Tuesday, March 15, 2016

ISTANBUL: Bosphorus Tour, Galata Bridge, Topkapi Palace, Dolmabahce Palace, Spice Market

sambung entry istanbul yg terbengkalai..insyaAllah lepas ni tinggal satu entry je lagi kot, lepas tu tamatlah cerita europe trip tahun lepas...hehe

hari seterusnya di Istanbul kitorang plan utk join Bosphorus Tour; naik cruise mengelilingi selat bosphorus...bagi i, ni salah satu aktiviti yg wajib korang buat bila sampai sana...kalau nk jimat, tak perlu ikut tour pon takpe, korang boleh guna feri biasa je...

utk tour ni kitorang beli dekat area sultanahmet, berdekatan dgn hagia sophia..kalau tak silap, i dapat harga 10euro/seorang utk 2 jam..farish & faiq mcm biasa la free lagi...dia ada jugak pakej malam sekali dgn dinner & pertunjukan atas kapal tapi mahal sket la bayarannya..kitorang pilih naik kapal pukul 12pm sbb banyak lagi tempat nk kunjungi lepas tu...sebenarnya korg boleh pilih nak naik di jeti mana, nak beli tiket dekat mana & nak pilih tour agency mana..pandai2 korang la ye..cuma melalui bacaan i, ramai cakap kalau beli dekat taksim mahal! nak murah beli dekat area sultanahmet..
sebelum naik cruise, sempat lagi i beli balik ekmek (roti ikan)-antara makanan yg korang wajib try jugak kalau kat istanbul..harga rasanya 5TL kot, eh ke 10TL tah..lupa pulak..hihi...kat mana nk dapatkan balik ekmek yg sedap?? i rasa kat eminonu paling sedap kot, area Galata Bridge..emmm tapikan, cik abg i nak muntah makan balik ekmek ni, katanya knp hanyir? haha.. i pulak rasa ok je, sedap...haaa lagi satu makanan kat sini kebanyakannya kering, i awal2 lagi dh bawak sos cili kfc tu tau! org kita mana reti makan kering gitu tanpa sos/mayonis..
syukur sgt masa ni anak2 tak meragam...si faiq kemain happy walaupon angin yg lalu menerpa muka kemain sejuk!! cuaca pon cantik masa ni, panas terik..

perasan tak jambatan kat belakang i tu? itulah Bosphorus Bridge yg menghubungkan Ortakoy di bahagian eropah istanbul dgn Beylerbeyi di kawasan asia istanbul..panjang jambatan ni lebih kurang 1.5m...

ok utk org yg tak tahu, sebenarnya istanbul ni dibahagi kepada dua pecahan iaitu bahagian eropah & asia..menarik kan?
selat bosphorus ni lah yg memisahkan benua asia & benua eropah..selat bosphorus ni pulak menghubungkan laut hitam dan laut marmara..berdasarkan pemerhatian i, gaya hidup kat istanbul eropah ni jauh lebih moden berbanding istanbul asia..istanbul eropah jugak lebih menjadi tempat tumpuan pelancong..
kitorang pilih utk duduk bahagian atas kapal masa mula2 naik..bila dh sejuk, kitorang pon turun duduk kat dalam...atas kapal ni korang blh sewa pakaian tradisional turki & bergambar tapi idok ler i nak sewa sbb mahal!

