Thursday, January 21, 2016

Cerita Farish Sekolah, Resepi & Bekal

hai! dah minggu ke-3 baru sempat nak update pasal sekolah ayish..ya Allah taktau nak cakap camne penatnya uruskan 2 org anak sorang2 tanpa suami & pembantu..pagi2 sebelum subuh lagi dah bangun prepare bekal utk ayish (nasib ler dapat anak yg picky eater)..sebelum i teruskan membebel, i nak quote balik apa yg i dah luahkan kat facebook & instagram :) 

"Bukan senang tau nk decide hantar ayish skolah.. Bila dah nekad nak hantar, bkn senang pulak nk decide skolah mana.. Tukar2 kejap nak hantar situ, bila dh register sini, nak hantar lain pulak.. Haha.. Kuncinya kalau kita ragu2 nak buat pilihan, solat istiqarah la mintak petunjuk, mudah-mudahan pilihan kita tu adalah yg terbaik samada nak bagi anak skolah & nak hantar kat mana..sebagai parents kita kena REDHA perjalanan hidup anak2, tugas kita bantu mereka sedaya mungkin.. Yg risau i hantar anak umo 4y, jgn fikir kat skolah tu dia belajar sampai stress, sekolah pon dh ada silibus sendiri budak 4 tahun byk main je mmg half day.. Yg full day tu kebanyakannya sebelah ptg aktiviti bebas, tido, makan & main.. Yg tak hantar anak lagi, kita raikan mak2 yg dah hantar.. Yg dah hantar pon sama, kita raikan jugak anak2 yg masih di rumah.. Jgn kondem/pertikaikan setiap pilihan mak2 ye.. Yg penting nawaitu kena betul.. Anggap je anak org lain tu anak kita jugak so automatik kita akan tumpang rasa gembira "

hari pertama pegi sekolah i temankan sampai dia balik, siap angkut faiq lagi..minggu pertama tu kiranya orientasi la, untuk budak 4 tahun hanya dtg hari ahad, isnin & khamis(gabung semua) dan balik pon awal 10.30 pagi..oh ye, i hantar ayish half day je 8am - 12.30pm..
hari pertama tu takyah nak cakap la, macam2 ragam budak i tengok..yg jenis meraung kuat taknak pisah langsung dgn makpak, yg jenis cool makpak tinggal gitu je, yg jenis ngada2 (merujuk pada ayish la ni hehe)...ayish tengah2 kot, dia tahu i tunggu kat luar kelas so tiap 5min dia keluar intai..ada satu masa tu i lari kat bilik kosong sbb nak susukan faiq, dia punya la mencari sampai nangis2..aduhaiii anak! Pastu i duk intai bekas air budak2 ni, lebih kurang je semua cuma yg membezakan character kat botol tu ada transformers, sofea the first, frozen, minion, etc..alolooooo cutenye!

sebagai mak yg pertama kali hantar anak ke tadika, perasaan i bercampur baur ada sebak, gembira, teruja, risau, eh macam2 la rasa...sebak sebab rasa cepatnya anak ni besar tup tup dah masuk tadika..gembira & teruja sebab rasa macam wahhhh dah kena beli macam2 (semestinya duit pon macam ayaq hujan keluar)...rasa risau kot la dia tak reti berkawan, tak reti bawak diri, tak reti nak cuci berak kencing (ni cikgu buatkan rupanya)...
hari ke-2 cikgu cakap parents tak perlu tunggu..masa ni kemain kuat ayish menjerit bila tahu kena tinggal..kuat dia tarik baju i taknak lepaskan sampai 2 org cikgu tolong leraikan..haha..masa balik mata kemain bengkak lagi pastu mogok tak makan langsung bekal..sabar la anak oiii, nak taknak memang kena sekolah jugak maka terima je la hakikat kehidupan ni ye :p

