Monday, March 21, 2016

Super Kitchen Kuantan: Celebrate Birthday ke 29

8 mac baru2 ni genap la usia i 29 tahun...syukur alhamdulillah masih lagi diberikan peluang utk bernafas atas dunia ni..yela, semakin umur meningkat tu kan salah satu tanda bahawa kita semakin dekattt dgn kematian...entah apa je amalan baik yg i buat sepanjnag 29 tahun ni kan? sobsob *sentiasa muhasabah diri*

kebetulan sehari sebelum birthday i tu hubby turun darat..ewahhh sengaja amik cuti ke bang utk buat surprise? haha sebenarnya mmg kebetulan sgt dia KENA cuti, so rezeki i la...dia kata tak sempat nk prepare apa2 so bawak belanja makan je la..
kitorang pegi Super Kitchen, lokasinya di Indera Mahkota Kuantan, bertentangan dengan kuantan medical centre (KMC) yg baru..sebabnya dtg sini nak makan steamboat & cuba tempat baru...super kitchen ni baru jugak la buka, dengar kata owner dia kerabat pahang..entah betul ke idok, taktau la..
kat super kitchen ni konsep dia kalau nk makan steamboat & grill boleh 'shopping' sendiri..maksudnya boleh pilih nak makanan apa, lepas tu letak je kat satu meja khas dan diorang akan hantar ke meja kita...tapi kalau taknak 'shopping' pon takpe, boleh pilih set dalam senarai menu...sini a'la carte pon ada, nak barbecue pon ada...pilih je nak yg mana..

masa mula2 sampai tu kebetulan diorang pasang lagu happy birthday sbb ada group yg celebrate birthday jugak kat situ..i tumpang perasan je la bila dengar lagu tu...hehe
ok birthday girl nk pilih sendiri makanan apa...i amik semua seafood & dimsum...hubby lak dia pilih set yg ada kat menu je, dia nak banyak daging & ayam...almaklumlah, laki iols tu allergic seafood...
haaa kalau pilih utk 'shopping', sini harga ditentukan oleh warna pinggan tau...alaaa mcm kat sushi king tu...selera i banyak kena pinggan kuning & pink..
mango cheesecake kat sini rasa dia biasa2 je, mcm lagi sedap buat sendiri je hahaha..kalau kat kuantan ni, rasanya tak boleh lawan kot mango cheesecake kula cakes..
haaa tapi puding raja dia ni sedap!! tak cukup satu bekas ni, rasa nak lagiii..air pulak lupa nama apa tp ok la tak manis sgt..
nak makan pulak boleh ambil je segala "perkakas" bawah laci meja ni...comel je kan?
so far i suka tempat ni sbb sesuai je dgn budak2...ayish kemain lena tido kat kerusi tu..kalau makan kat mana2, i memang suka cari restoran yg ada kerusi sofa gitu..dari segi makanan, i rasa so-so je, nak kata sedap giler tu taklah, nak kata tak sedap pon taklah..boleh la~ harga pulak i rasa standard je, tak mahal mana & taklah murah mana..

hari sebelum birthday, adik2 belanja kfc & kek secret recipe..kek chocolate brulee ke apa tah nama dia, sedap! tq adik2 ku syg *muah ciked*
hadiah birthday sunglass dior so real, boleh la ganti sunglass RayBan yg lama...yg ni order dari instagram: kerengga_kurus (sila la usha ig dia ye, syiokk)..hubby ckp gaji akir bulan ni nak bagi something lagi, amende pulak la agaknya kan? bila tanya, dia kata quran digital..haha apa2 je la, tak kesah janji dh dpt sunglass *eh*
tadaaa..testing2 sat..i loike~ pink2 gituu pilihan hati..abg, nanti bawak ayg pegi jalan2 tau, boleh bergaya dgn "benda" baru ni kahkah..
haiii kasi cann la mokcik nak berangan skit...model gemok pendek ni...bila nak kurus tah! dapat below 60kg pn dh bersyukur ..sobsob (sambil makan congo bars)..

ok la, sekadar catatan birthday utk dikenang nanti, takde niat apa2 pon...harapannya dengan umur meningkat ni, makin byk la amal kebaikan yg dibuat..azam & wishlist tu takyah cakap la sbb memang terlalu panjang sampai tak boleh nk tunaikan semua rasanya...haha

4 comments:

Chekgu Azrine said...

Akk suka baju tuh...hajahahaha....
Happy belated birthday sis
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki

Mimy Hamid said...

super kitchen ni takde ke cawanngan kl eh..menarik la konsep dia..

fathiyah jamaludin said...

happy belated birthday nana. makin cun :)

Dhiera nadhirah said...

kalau mai kuantan nanti, nak try la kedai ni.
dah lama tak datang sini. tuan rumah nampak makin kurus