sepanjang cruise ni i dpt tengok Maiden's Tower (lagendanya sebuah istana di tengah2 laut yg sultan bina utk puterinya yg dikatakan akan mati dipatuk ular - kalau tak silap ada movie omputih pernah shooting kat sini tp lupa pulak cerita apa), Masjid Ortakoy (yg dibina betul2 di pinggir selat bosphorus, berhadapan dgn jambatan) & Benteng Rumeli Hisari (dibina oleh Sultan Mehmet II yg merampas istanbul drp kuasa byzantine utk mengawal pergerakan kapal dr selat bosphorus ke laut hitam) 
korang perasan tak satu menara tinggi kat belakang tu? haa itulah Galata Tower..memandangkan utk sampai ke galata tower tu kena mendaki, maka kitorang malas! hihi...siapa yg rajin boleh la singgah situ tengok matahari terbenam & menikmati keindahan sebahagian kota istanbul..
dari sini korang akan nampak muka bumi istanbul yg berbukit-bukit..i difahamkan istanbul dibina & dibangunkan atas 7 buah bukit..sepanjang perjalanan, korang akan nampak kubah yg sangat banyak!! kat istanbul memang merata2 ada masjid..
papa & ayish..ayish tu baik je masa atas cruise ni, langsung tak buat benda pelik..mula2 i risau gak sbb dia tu kan tak reti duk diam...tq pada angin yg sejuk, membuatkan pergerakan ayish terbatas sket...haha
belakang i tu Dolmabahce Palace iaitu istana lama yg juga pernah didiami oleh presiden turki pertama, Mustafa Kamal Ataturk..nak masuk situ kena bayar 30TL kalau tak silap..aduduuuu lama sgt, ku pon dah lupa...utk masuk situ tak boleh guna museum pass ye...

i takpe pic kat dalam tu sbb tak boleh ambil gambar...sgt strict okey sampaikan nak masuk pon kena dlm group yg kecil & ada tour guide...mmg susah la nk curi2 amik gambo pon...dalam dia sgt mewah!!! jap nak cari pic google utk gambaran dalam tu...
haaaa gini la rupa kat dalam tu..byk la hiasan2 mewah zaman dulu...istana kat istanbul ni kebanyakannya dibina menggunakan batu marmar/iznik yg sgt cantik & unik..kaya betul org istanbul zaman tu..

lepas je bosphorus tour tu, kitorang pon jalan kaki menuju Topkapi Palace, yg jugak istana lama...dulunya kat sini pusat pemerintahan kerajaan ottoman & dibahagikan kepada 4 bahagian (courtyard)...istanbul ni sangatttttttttt banyak peninggalan sejarahnya...kalau museum, istana & masjid tu takyah cakap la, mmg berlambak...kedudukan topkapi palace tu atas sikit je dari hagia sophea, jalan kaki je...sebab tu la masa i kat istanbul ni hari2 lalu sultanahmet mosque & aya sofea, semua walking distance je..
ini adalah taman di courtyard pertama, yg mana org awam bebas keluar masuk..ayish jakun tgk org naik kuda betul2 dpn dia..haha kesian anakku :p masa ni walaupon cuaca panas tp sejuk sangat! sebab topkapi ni kedudukan dia tinggi atas bukit, angin dari selat bosphorus tu memang terasa la..
ini pulak tugu/pintu masuk ke courtyard ke-2..oh lupa nak bagitau, kitorang masuk sini guna museum pass..kalau takde pass, rasanya bayaran masuk 30TL yg dikenakan..nak masuk sini diorang akan scan dulu..sini hari Selasa tutup tau so pandai2 la korang bajet nak datang ye..
subhanallah cantik sangat pemandangan dari atas topkapi palace ni...tinggi jugak rupanya kitorang mendaki...tenang je nampak selat bosphorus yg membiru tu..rasa nak duduk lama2 atas tu!
topkapi palace ni sangat besar tau & banyak bahagian dia...i rasa paling kurang pon kena habiskan masa 3 jam kot kat sini..paling kurang tu! maksudnya dah rushing sgt la tu...sila tengok, belajar & faham tentang peninggalan sejarah kat sini..banyak kesannya lagi2 pasal agama Islam kita...rugi sgt kalau dah sampai sini setakat nak berposing tapi balik tak bawak apa2 ilmu..mana perginya istilah mengembara sambil mencari ilmu dan pengalaman? LOL poyo la pulak rasanya tulis gitu...kahkah
haaa nampak tak tingkap kecik tu? situ salah satu bilik beradu pembesar..i jatuh cinta dengan seni marmar kat kubah tu...dh rupa corak kat pinggan mangkuk portmeirion kan? lawaaaa! org dulu2 memang tak syak lagi sgt berseni, dah la diorang buat ni dengan alatan yg sgt terhad..
kawasan luar istana (courtyard ke 2) bahagian atas..sini ada fountain..ayish masa ni boleh pulak dia mengamuk nak mandi kat situ T_T sabo je laaa...haaa kalau korang nak tahu, dlm courtyard ke-2 ni jugak ada mahkamah tau tapi pic dalam handphone tak transfer lg :p
belakang tu pulak pintu masuk courtyard ke-3, yg mana zaman dulunya hanya sultan & pembesar sahaja yg dibenarkan masuk...fuhh peluh mak bila dah sampai sini! ayish masa ni dgn gembiranya lari ke sana-ke mari...faiq syok krohh krohhh dlm stroller tu...dlm courtyard ke-3 ni, korang boleh tengok barang peninggalan sultan2..dalam tu jugak ada imperial council hall, kiranya macam dewan sulit utk sultan & pembesar bermusyuarat..