kesian faiq, dia pon letih tu bangun pagi..mana taknye, i bangun 530 time tu jugak la dia nak bangun..kalau nak tahu, budak 2 org ni memang pantang i takde atas katil, cepat je terjaga..nak masuk toilet pon kena buka pintu slow2, air pon xleh bunyi sgt, kang memang bangun la dua beradik ni nak2 si faiq tu telinga pantang dengar bunyi sikit...
minggu ke-2 sekolah alhamdulillah farish dah ok...siap boleh salam peluk cium mama lagi...ya Allah sebak lagi masa ni! mixed feelings sungguh mama hantar ayish pegi tadika...yela baru 4 tahun kot (kalau ikut bulan baru 3 tahun 9 bulan), dah la selama ni jaga sendiri angkut pegi office takpon time papa ada duk rumah dgn papa...tiba2 berpisah memang rasa lain maciamm sikit...

tujuan utama i hantar tadika sebenarnya nak dia berkawan, bagi berkembang sikit otak tu..kalau ikut i pegi ofis kesian terperap je kawan dgn org tua...haha..kalau papa jaga kat rumah pulak asyik tv je la kerjanya, jarang sgt la homeschooling dgn papa..

i saje la belikan pensil warna utk dia sebagai hadiah pegi tadika walaupon sebenarnya semua tu pihak sekolah dah sediakan..hari pertama bawak pensil warna pastu i cek masa balik sekolah tinggal 2 batang je lagi, dengan kotak2 lesap...bila tanya, dia kata kawan pinjam sbb mama pesan kena share..i cakap knp tak mintak balik pastu dia jawab "kan mama kata jgn mintak kat org"..farish ni hari2 i pesan bekal makanan tu share dgn kawan2 kalau ada yg mintak TAPI jgn sesekali mintak org punya..kalau teringin bagitau, nanti mama buatkan..pesanan i tu rupanya dia pegi apply kat pensil warna..haha

ok nak cerita bab bekal sikit...sekolah ayish ni tak sediakan breakfast, kalau hantar full day ada la lunch & minum petang..sebab cikgu dh pesan takyah bawak nasi atau makanan yg berat2, mula la i pening kepala...farish ni kalau ikutkan breakfast dia mesti nasi putih+telur rebus...gigih la i ni buat homemade food yg kena dgn tekak emas ayish..
beberapa hari sebelum mula sekolah i buat frozen food..antaranya satay, chicken ball, patty & tempura nugget...semua tu goreng dulu separuh masak sebelum bekukan (kecuali satay & chicken ball)..alhamdulillah semua ni tahan 2 minggu & farish memang makan..sausage i baru buat masa masuk minggu ke-2 sebagai tambahan...nanti bawah sekali i share semua resepi secara ringkas ye...
antara bento ayish...selain frozen food, ada jugak kadang2 tambahan lain mcm cekodok pisang, kek batik, brownies, roti bakar, telur rebus, apple pie, mini pizza, mini burger, fries..semua tu setakat ni alhamdulillah masih lagi homemade...sebenarnya i takde la strict sangat takleh makan yg instant jual kat kedai tu tapi i rasa mcm tanggungjawab & satu kepuasan kat diri sendiri bila dapat bagi makanan yg terbaik utk anak2 (air tangan ibu kan yg terbaik)...yela kita sendiri tahu benda yg jual kat kedai tu byk MSG dan pewarna..sekali sekala tu boleh la kan :) bento ayish memang i takde nak hias lawa2, konsepnya janji dia makan licin! haha

meh nak share resepi pulak..tp i share ni takde sukatan tau sbb i pon main agak2 je semua janji sedap..alhamdulillah semua sedap, kena la dgn tekak ayish..hehe..resepi i ni ringkas sangat2 sbb i tak letak herbs (oregano, basil, parsley, etc) sbb ayish kalau nampak benda hijau tu mau dia taknak makan nanti..oh satu lagi i guna semua isi ayam, tak buat daging sbb sekolah ayish tak bagi bawak beef & pork bagi menghormati pelbagai bangsa kat situ..

