Sunday, May 24, 2015

Resepi: Fried Glass Noodle (Soun Goreng)

ehemmm bersiaran lagi di hujung minggu...mesti ramai yg sibuk keluar shopping kan? hehe..hari ni i nak share resepi yg sangat ringkas, senang & mudah nak sediakan...simple2 la org suka kan? 15 min pon siap... 

soun ni bagus kalau nak gantikan nasi sebab cepat kenyang & ada org cakap kat i soun ni kurang karbo...i malas lagi nak megkaji, asalkan dapat makan sedap2, kalori semua tu tolak tepi jap...kahkah

jom tengok resepi fried glass noodle (nama kemain nak omputih sgt, macam tak boleh tulis soun goreng je)..

BAHAN-BAHAN (2 org makan):
1. segenggam soun (agak2 sendiri je la) rendam dalam air. agak2 dah lembut sikit, masukkan dalam air yg mendidih selama 5-10 min, angkat & cepat2 masukkan soun dalam air sejuk semula...tujuan dia supaya soun tu tak lerai/hancur masa goreng nanti...lepas tu toskan 
2. sebiji telur
3. udang 8-10 ekor, ikut suka la nak letak banyak mana pon (nak guna sotong/ayam pon boleh)
5. lobak merah potong halus
6. sebiji bawang putih -dicincang halus
7. sebiji bawang merah saiz sederhana -dihiris halus
8. daun sup & daun bawang (hiasan)
9. garam
10. minyak masak

CARA-CARA:
1. tumis bawang sampai naik bau
2. masukkan lobak merah
3. masukkan soun
4. buat lubang di tengah soun, masukan telur & kacau sampai hancur. kacau sebati telur & soun
5. masukkan udang
6. masukkan garam secukup rasa. gaul semua sampai masak/air soun kering. siap!
*nak pedas tambah cili
ayish kemain suka makan...dia kata sedap mama masak *makin kembang hidung mama*