lepas masuk courtyard ke-3, kitorang plan nak masuk Harem, iaitu tempat tinggal sultan...malangnya masa kitorang sampai tu tengok kemain ramai org beratur..nak masuk Harem tak boleh guna museum pass, kena beli pass lain yg berharga 15TL kalau tak silap..hurmm takde rezeki nak masuk, jimat duit! hehe..

teruskan pula ke Museum of Holy Relics (masih dalam topkapi palace)...nak masuk sini pon kemain panjang beratur!! tp rugi la kalau dah sampai tak masuk sebab sini banyak simpan barang peninggalan para nabi..dalam ni pon strict, xleh amik gambar...i share pic google je la ye..korang kalau dtg sini wajib masuk!!! 
ini bekas tapak kaki nabi muhammad...antara lain yg korang boleh tengok; janggut nabi, gigi nabi, pedang nabi & pemerintah zaman khulafa' arrasyidin, magkuk & alat minum nabi, baju fatimah, dan banyak lagi laa..org bukan islam pon ramai masuk dalam ni..

fuhhh dah penat! jom naik tram pegi eminonu pulak..kat sini la korang boleh dapatkan balik ekmek  (sandwich ikan) yg sedap tu, kat bahagian bawah galata bridge...kitorang singgah lagi kat eminonu utk pegi spice bazaar...sampai dah petang, memamg kena kejar masa la utk shopping kat spice market..
sampai je terus cari makanan dulu..lapar sesangat masa ni..tak ingat dah order apa tapi sedap! kena dgn tekak kitorang...chay (air teh) adalah air yg wajib minum kalau kat sana..utk budak2 kitorang order fresh orange & pomegranate juice..makan sepuasnya sambil tunggu waktu maghrib..
tak jauh dari tempat makan tadi, ada new mosque..kitorang jamak & qasar kat masjid ni...interior new mosque ni lebih kurang dalam sultanahmet mosque je...masjid ni dinamakan new mosque sbb menjadi antara masjid terpenting selepas sultanahmat mosque..i suka tengok lampu/chandelier dalam semua masjid kat istanbul, kelasss sgt tau.. 
masuk je spice market ni buat i rambang lagi!! rembat lagi pinggan magkuk iznik sikit...syok shopping makanan dlm ni sbb penjual kat sini kebanyakannya mesra pelanggan..tiap kedai yg kitorang dtg mesti akan dihidangkan teh...org sana sgt suka budak2 tau, ada je benda diorang nak bagi free..rezeki bawak ayish & faiq...hehe