RESEPI SATAY
-potong ayam kecil2 bentuk cube
-blend bawang merah, bawang putih, halia, serai, jintan, gula, garam, madu, kunyit hidup
-perap ayam dgn bahan blend lebih kurang 30-60min, cucuk guna lidi & boleh la nk bekukan..nanti nak masak bakar atau goreng je la

RESEPI TEMPURA NUGGET
-isi ayam cincang sampai halus atau guna je food processor..i mula2 guna blender, habis melekat isi kat mata pisau tu, dah susah nk cuci..sudahnya i cincang je (wishlist 2016: food processor)..haaa jangan mengada nak tambah air tau!
-blend/cincang bawang merah & gaul dgn isi ayam tadi (kalau suka herbs, boleh masukkan oregano/parsley/basil/parsley/thyme/rosemary)
-perasakan dgn garam, gula & lada hitam...gaul sebati...lepas tu buat bentuk yg kita suka
-isi yg dah siap dibentukkan celup dlm telur(ada org guna putih telur je tapi i taknak membazir, pakai je sebiji telur tu) kemudian salut dgn tepung gandum..goreng separuh masak sebelum dibekukan
*Alternatif: kalau taknak buat tempura, boleh buat nugget biasa...caraya campur tepung dlm adunan, kepal2 buat bentuk, salut telur & breadcrumbs.

RESEPI PATTY
-blend/cincang isi ayam, carrot, bawang merah, bawang putih, carrot
-perasakan dgn garam & lada hitam..buh tepung sket (ikut suka la tepung jagung/gandum/ubi)..gaul sebati & kepalkan menjadi bentuk patty
-goreng separuh masak & bekukan
**tepung jgn banyak, cukup sekadar nak bagi senang kepal je..kalau terer, kepal je xyah buh tepung lagi sedap!

RESEPI BEBOLA AYAM
-isi ayam cincang sampai halus atau guna je food processor..i mula2 guna blender, habis melekat isi kat mata pisau tu, dah susah nk cuci..sudahnya i cincang je (wishlist 2016: food processor)..haaa jangan mengada nak tambah air tau!
-blend/cincang bawang merah & gaul dgn isi ayam tadi..masukkan tepung ubi (kalau suka herbs, boleh masukkan oregano/parsley/basil/parsley/thyme/rosemary)
-perasakan dgn garam, gula & lada hitam...gaul sebati...lepas tu buat bentuk bulat
-rebus sampai masak & bekukan...nanti nak makan boleh goreng je...chicken ball ni kalau nak guna masak sup sayur pon sedap.
**tepung jgn banyak, cukup sekadar nak bagi senang kepal je..kalau terer, kepal je xyah buh tepung lagi sedap!

RESEPI SAUSAGE
-isi ayam cincang sampai halus atau guna je food processor..i mula2 guna blender, habis melekat isi kat mata pisau tu, dah susah nk cuci..sudahnya i cincang je (wishlist 2016: food processor)..haaa jangan mengada nak tambah air tau!
-blend/cincang bawang merah & gaul dgn isi ayam tadi..masukkan tepung ubi (kalau suka herbs, boleh masukkan oregano/parsley/basil/parsley/thyme/rosemary)
-perasakan dgn garam, gula & lada hitam...gaul sebati
-masukkan dalam plastik aiskrim, ikat ketat2..bekukan semalaman, buang plastik & rebus..boleh bekukan balik
-nanti nak makan boleg goreng/grill/rebus balik
*alternatif lain: boleh guna aluminium foil, daun kunyit, daun pisang..kalau guna barang2 ni boleh terus rebus/kukus..
**tepung jgn banyak, cukup sekadar nak bagi senang kepal je..kalau terer, kepal je xyah buh tepung lagi sedap!
semua ni tahan brp lama?? sepanjang i buat ni, tahan je 2 minggu sbb kita dah goreng separuh masak sebelum dibekukan...nasihat i, buat sikit2 je & anggarkan utk 1-2 minggu nak makan.

