Friday, August 5, 2016

shawl murah dari ZALORA

Assalamualaikum sayang-sayang semua..
hari ni nak share outfit of the day (OOTD) lagi...haaa kalau uols nak tahu shawl, baju & kasut tu i beli dari zalora tau...shawl tu RM39, kasut RM49, baju RM35.....murah kan? meh nak ajar cara dapatkan harga murah tu:
1. beli bila baju tu dah out of season/agak2 dah lama
2. rajin2 click zalora, nanti dia akan bagi email update harga yg ada promo/less
3. apply mana2 code yg kita tahu


kat zalora ni kan shawl murah-murah & cantik! up to date sgt kalau kita ni jenis fashionista yang suka dengan rekaan baru...yg penting semuanya moden dan bermacam pilihan..tak caye? haaa meh tengok link ni meh: shawl murah..ishh rambang mata sis nak pilih tau...
cantik kan warna ni? plain shawl ni senang nak match dgn mana2 baju..

lawa2 kan? geram pulak i tengok..kang ada jugak rembat lagi ni...hehe...haaa tunggu apa lagi? cepat la korang rembat!

i suka beli shawl by nora danish kat zalora..kalau uols masukkan mana2 code, harga jauh lebih murah drp beli kat butik..lawa kan owl by nd ni? semua i kenan sbb corak dia exclusive...nak tambah lagi koleksi!

psssst..ni hasil i shopping kat zalora dalam 2 minggu ni..pengsan! haha...yg penting semua yg i beli ni puas hati! yg bestnya pasal zalora ni sbb dia dah sediakan consignment note siap2 in case nak pulangkan balik barang yg kita beli..

Tuesday, August 2, 2016

OOTD hari raya 2016

Assalamualaikum semua..

uih dah penghujung syawal kan? demi buat syarat update blog, saje la nak share OOTD raya yg tak seberapa...koya je lebih hahaha..sebelum tu i nak minta maaf kalau ada salah silap, terkasar bahasa ye..manusia bukan maksum, tak lari drp kesalahan...cuma kita akan perbaiki diri jadi lebih baik kan :)

tahun ni raya kat kemaman tanpa suami..sepanjang 5 tahun kawin, ni kali ke 2 raya tanpa suami..sedih & sayu tu tak payah nak cakap la tapi apa boleh buat, laki pesen kerja camtu pasrah je la..demi rezeki keluarga jugak...tapi takpe, dia dah upah sesuatu utk bini & anak2..hihi

raya kat kemaman BOSAN! haha..mana taknya, sunyi sepi je kawasan perumahan semua balik kampung..jiran2 kat kawasan rumah parents pon sunyi..huhu...raya pertama & kedua memang pegi rumah sedara mara yg dekat2 je..sedara yg duduk kemaman ni pulak boleh kira dgn jari, ada 4 keluarga je.

umi asal selangor, abah asal kelantan...tahun ni tak balik dua2 belah kampung atas beberapa faktor yg malas i nak cerita panjang..hihi...i rindu sgt2 pemandangan sawah padi kat kampung sekinchan...sobsob

ok la meh cerita ootd sket..pic dalam rumah tu aunty sebelah rumah tolong snap...dia cina tak pegi mana2 pon..dia la duk rajin layan i, pagi2 je mesti call siap offer nak jadi photographer..haha comel betul aunty..

eh tapi ni gambar ulang tayang je..cilok kat fb & ig...maklumlah, gambar i merata2 ada separuh dlm fon, separuh lagi dlm camera...malas pulak nk pilih2 utk upload sini..

RAYA PERTAMA
raya pertama i pilih utk pakai baju ariani...baju ni sempat beli kat KL masa bulan puasa sebelum cik abg ai kena kerja..masa pagi raya i dah rasa stress nak pakai baju tu sbb takde org nak tolong zipkan baju! terhegeh2 la i ni buat sorang2...benda gitu pon nak stress kan? haha...hari pertama ni takde mood nak mekap sbb tu nampak pucat je...hihi
gambar atas tu dgn umi abah & adik beradik...2 org adik i takde pagi raya ni sbb masing2 raya rumah mertua...yg bawah tu ofcoz la anak kesayangan i...handsome anak2 mama pakai baju melayu upin ipin ni :)

RAYA KEDUA

raya kedua ni awal i bangun pagi tau semata2 nak mekap...motip sgt! haha....baju peplum tu i beli online je kat zalora, tudung ariani & kain tu i pakai jovian punya 2 tahun lepas (recycle je la)..hehe...eh nak share ni, tudung ariani tu material dia best sgt2 pastu menjadi kalau nak pakai style mcm i tu...secara peribadi, i boleh ckp kain ariani yg ni lg best drp duck & owl...siyes senang bentuk, tak terlalu lembik/licin..

RAYA KETIGA

hari ke 3 raya i pakai baju lubna, beli online kat zalora jugak...tapi tangan baju tu i dah oter sbb rimas benar kalau terlalu kembang...byk jugak la i potong drp baju asal..cantik tak mak? hihi...tema biru ye dgn anak2 sekali, termasuk la kereta belakang tu :p

RAYA KEEMPAT
masa ni dah malas nak hadap camera maka takde la pic bajet2 model...pakai jubah & tudung dari farah adibah...masa ni ada open house kat rumah my mom, melantak aje la kerjanya...lupa pulak nak snap gamabr makanan haha..

RAYA KELIMA
dah malas nak pakai baju raya masa ni maka pakai je la apa2 yg ada..shawl tu owl by nora danish..masa ni i mengantuk sgt2, malam tu duk marathon cerita korea...duk rumah tunggu tetamu dtg je la jawabnya dgn muka tak bermaya...hehe


********************************************
ni pulak tak ingat dah raya ke brp...baraan raya dgn kawan2 sekolah rendah...i buat nasi impit dgn kuah kacang je utk tetamu...boleh jugak mkan dgn serunding daging, serunding ayam, serunding ikan & kelapa udang kering...

ni pulak jamuan raya dgn jiran tetangga jumaat baru ni...ada org kata i mcm budak sekolah...awwww kembang semangkuk mak! maybe sbb i pakai tshirt pastu pakai cermin mata...very the selekeh di situ! menu jamuan ni mmg ohsem la segala mak nenek ada, sebut je...kambing bakar, ayam bakar, lemang, rendang, laksa, bihun goreng, kek, kuih, eh macam2 la!

ok itu je kot nak cerita pagi ni..taip laju2 nak pegi kerja pulak...babai