Monday, January 11, 2016

Holland/Netherlands: Berbasikal di Amsterdam & Melawat Kawasan Sekitar

hari ke 3 di amsterdam kitorang habiskan masa berbasikal pusing2 seluruh bandar Amsterdam...sempat pergi Museumplein (Rijksmuseum, Van Gogh Museum, Stedelijk Museum), Bloemenmarkt (flower market) & Madame Tussauds..
pagi2 lepas breakfast terus cik abg i semangat ajak naik basikal..mimpi apa tah dia ni? sebagai isteri solehah, iols ikutkan aje hehehehe..memandangkan basikal adalah salah satu kenderaan utama di amsterdam, memang meriah la berbasikal kat sini..pejalan kaki yg kena hati2 dgn basikal ni tau sbb diorang ni kalau bawak basikal kemain laju mcm nak langgar org...

berjam2 kayuh sakit bontot oi! mujur tak melecet..tempat pertama yg kitorang singgah adalah museumplein..kat sini ada taman & pusat muzium di amsterdam..rijksmuseum, van gogh museum & stedelijk museum semua dekat2 je, boleh jalan kaki dari satu muzium ke satu muzium...i tak minat dgn muzium kat sini, so tak masuk la..hehe
kebetulan masa i pegi ni ada bazar, macam2 diorang jual depan rijksmuseum tu..rezeki dpt tengok culture kat sana, best! masa kat amsterdam ni tah berapa kali i makan big fries & stroop waffle memang gemok la! i suka makanan kat holland, banyak kena dgn tekak..pasal harga tu kita lupakan je la janji dapat makan dgn kenyang haha...
kalau dah sampai amsterdam, org cakap wajib bergambar kat sign "I AMSTERDAM" ni..kalau tak silap ada 4 tempat yg ada tulisan I AMSTERDAM; di rijksmuseum, vondelpark, airport & terbaru dia ladang tulip Keukenhof..kalau korang nak tahu, I AMSTERDAM kat rijksmuseum tu la paling sesak!! kalau nk bergambar tanpa org lain, biasanya kat airport tak ramai, jalan kaki sikit je dr airport..i konon2 la nak amik gambar skali lagi kat airport masa balik, skali tak sempat sebab sibuk claim VAT..hoho
lepas parking basikal, kitorang pon jalan2 la kat kawasan muzium ni..matahari terik masa ni, cuaca pulak lebih kurang sejuk kat cameron highland je..kalau korang nak tahu, rijksmuseum adalah muzium seni & sejarah org belanda..ada penduduk tempatan tegur i, tak masuk ke? katanya dalam tu best tapi sorry la, tak berminat hehehehe
kelakar ayish masa ni..dia sibuk nak join budak2 lain main kat air pancut ni tapi timing selalu tak kena..habis basah baju! masa air tu keluar boleh pulak dia statik je kat situ panggil mama dgn muka blur...org kat situ gelakkan je dia..
ni semua kat kawasan Museumplein..sempat lepak2 bagi ayish main kat playground tu & kitorang masing2 beli big fries kat bazar..masa tengah lepak2 ni baru hubby ingat dia tertinggal GoPro kat basikal..masa ni cuak giler kitorang risau ada yg curi sebab dah sejam lebih kot baru sedar...rezeki kitorang, gopro tu elok je kat basikal lagi...huhu
kat sini banyak taman & boleh lepak2..masa ni kemain ramai org yg baca buku sambil golek2 atas rumput kat lereng bukit (sebelah kiri i, tak nampak dalam pic ni)..berhadapan dgn i ada van gogh museum, rekabentuk bangunan dia moden kalau nak bandingkan dgn rijksmuseum..masa tu kemain ramai org beratur nak masuk, i macam biasa la tak minat nak tahu hasil seni lukisan...haha
teruskan kayuhan! dah puas ronda2 museumplein, kitorang terus pegi Bloemenmarkt (flower market)...haaa nilah tempat paling excited nak pegi sbb nak cari fridge magnet & wooden tulips...dah aim dari malaysia lagi nak beli..hehe
tak byk pic sbb i berdua je dgn faiq, hubby jaga ayish yg tertidur atas basikal..yg tak bestnya masa ni, faiq meragam! tp nangis2 dia pon gigih ku membeli...haha...ada sorang makcik kedai ni baik sgt, cuba tenangkan faiq bagi macam2 mainan walaupon faiq campak2..hihi

geram je tengok semua ni! kalau beli tulip hidup mesti lama2 layu, so beli la tulip kayu pon...cantik jugak buat deco2 kat rumah...
ini antara yg sempat beli..gigih ku bawak naik basikal...haha..sebelum ni dah beli kat volendam tapi rasa tak cukup, tu yg beli lagi..lagipon ada kawan kirim, nak bagi umi & bagi mak mertua..