Monday, January 11, 2016

Holland/Netherlands: Berbasikal di Amsterdam & Melawat Kawasan Sekitar

hari ke 3 di amsterdam kitorang habiskan masa berbasikal pusing2 seluruh bandar Amsterdam...sempat pergi Museumplein (Rijksmuseum, Van Gogh Museum, Stedelijk Museum), Bloemenmarkt (flower market) & Madame Tussauds..
pagi2 lepas breakfast terus cik abg i semangat ajak naik basikal..mimpi apa tah dia ni? sebagai isteri solehah, iols ikutkan aje hehehehe..memandangkan basikal adalah salah satu kenderaan utama di amsterdam, memang meriah la berbasikal kat sini..pejalan kaki yg kena hati2 dgn basikal ni tau sbb diorang ni kalau bawak basikal kemain laju mcm nak langgar org...

berjam2 kayuh sakit bontot oi! mujur tak melecet..tempat pertama yg kitorang singgah adalah museumplein..kat sini ada taman & pusat muzium di amsterdam..rijksmuseum, van gogh museum & stedelijk museum semua dekat2 je, boleh jalan kaki dari satu muzium ke satu muzium...i tak minat dgn muzium kat sini, so tak masuk la..hehe
kebetulan masa i pegi ni ada bazar, macam2 diorang jual depan rijksmuseum tu..rezeki dpt tengok culture kat sana, best! masa kat amsterdam ni tah berapa kali i makan big fries & stroop waffle memang gemok la! i suka makanan kat holland, banyak kena dgn tekak..pasal harga tu kita lupakan je la janji dapat makan dgn kenyang haha...
kalau dah sampai amsterdam, org cakap wajib bergambar kat sign "I AMSTERDAM" ni..kalau tak silap ada 4 tempat yg ada tulisan I AMSTERDAM; di rijksmuseum, vondelpark, airport & terbaru dia ladang tulip Keukenhof..kalau korang nak tahu, I AMSTERDAM kat rijksmuseum tu la paling sesak!! kalau nk bergambar tanpa org lain, biasanya kat airport tak ramai, jalan kaki sikit je dr airport..i konon2 la nak amik gambar skali lagi kat airport masa balik, skali tak sempat sebab sibuk claim VAT..hoho
lepas parking basikal, kitorang pon jalan2 la kat kawasan muzium ni..matahari terik masa ni, cuaca pulak lebih kurang sejuk kat cameron highland je..kalau korang nak tahu, rijksmuseum adalah muzium seni & sejarah org belanda..ada penduduk tempatan tegur i, tak masuk ke? katanya dalam tu best tapi sorry la, tak berminat hehehehe
kelakar ayish masa ni..dia sibuk nak join budak2 lain main kat air pancut ni tapi timing selalu tak kena..habis basah baju! masa air tu keluar boleh pulak dia statik je kat situ panggil mama dgn muka blur...org kat situ gelakkan je dia..
ni semua kat kawasan Museumplein..sempat lepak2 bagi ayish main kat playground tu & kitorang masing2 beli big fries kat bazar..masa tengah lepak2 ni baru hubby ingat dia tertinggal GoPro kat basikal..masa ni cuak giler kitorang risau ada yg curi sebab dah sejam lebih kot baru sedar...rezeki kitorang, gopro tu elok je kat basikal lagi...huhu
kat sini banyak taman & boleh lepak2..masa ni kemain ramai org yg baca buku sambil golek2 atas rumput kat lereng bukit (sebelah kiri i, tak nampak dalam pic ni)..berhadapan dgn i ada van gogh museum, rekabentuk bangunan dia moden kalau nak bandingkan dgn rijksmuseum..masa tu kemain ramai org beratur nak masuk, i macam biasa la tak minat nak tahu hasil seni lukisan...haha
teruskan kayuhan! dah puas ronda2 museumplein, kitorang terus pegi Bloemenmarkt (flower market)...haaa nilah tempat paling excited nak pegi sbb nak cari fridge magnet & wooden tulips...dah aim dari malaysia lagi nak beli..hehe
tak byk pic sbb i berdua je dgn faiq, hubby jaga ayish yg tertidur atas basikal..yg tak bestnya masa ni, faiq meragam! tp nangis2 dia pon gigih ku membeli...haha...ada sorang makcik kedai ni baik sgt, cuba tenangkan faiq bagi macam2 mainan walaupon faiq campak2..hihi

