalah kat situ.
6. sediakan ubat-ubatan mcm ubat demam, batuk, selsema, cool fever, vitamin & minyak panas...kat negara org susah pulak kalau tiba2 sakit kan?
7. kalau 2 org atau lebih anak, stroller & carrier adalah wajib!! bawak stroller yg ringan & mudah lipat..SSC pulak pilih la yg selesa..kalau pegi selain musim panas, i nasihatkan stroller tu biarlah ada canopy & plastic cover sbb angin sejuk & kadang2 hujan..payung & rain coat pon kitorang bawak siap2 dah..

Tips Dalam Flight:
1. kalau anak meragam, cuba tenangkan diorang dgn macam2 cara contohnya: bagi makanan kegemaran, mainan kegemaran, bagi ipad/tengok tv, bagi buku kegemaran(atau busy book) dan kita buat2 la lawak sikit main cak cak dgn anak2...kita parents diorang, kita lagi tahu anak kita mcm mana kan?? umpan la diorang macam2 cara...kalau tak berjaya jugak, lantakkan aje diorang...hahaha...i kalau dh tak tahu nak buat apa, pura2 cool je pujuk anak walaupon darah dh mendidih ni naik atas kepala..kena control dpn org...lalalala
2. masa kapal terbang berlepas / mendarat, cuba susukan anak2...sbb masa ni telinga diorang akan berdengung, kang tak selesa diorang nangis pulak kan?
3. selama i naik flight dgn anak2, takde masalah bawak susu atau makanan diorang dlm flight..cuma air panas je takleh bawak tapi takpe, tu boleh mintak je dgn flight attendants nanti..
4. rajin2 cek pampers anak ye, takut2 bocor..wet tissue jln lupa, supaya senang nak cuci nanti..
masa umo 2 tahun pulak cabarannya dia aktif, taknak duk diam..pastu mulut bising banyak tanya...haha

Pengurusan Makanan & Minuman:
1. kalau travel jauh, i tak pernah miss bawak mini rice cooker..macam kitorang yg kuat makan & tak boleh berpisah dgn nasi, rice cooker adalah sgt penting! telur & buah boleh beli kat sana je nanti..nak buat bubur anak2 pon senang..beras pulak, i dah siap2 pack 1 plastik 1 pot beras..
2 kitorang bawak jugak nasi instant Brahim's..nasi tu senang sangat nak makan, panaskan/rendam plastik dlm air suam atau masuk dlm microwave je..
3. bawa cous cous, sardin, biskut & air 3in1..nasihat i, tak perlu la angkut banyak2..katakan pegi 10 hari, bawa la utk 5 hari je sbb confirm kita nak rasa jugak makanan kat negara org kan?
4. faiq masih lagi fully breasfeed, takde masalah kat sini..utk farish, i pack susu dlm plastik kecik ikut sukatan siap2 lepas tu stapler/salotape je..nanti nk guna ambil je satu plastik tu, boleh terus buang...jimat bekas! susu pon bawak la cukup2 je, tak perlu berlebihan beratkan luggage..mcm ayish ni boleh minum fresh milk, kitorang byk beli kat sana je so masa berjalan memang tak bawak dh botol..botol guna masa kat hotel je..
i buat macam ni la..tupperware tak perlu bawak, nanti buh dalam plastik besar je semua..tu susu, couscous & beras..

**sebab bawak botol, i bawak jugak pencuci..pencuci ni pon sama, i pack kecik2 dlm plastik..i buat satu plastik utk guna 3 hari..
5. utk baby mcm faiq, bagi buah pon ok lagi...i bagi dia mkn pisang, epal, anggur & berries...beli sana je senang!

Handle Tantrum Anak:
1. macam biasa, bagi "umpan" anak2...biasa budak2 ni mesti ada kegemaran diorang kan? haaa prepare awal2 apa yg diorang suka..tp masa mood diorang tengah elok, jgn duk gatal bagi "umpan" tu..kang diorang dah bosan, kita pulak mati kutu nak bagi apa kat anak2..
2. katakan anak2 nampak benda yg dia suka, lepas tu nak beli tapi benda tu mahal/tak berbaloi, cepat2 la alihkan pandangan diorang..nanti diorang mengamuk, kita jugak yg haru kan? langsung takde mood kang..takpon kalau kita nampak dulu benda2 yg mungkin jadi keinginan anak2, jalan laju2 & JANGAN lalu kat tempat tu! alaa anak sendiri, pandai2 ler pujuk..
3. dalam hal macam ni suami isteri kena saling bekerjasama & mainkan peranan masing2, jangan harapkan sebelah pihak je..macam i banyak handle faiq, suami pulak byk handle ayish..syukur sgt2 cik abg i tu pandai uruskan anak..i kalau malas sgt, memang suruh dia je tolong cucikan berak anak2...haha
4. katakan diorang mengamuk masa naik public transport, cuba cari tempat yg tersorok sikit & tenangkan anak2..anak2 ni kalau menangis pon biasanya sbb bosan, lapar, penat atau mengantuk je...
ayish dlm eurostar ke london...mcm2 aktiviti dia buat sepanjang perjalanan ni...

Perancangan Jadual Perjalanan/Itinerary:
1. itinerary sangat penting kalau kita nak semuanya lancar...i nasihatkan utk tambah 2-4 jam dlm setiap itinerary...2-4 jam tu la masa nak bagi anak makan, nak tukarkan pampers, etc..
2. rancang tempat yg kita nk pegi tu sesuai dgn waktu tidur dan makan anak2..contohnya nak pegi zoo, jangan la kita pegi masa waktu tido diorang, rugi la kan? contohnya tengah hari, pegi la tempat yg mudah utk dapatkan makanan...contoh lagi nak pegi shopping, kalau boleh biar la waktu tido anak..hihi
3. tiap kali keluar jgn lupa bawak bekal makanan (biskut/roti/coklat), air masak/mineral, pampers, wet tissue, baju spare & towel kecil (atau handkerchief)..faham2 la budak2 ni kan? kang time tu la nk muntah, time tu la nak comot...semua barang2 ni letak dlm backpack kecik je...
4. kalau pegi negara yg bermusim, jgn lupa masukkan sekali payung & rain coat dlm bag ye :)

10 comments:

Chekgu Azrine said...

Tips yg bagus...
Akk klu travel dgn anak2 nampak gayanya semua dh besar2la..hehehehe

anis abdullah said...

Bagus tips you.

Asz Miza said...

tq utk tips nana..baru pikir nk bawak susu ammar satu kotak..haha..nasib baik u bg tips ni..

Puan Hazel said...

Assalamualaikum & salam kenal Nana...dah lama akak follow blog Nana ni tp baru hr ni nak bertegur sapa :) BTW, thanks a lot for the tips, very useful esp packing susu tu. Nak travel lps ni bole try hehe

achiek anis said...

Tips yg bungkus mknan dlm plastik tak pernah terpk..tq nana share..pasni buat gitu la jgk

fathiyah jamaludin said...

thanks Nana...

menguatkan balik memori i yg dah setahun lebih tak travel dgn budak2..
lagipun anak2 i dah makin besar..so bab makanan dah senang sikit.

Mimy Hamid said...

suka tang packing susu..leh buat balik ganu gak ni hehe

Yaati Nor said...

bagus tip ni

mrs kayrul said...

Bagus la tips nana...x pernah lg bawa makanan..takut kena rampas...hihihi

nur hidayah zainal said...

Thanks nana..I suka part itinerary ngan susu..sblm ni xpk pun bab 2..main belasah je.