i ajak hubby pegi Anne Frank House tapi dia taknak...dia kata takyah la sbb kisah pasal yahudi je situ..boley pulak gitu?? nak tengok je pon bang! hahaha..sebenarnya tu alasan dia je sbb nak pegi anne frank house tu jauh sket, letih agaknya nak ke arah sana..

kononnya lagi, after lunch kitorang nak pegi shopping kat Primark, H&M dan M&S...yg menyedihkan, time tu la faiq meragam kaw2, langsung terbatal hajat nak pegi..huwaaaaaaaaaaaaaa sedih! takpe la, jimat sket duit boleh bawak pegi istanbul...ni petanda nak suruh datang lagi kot? *hai abang*

maka kitorang pon rehat2 je la kat hotel tidokan faiq...petang tu kitorang keluar jalan2 sekitar Dam Square..memandangkan tiket Holland Pass ada lebih lagi, kitorang decide utk masuk je Madame Tussauds (org patung lilin)..boring je masuk sini tapi takpe la, habiskan sisa-sisa terakhir di amsterdam gitew~
cuci mata je la dgn gambar2 kat sini...ayish kemain sporting setiap tempat dia suruh snap..ayooo layankan je la! faiq sedap tido dalam carrier...otw balik hotel memang akan lalu fun fair kat dam square, masa ni la tapau stroop waffle banyak2 utk bawak balik malaysia..
pemandangan funfair dari dalam madame tussauds.
inilah anne frank..kisahnya kalau tak silap i 2 tahun dia bersembunyi kat rumah tu dari kekejaman Yahudi..sepanjang terkurung dalam tu dgn keluarga, dia tulis diary..diary tu la yg menceritakan macam mana keadaan diorang masa tu sehinggalah tertangkap...eh korang baca sendiri la, tak reti pulak i nak explain...haha

kalau sebut amsterdam, mesti ada yg fikir pasal Red Light District kan? utk yg tak tahu lagi, kat red light district tu malam2 penuh dgn pelacur yg akan menayang badan masing2 depan cermin lutsinar dalam bilik yg dihiasai lampu merah..nak dapatkan pelacur yg pro ni kena bayar ok! kalau ada pelanggan, langsir akan tutup..tempat ni kalau siang hanya kedai2 biasa tapi bila malam menjelang je, dan2 dia bertukar rupa..i TAK PERGI tempat ni & kitorang jugak tak masuk Sex Museum..malas la buat maksiat mata dgn anak2 kecik lagi, lagipon dah kawin pandai2 sendiri la explore pasangan...muahahahaha

ok tu je la kot setakat yg i ingat..amsterdam ni kecik je sebenarnya, pusing2 kat situ je...next entry insyaAllah pasal Istanbul..itupon dah byk yg i lupa...nak cerita pasal Farish's 1st day school lg..adoiii banyak entry bertangguh..k bai~



RELATED POST:
1. Budget/Kos & Tips ke Eropah
2. Paris: Itinerary Day 1
3. Paris: Shopping di Galeries Lafayette & Champs Elysees
4. 11 tempat menarik di Paris
5. Pengalaman bercuti di London
6. Holland/Netherlands: Tour Zaanse Schans, Volendam, Marken, Delft, The Hague
7. Holland/Netherlands: Ke Amsterdam Kita

6 comments:

anis abdullah said...

Trench Kot pink u cantikla. Gambar dengan ET tu win. Hehe.

Shakina Farhan said...

kelako ayish bergaya ala2 marilyn manroe..eh..betol ke eja..hahaha..best lah holland!

Chekgu Azrine said...

Seronok betul nana dh pergi banyak tempat esp europe..syiok akk baca

nurin khairi said...

nurin pegi kat iamsterdam tu dkt rijkmuseum tu smpai 3 kali sbb sesak ya amat.. kali ketiga pegi tu kami pegi awal2 pagi sebelum bertolak ke airport. gigih jugak nak amik gambar masa orang tak ramai

fathiyah jamaludin said...

alaaaa i x sempat pergi ann frank tuuu


kena repeat amsterdam trip ni....
rinduu

thanks nana for the flowers. dah jumpa pasu yg best tp takde meja nak letak lagi..

Are-Jurjazz Jany said...

Hi, klau layover 5jam kat schipol, sempat x msuk bndr amsterdam.. 10hb ni nk g warsaw.. Tp naik klm, kne layover kt schipol.lau ade whatapps, harap dpt dititipkn