geram je tengok semua ni! kalau beli tulip hidup mesti lama2 layu, so beli la tulip kayu pon...cantik jugak buat deco2 kat rumah...
ini antara yg sempat beli..gigih ku bawak naik basikal...haha..sebelum ni dah beli kat volendam tapi rasa tak cukup, tu yg beli lagi..lagipon ada kawan kirim, nak bagi umi & bagi mak mertua..

i ajak hubby pegi Anne Frank House tapi dia taknak...dia kata takyah la sbb kisah pasal yahudi je situ..boley pulak gitu?? nak tengok je pon bang! hahaha..sebenarnya tu alasan dia je sbb nak pegi anne frank house tu jauh sket, letih agaknya nak ke arah sana..

kononnya lagi, after lunch kitorang nak pegi shopping kat Primark, H&M dan M&S...yg menyedihkan, time tu la faiq meragam kaw2, langsung terbatal hajat nak pegi..huwaaaaaaaaaaaaaa sedih! takpe la, jimat sket duit boleh bawak pegi istanbul...ni petanda nak suruh datang lagi kot? *hai abang*

maka kitorang pon rehat2 je la kat hotel tidokan faiq...petang tu kitorang keluar jalan2 sekitar Dam Square..memandangkan tiket Holland Pass ada lebih lagi, kitorang decide utk masuk je Madame Tussauds (org patung lilin)..boring je masuk sini tapi takpe la, habiskan sisa-sisa terakhir di amsterdam gitew~
cuci mata je la dgn gambar2 kat sini...ayish kemain sporting setiap tempat dia suruh snap..ayooo layankan je la! faiq sedap tido dalam carrier...otw balik hotel memang akan lalu fun fair kat dam square, masa ni la tapau stroop waffle banyak2 utk bawak balik malaysia..
pemandangan funfair dari dalam madame tussauds.
inilah anne frank..kisahnya kalau tak silap i 2 tahun dia bersembunyi kat rumah tu dari kekejaman Yahudi..sepanjang terkurung dalam tu dgn keluarga, dia tulis diary..diary tu la yg menceritakan macam mana keadaan diorang masa tu sehinggalah tertangkap...eh korang baca sendiri la, tak reti pulak i nak explain...haha

kalau sebut amsterdam, mesti ada yg fikir pasal Red Light District kan? utk yg tak tahu lagi, kat red light district tu malam2 penuh dgn pelacur yg akan menayang badan masing2 depan cermin lutsinar dalam bilik yg dihiasai lampu merah..nak dapatkan pelacur yg pro ni kena bayar ok! kalau ada pelanggan, langsir akan tutup..tempat ni kalau siang hanya kedai2 biasa tapi bila malam menjelang je, dan2 dia bertukar rupa..i TAK PERGI tempat ni & kitorang jugak tak masuk Sex Museum..malas la buat maksiat mata dgn anak2 kecik lagi, lagipon dah kawin pandai2 sendiri la explore pasangan...muahahahaha

ok tu je la kot setakat yg i ingat..amsterdam ni kecik je sebenarnya, pusing2 kat situ je...next entry insyaAllah pasal Istanbul..itupon dah byk yg i lupa...nak cerita pasal Farish's 1st day school lg..adoiii banyak entry bertangguh..k bai~



RELATED POST:
1. Budget/Kos & Tips ke Eropah
2. Paris: Itinerary Day 1
3. Paris: Shopping di Galeries Lafayette & Champs Elysees
4. 11 tempat menarik di Paris
5. Pengalaman bercuti di London
6. Holland/Netherlands: Tour Zaanse Schans, Volendam, Marken, Delft, The Hague
7. Holland/Netherlands: Ke Amsterdam Kita