teh apple kat sini kalau grade bagus tu, sekilo sampai ratus2! mahal tapi sedappppp...yg murah pon ada jual dlm kotak tp rasa dia tak sama tau mcm yg timbang tu..grab la jugak teh epal sekilo rm200 T_T..jalan2 lagi beli pulak teh pomegranate, epal & strawbeey yg dalam kotak..ni murah, dapat la 2 kotak 10TL (lebih kurang RM20)...ni sesuai la nak bawak balik bagi buahtangan kat org..pon sedap tau! org dtg rumah, i duk hidang air tu je...haaa satu lagi turkish safron pon i banyak borong..utk diri sendiri beli 100g je, yg lain2 org kirim...hehe..harga safron tu kalau tak silap i dlm RM80/100gram...nak tahu apa khasiat safron google sendiri la ye :p
haaa ni lagi i suka!! lokum(turkish delight) & baklava memang dah ada dalam list i utk bawak balik malaysia..pon ada grade dia...kat sini ni takyah cakap la habis berapa sbb mmg banyak borong makanan, kempisss poket..nasib baik ni negara terakhir sebelum balik, jadi boleh la habiskan duit tu..dasar pemakan! haha

baklava dalam kotak tu murah (lebih kurang RM20 sekotak kalau x silap), ada jugak i beli 6 kotak kot tp tak sedap sangat...sedap yg kena timbang tu jugak, yg diorang tak buh dlm kotak...
aduhaiii tengah tulis ni tiba2 terbayang & teringin nak makan...i suka benda2 gini, memang kena dgn tekak la! paling suka yg gulung2 mcm mashmellow & petak ada kepolak ros tu..sedapnya ya Allah..
turkish delight tu kalau high grade harganya RM130-150/sekilo...kalau 2nd grade dalam RM100-120 sekilo...sekotak mcm i beli tu dpt la 1kg...conversion i tu berdasarkan currency masa i pegi (masa ringgit malaysia jatuh teruk, now dah ok sikit)...yg petak2 tu high grade, yg bergulung mcm kek gulung tu 2nd grade...dua2 sedap sgt oiii! lokum yg murah pon ada jugak i beli tapi tak sesedap yg mahal ni...kacang2 dalam tu yg buat bendalah ni mahal...
ini je yg tinggal utk i selepas dh bagi2 family & kawan2...yg ni utk i hidang kalau ada org yg dtg rumah..tapiiii rasanya i sorang makan nak habis sekotak tu...haha...beli makanan saje kat istanbul ni buat i kena tambah luggage...berat sesangat!! haaa semua kat atas ni korang wajib beli kalau dh sampai istanbul...

fuhhhh ok la sambung next entry nak cerita pegi istanbul asia sket & last day kat istanbul...taktau la brp lama pulak entry tu akan muncul..haha doakan la i rajin ye sbb ingt nk share itinerary & budget skali...nak cerita pasal birthday i baru2 ni gak tapi tak nyempat lagi, agak2 dh basi takyah la cerita :p



RELATED POST:
3. Paris: Shopping di Galeries Lafayette & Champs Elysees
4. 11 tempat menarik di Paris
5. Pengalaman bercuti di London
6. Holland/Netherlands: Tour Zaanse Schans, Volendam, Marken, Delft, The Hague
7. Holland/Netherlands: Ke Amsterdam Kita

5 comments:

Chekgu Azrine said...

Fuhhh....akk tgk yg kering2 tu...instanbul delight tu akk pun suka sis..tekak kita sama je.hahahaha


Teringin nk pegi sana..inshaAllah 1 day

achiek anis said...

entah bila boleh sampai istanbul ni..6 jam je dari Vienna ni...andai dimurahkan rezeki.....

e.t.t.y said...

cepat nana habiskan semua entry tuuuu....

hanizan zamhuri said...

terliur tgk turkish deligt tu....nana jgn lupa upkan entry itinerary n budget...teringin nak ke sana [tp xtau la bilaaa laaa nak dpt kann..hihi)

fathiyah jamaludin said...

stress tgk nasi kebab semua tu